Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Malam Nisfu Sya‘ban itu terdiri daripada beberapa kelebihan yang utama, sepertimana yang telah disebutkan di dalam beberapa buah hadis shahih. Antara kelebihan tersebut :


1- Allah AW dalam keadaan yang paling hampir mendengar munajat Umat Manusia.

Dalam sebuah Hadis daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)


2- Antara malam-malam yang dikabulkan doa

Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”


Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.


Bagaimanakan Cara Terbaik Menghidupkan Malam Nisfu Syaban ini ?
Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.


Cara Tabi'in
Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:


1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti Solat Awwabiin, membaca surah Yasin [ tapi bukan dibaca 3 kali berturut-turut dengan niat yang berbeza, seperti yang berlaku kini, akan saya ulas nanti ], berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.



KHULASAH :

Moga-moga kita dapat menghidupkan amalan yang terbaik & tepat sepanjang kita berada didalam Bulan Sya'ban yang mulia ini.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Sunday, July 26, 2009
0 ulasan
categories: | edit post

BULAN SYA'BAN :


Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.



Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.



Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.


Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:


1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.


2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.


Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah " ASTAGHFIRULLAHAL A'ZIM " bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

Bukannya lafaz " ASTAGA " yang popular dalam masyarakat Tawau, ataupun yang terkini " ASPALELA " , yang sering dimain-mainkan lafaznya oleh anak muda sekarang. berhati-hatilah sahabatku, jangan bermain-main dengan lafaz Taubat & Istighfar ini. Nantinya bukan keampunan Allah yang kita raih, tetapi Kemurkaannya pula yang menanti !!! Wal Iyazubillah..


3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:


i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.


ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.


iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.


Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:


i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)



Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

PELIHARA KESUCIAN SYA’BAN [ JUMAAT : 24 JULAI 2009 ] MASJID HABIB A.RAHMAN
الحمد لله الذي أمر باتباع رسوله وسلوك سبيله، ونهانا عن الابتداع في دينه، فقال سبحانه وتعالى: اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ (3) ، وأشهد أن لا إله إلا الله، لا يقبل من الأعمال إلا ما شرعه، وكان خالصًا لوجهه - وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله، حذر من البدع فقال: { وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة. صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن تمسك بسنته ولم يحدث في الدين ما ليس منه وسلم تسليمًا كثيرًا.
Saya menyeru kpd diri saya & sdg khutbah sekalian,agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kpd Allah AW, dgn melakukn sgla suruhanNya & menjauhi sgla tegahanNya. Maka sebaik-baik bekalan kehidupan ialah taqwa { وتزودوا فإن خير الزاد التقوى } :
Salah 1 ciri org yg bertaqwa ialah, mengutamakan kehidupan akhirat yg berupa ganjaran Syurga.Oleh itu, jgn sekal-kali leka dgn kehidupan dunia, sehingga sanggup mengabaikan perintah Allah & melakukan perkara yg dilarang. Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia adlh jambatan menuju kehidupan abadi di akhirat.
Allah tlh berfirman: إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ [Taubah = 35 ]
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi,
Bulan Rejab sudah pergi dan kini Syaaban pula muncul. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.
Sebagaimana Rejab, Allah juga menawarkan banyak kebaikan dan rahmat yang melimpah ruah kepada hamba-Nya yang beriman dan ikhlas untuk mencari lebih banyak pahala dan menghapuskan dosa. Khutbah pd hr ini ign memfokuskan kepada SARANAN YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN SEPANJANG SYAABAN :

1] Memperbanyakkan Puasa Sunat. Puasa sunat yang disebutkan ialah puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat pertengahan bulan iaitu pada hari ke-13, 14 &15 haribulan Islam.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan al-Bukhari daripada Aishah katanya:
"Adalah Rasulullah saw kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW.menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban."
Mengenai kelebihan & keistimewaan Syaaban itu Rasulullah pernah menyebutkan dalam sebuah hadis:
“Kelebihan Syaaban terhadap semua bulan seperti kelebihanku terhadap semua nabi, manakala keutamaan Ramadan itu terhadap semua bulan seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya”.
Berpuasa adalah amalan yang sukar dilakukan kerana ia bukan setakat menahan diri daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa. Tetapi ia lebih kepada puasa menahan hati dan hawa nafsu daripada segala godaan duniawi yang merosakkan keimanan seorang mukmin. Selain menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Ia juga adalah jihad yang besar kerana sesungguhnya jihad melawan hawa nafsu itu adalah jihad yang paling utama dan mencabar.
- Sabda Rasulullah yang maksudnya, “Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dipermudahkan Allah saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas huru-hara Mungkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya”. Itulah kelebihan berpuasa dalam Syaaban. Di samping merebut fadhilat –fadhilat istimewa tadi, berpuasa di Bulan Sya’ban juga merupakan persediaan untuk melakukan ibadah latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Syaaban adalah pintu kepada perjalanan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu sebelum memulakan perjalanan yang mendapat keberkatan sepenuhnya daripada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ini, kita semua mesti mempersiapkan diri, membersihkan hati dengan bertaubat dan memohon keampunan di atas segala keterlanjuran yang telah dilakukan. Rasulullah, pernah ditanya kenapa Baginda kerap berpuasa di Bulan Sya’ban ini, lalu Nabi bersabda :
(ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاس عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Rwyt an-Nasaie & Imam Ahmad)
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
معشر المسلمين رحمكم الله

SARANAN 2 : MEMPERBANYAKKAN DOA KERANA PADANYA SAAT YANG MUSTAJAB.Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan sahabat baginda, Abdullah B.Umar yang maksudnya, “Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, pada malam pertengahan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha”. Antara doa yang baik : semoga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan ria, ujud, suma’h dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

SARANAN 3 – SEGERA BERTAUBAT DAN MEMPERBANYAKKAN BERISTIGHFARTaubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu , seperti dipulangkan semula barang yg dcurinya atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya. Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah “استغفر الله العظيم "bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

SARANAN 4 – MELIPAT GANDAKAN AMALAN-AMALAN KEBAJIKAN YANG LAINSelain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.

KESIMPULANNYA sidang khutbah sekalian............
1] Ambil saham akhirat & Rebutlah kelebihan dan kurniaan yang banyak yang disediakan Allah kepada hambanya yang beriman sepanjang Syaaban ini. Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada kecantikan paras rupa, keturunan, kekayaan dan kekuatan seseorang itu, tetapi Allah memandang kepada keikhlasan hati dan ketakwaan hamba-Nya yang beramal dan beribadat hanyalah mengharapkan kecintaan dan keredaan dari-Nya. Ingatlah, hidup di dunia ini seumpama mimpi tidur yang singkat. Apabila kita terjaga, itulah dunia akhirat yang sebenarnya. Tidak ada jalan untuk berpatah balik ke belakang dan di akhirat nanti. Setiap manusia akan menghitung keuntungan dan kerugian yang diusahakan sendiri, selama hidupnya di dunia ini.
2] Ambillah masa sepanjang Sya’ban ini, untuk mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui , pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna, Ibadah puasa kita lebih bermakna drpd tahun-tahun yg lepas.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics