KATEGORI KEUZURAN DALAM BERPUASA

Perbicaraan ini bertitik-tolak daripada firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang berbunyi :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [al-Baqarah 2:286].
Berdasarkan firman-Nya ini, Allah telah memberi beberapa kemudahan atau kelonggaran hukum di dalam syari‘at Islam. Sangat dianjurkan untuk memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran ini sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya Allah menyukai keringanan-keringanan hukum-Nya diamalkan sebagaimana Ia benci larangan-larangan-Nya dikerjakan.[2]
Bagi ibadah puasa, Allah telah memberi kelonggaran hukum kepada tiga kategori keuzuran. Daripada tiga kategori ini, hanya kategori pertama yang dimanfaatkan manakala dua kategori yang selebihnya jarang-jarang dimanfaatkan. Tiga kategori tersebut adalah:

Kategori pertama:
Keuzuran yang mewajibkan seseorang itu untuk tidak berpuasa dan dia wajib mengqadhanya selepas itu. Ini adalah keuzuran yang dialami oleh para wanita yang didatangi haid dan nifas.

PERSOALAN FIQH YG BERKAITAN DGN WANITA :

Kategori kedua:
Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut hilang selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan. Contohnya:
1. Orang yang bermusafir di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Setelah bulan Ramadhan dia tidak lagi bermusafir, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
2. Orang yang sakit di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa kerana yakin sama ada berdasarkan pengalaman atau nasihat doktor pakar bahawa berpuasa akan memudaratkan lagi kesihatannya. Setelah itu dia kembali sihat, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
3. Orang yang terpaksa bekerja keras [BURUH KASAR] di dalam bulan Ramadhan sehingga dia tidak terdaya berpuasa. Akan tetapi selepas itu dia tidak lagi membuat apa-apa kerja keras, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
4. Orang yang tinggal di tempat yang waktu siangnya amat panjang. Demikian juga pelajar Malaysia yang pergi belajar di tempat yang seumpama. Siang yang panjang menyebabkan mereka tidak mampu untuk berpuasa. Mereka boleh memilih untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan wajib menqadhanya apabila tiba musim di mana waktu siangnya adalah lebih pendek.
5. Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan, dia memilih untuk tidak berpuasa demi menjaga kesihatan diri dan/atau anaknya. Setelah itu dia tidak lagi mengandung atau menyusukan anak. Maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu



Kategori ketiga:
Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut tetap wujud selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan tetapi hanya perlu membayar fidyah, iaitu bagi setiap hari yang ditinggalkan, dia memberi makan kepada satu orang miskin dengan kadar yang dapat mengenyangkan orang tersebut.
Contoh bagi kategori ketiga ini:
1. Orang yang mengalami sakit yang tetap atau berpanjangan, seperti kanser, gastrik yang serius atau semata-mata kerana tua. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.
2. Orang yang terpaksa bekerja keras (hard labour) secara tetap seperti pekerja buruh, pembinaan, lombong dan sebagainya. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.
3. Orang yang tinggal di kawasan yang berhampiran kutub utara atau selatan. Sepanjang tahun waktu siang adalah tanpa malam kecuali pada beberapa hari. Dia tidak dapat berpuasa kecuali pada beberapa hari yang memiliki peredaran siang dan malam. Maka bagi orang seperti ini dia tidak wajib mengqadha puasa kecuali hanya membayar fidyah.
4. Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Namun menjelang Ramadhan seterusnya, dia telah mengandung kembali atau masih menyusukan anak. Maka bagi si ibu dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.

Mengenai FIDYAH, berikut adalah pandangan daripada para Ulama :

KADAR 1 CUPAK :
kadarnya 1 cupak makanan @ satu per empat gantang. Untuk ini, Mazhab Hanafi menetapkan 812.5 gram sebagai sukatannya. Manakala JUMHUR menetapkan 510 gram. Ataupun, tn/pn boleh mengambil kadar Zakat Fitrah skrg iaitu RM 7.70 lalu dibahagi 4 = RM 1.92.
kadarnya ialah memberi sekali makan kpd fakir miskin, mkanan yg sederhana, lengkap dgn lauk & sayur serta minuman.
Secara peribadi, saya bersetuju dgn tarjih Dr Hayyie A. Shukur dr UKM dlm hal ini. Ertinya, dlm konteks kita di Twau, saya merasakan nasi tapau yg bernilai RM 3 itu sesuai uk kita praktikkan dlm soal pembayaran fidyah ini. Jadi, Pn Anita td mesti :
kira & ingat balik secara purata, berapa hari sudah posanya ditinggalkan dlm 5 thn lepas sbg contoh. Katalah 5 hari bg setiap tahun, bermakna 5 hr X 5 thn = 25 hari yg WAJIB di Qadho.
Utk fidyahnya pula, darab 25 hari td dgn nilai RM 3 = RM 75. Itulah jumlah yg WAJIB dibayarnya.

Dalil bagi kelonggaran kategori pertama:
A’isyah radhiallahu 'anha berkata: Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.[3]
Daripada keterangan A’isyah di atas, dapat difahami bahawa seorang wanita yang didatangi haid tidak diwajibkan bersolat dan berpuasa. Ini kerana perkataan “...disuruh mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat” menunjukkan dua ibadah tersebut pada asalnya tidak diwajibkan dalam waktunya ke atas wanita yang didatangi haid. Hukum yang sama diterapkan ke atas wanita yang didatangi nifas.
Hikmah kelonggaran ini adalah kerana apabila seorang wanita didatangi haid dan nifas, mereka mengalami gangguan yang berat ke atas kesihatan badan mereka. Ini kerana pertukaran hormon dan kehilangan darah pada saat itu sememangnya memberi kesan ke atas kesihatan tubuh badan. Mewajibkan puasa dan solat pada keadaan seperti ini hanya akan memberatkan lagi kesan yang sedang dihadapi. Dengan itu Allah memudahkan kepada mereka untuk tidak berpuasa dan tidak bersolat pada saat didatangi haid dan nifas.
Perhatikan juga bahawa di dalam kelonggaran ini, mereka hanya diwajibkan mengqadha puasa dan bukan solat. Sekalipun solat adalah ibadah yang paling penting, mengqadhanya akan memberatkan para wanita kerana ia melibatkan jumlah yang banyak dan pengulangan yang kerap. Berbeza dengan mengqadha puasa, ia tidak melibatkan jumlah yang banyak mahupun pengulangan yang kerap. Sememangnya Allah adalah tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengasihi.[4]

Dalil bagi kelonggaran kategori kedua dan ketiga:
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (184)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. [al-Baqarah 2:183-184]

ISTIDLAL DARIPADA AYAT INI :
Daripada dua ayat di atas jelas bahawa puasa adalah wajib kecuali kepada orang yang sakit atau musafir. Pengecualian ini adalah kerana orang yang sedang sakit atau musafir lazimnya mengalami kesukaran untuk berpuasa.
Maka “kesukaran” adalah faktor penentu sama ada untuk berpuasa atau tidak. Berdasarkan kaedah qiyas, sesiapa yang mengalami kesukaran untuk berpuasa sekalipun tidak sakit atau musafir, seperti pekerja keras (hard labour) dan ibu yang mengandung atau menyusukan anak, mereka juga dikecualikan daripada kewajipan berpuasa.
Sama ada mereka wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan atau hanya membayar fidyah, hal ini ditentukan oleh firman Allah:
فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“…kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”

Pembeza antara mengqadha puasa atau membayar fidyah
Pembeza antara mengqadha puasa atau membayar fidyah adalah dengan memerhatikan sama ada faktor keuzuran yang menyebabkan dia meninggalkan puasa masih wujud atau tidak selepas bulan Ramadhan:
1- Jika faktor keuzuran telah hilang, maka baginya ialah:
 فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
“…kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain…”.

2- Jika faktor keuzuran masih wujud, maka baginya ialah:
 وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
 “…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”


[ ARTIKEL INI DISARING DAN DIEDIT DARIPADA TEKS ASAL YANG DIPERPLEHI DARIPADA hafizfirdaus.com, dan BEBERAPA PERBAHASAN ULAMA’ SEMASA ]

Dicatat oleh almunabbih on Friday, August 14, 2009
categories: edit post

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics