Berikut adalah jawapan saya bagi persoalan Kanifia berhubung " Hukum menggerak-gerakkan jari semasa bertasyahhud "
Saya memulakan perbahasan dengan menjelaskan Tasyahhud Awal Dan Kaifiat pelaksanaannya secara menyeluruh, demi kebaikan kita bersama.

Tasyahhud Awal Dan Kaifiat Pelaksanaannya
1. Setelah selesai sujud kedua dalam rakaat kedua, maka hendaklah duduk untuk membaca tasyahhud awal. Dan disunatkan duduk dengan cara iftirasy. Dan tangan kanannya diletakkan di tepi lutut sekira-kira sama hujung jari dengan hujung lutut, serta menggenggamkan anak-anak jari kecuali telunjuk, maka ia hendaklah diluruskan. Tangan kiri pula diletakkan di tepi lutut kiri, dirapatkan dan diluruskan ke arah kiblat.


2. Dan disunatkan mengangkatkan telunjuk ketika menyebut huruf hamzah “ إلا الله ”. Dan disunatkan mengekalkan mengangkat jari telunjuk itu dan melihat kepadanya sehingga berdiri kepada rakaat ketiga, dan jika tasyahhud akhir sehingga memberi salam.

HIKMAH MENAIKKAN JARI KETIKA TASYAHHUD :
A- Ibnu Abbas menjawab persoalan ini bila ditanya dengan jawapannya :
هو الإخلاص
Maksudnya : Ia adalah tanda Ikhlas [ Hadis riwayat Baihaqi ]

B- Imam Nawawi pula berkata selepas itu “ Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan kearah Kiblat, dan berniat itu “ TAUHID & IKHLAS “
[ Syarah Sahih Muslim , al-Nawawi, 5/82 ]

KENAPA JARI TELUNJUK YANG DIANGKAT, TIDAK JARI YANG LAIN ?
Berkata para Ulama’, dikhaskan jari telunjuk ketika Tasyahhud kerana kaitannya dan ia, dan urat jari tersebut bersambung terus ke HATI. Maka dengan menggerakkannya, akan mendapat KEKHUSYUKKAN.

3. Dan cara menggenggamkan telunjuk ialah dengan menggenggamkan jari kelingking, jari manis dan jari hantu (tengah). Manakala jari telunjuk diluruskan ke arah kiblat dan ibu jari pula dihimpitkan dengan tepi jari telunjuk dan diletakkan di bawah jari telunjuk. Dan jika jari tengah disatukan dengan ibu jari untuk membentuk satu bulatan, atau digenggamkan ibu jari di atas jari tengah, maka itu juga telah melakukan sunat.


4. Dan tidak disunatkan menggerak-gerakkan jari semasa bertasyahhud. Namun tidak diengkari orang yang melakukan demikian, kerana itu adalah pendapat mazhab Maliki dan lain-lain.
- Bererti kalau ada orang yang menggerakkan atau menggoyangkan jari telunjuknya, hal tersebut TIDAK MEMBATALKAN SOLATNYA.

DUA HADIS YANG MENJADI DALIL DALAM HAL INI, IALAH :
[ Hadis yang terdapat dalam bab isyarat “ MUSABBIHAH” ]

1 - كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا جلس في الصلاة وضع يديه على ركبتيه ، ورفع اصبعه التي تلي الإبهام فدع ا بها [ رواه مسلم ]
Maksudnya “ Nabi SAW apabila duduk semasa solat, meletakkan kedua-dua tangannya di atas lututnya, dan menaikkan jarinya yng selepas ibu jari [jari TELUNJUK ], dan kemudia berdoa ketika itu “
[ Riwayat Muslim, no 113, 5/79 ]

2- Daripada Ali B. al-Maa’wi, bahawa dia bersolat disebelah Ibnu Umar RA, dan padanya Abu Bakar berkata :” وضم ابو بكر ثلاث اصابع ونصب السبابة “ yang bermaksud “ aku melihat Abu Bakar as-Siddiq menggenggam 3 jarinya dan menegakkan jari telunjuk “ [ Riwayat Musnad Humaidi, 2/288 ]

Mafhum daripada kedua-dua Hadis diatas ialah :
- Riwayat pertama dan kedua daripada Hadis diatas dengan jelas dan terang menunjukkan bahawa Sunnah Nabi, adalah menaikkan jari TELUNJUK.
- Dalam kedua-dua Hadis di atas tiada yang menyebut tentang Nabi SAW, menggerakkan atau menggoyangkannya.
[ Kajian pentahqiqdalam Nuzhatun Nazr fi Tawdih Nukhbatul Fikri : Dr Abd. Sami’ al-Anis , hal 146]

5. Lafaz tasyahhud awal beserta selawat ialah:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.
6- Sesudah selesai, maka bangunlah dengan bertongkat dengan kedua tapak tangnnya untuk rakaat yang ketiga. dan disunatkan mengangkat tangan ketika bangkit untuk rakaat ketiga. Dan pada rakaat yang ketiga dan keempat dilakukan pergerakan sama seperti rakaat-rakaat yang tadi.
Wallahu a’lam bis sowab.

Dicatat oleh almunabbih on Tuesday, September 8, 2009
categories: edit post

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics