MASJID AMAR MAKRUF MUKJIZAT AL-QURAN 16 OKTOBER 2009

الحمد لله الذي يبدي ويعيد، خلق السماوات والأرض بالحق وهو على كل شيء شهيد. أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، ذو العرش المجيد، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، رفع الله به أعلام التوحيد ، وعلى آله وأصحابه أولي الرأي السديد، والتابعين لهم بإحسان من سائر العبيد، وسلم تسليماً كثيراً إلى يوم المزيد، أما بعد: أيها الناس اتقوا الله تعالى ، أوصيكم وإياي بتقوى الله حق تقاته ، ولا تموتن إلا وانتم مسلمون
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Kerana sesungguhnya Taqwa itu adlh sebaik-baik bekalan kita , pada hari dimana tdk bermanfaat lagi harta & anak-pinak , kecuali org-org yg menemui Allah dgn hati yg sejahtera.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian..
Minggu ini menyaksikan bencana demi bencana alam mewarnai pentas dunia yang cukup menginsafkan. Minggu ini mencatatkan ribuan nyawa yang terkorban diragut gegaran gempa bumi & landaan Tsunami. Minggu ini menghitung jutaan ringgit kerugian & kemusnahan harta benda yang bukan kepalang.
معشر المسلمين رحمكم الله
Episod demi episod bala Allah ini nyata membuktikan betapa kerdilnya kita manusia biasa bila berhadapan dengan Zat Allah Yang Maha Berkuasa. Dialah Pemilik Kerajaan di langit dan di bumi, semuanya di dalam takluk Allah swt. Firman Allah swt: تبارك الذي بيده الملك وهو علي كل شئ قدير
Maha suci Allah,yg ditanganNya segala kerajaan. Dialah Maha berkuasa di atas segala sesuatu :Al-Mulk : 1
معشر المسلمين رحمكم الله
Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan . Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala ritcher, hingga menyebabkan ratusan org terbunuh. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggarkan. Musnah harta benda dan binasa segala nyawa . Gegaran tersebut turut memusnahkan ratusan bangunan, rumah , hotel, jambatan & dan mengakibatkan kebakaran di Bandar Padang, Sumatera Indonesia.
Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt . Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman ,bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah AW. Saya tdk akn membicarakan topic ini menerusi tuntutan bersabar terhadap ujian Allah ataupun kebersamaan untuk meringankan beban mangsa dgn bantuan kewangan. Akan tetapi saya memilih untuk melihat isu ini menerusi Mukjizat al-Quran.
معشر المسلمين رحمكم الله
Antara yang menarik sekaligus membuktikan Mukjizat al Quran dalam hal ini, ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16, mengikut kiraan system 24 jam ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al Quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 bermaksud Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 pula bererti Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 pula menunjukkan Surah ke 8 ayat ke 52 ]

Secara indeks @ tertib aturan Surah al-Quran, surah ke 17 ialah Surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah Surah al Anfaal . Mari kita lihat satu persatu ayat-ayat ini lantas melihat keajaibannya !!!
Ayat 1: dalam indeks 17.16, merujuk kepada Surah Al Israa’ ayat 16:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
Ayat ke 2: dalam indeks 17.58 , merujuk kepada Surah Al Israa’ ayat 58:
وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
Dan Ayat ke 3 : dalam 8.52 merujuk kepada Surah Al Anfaal: 52:
كَدَأْبِ آَلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَفَرُوا بِآَيَاتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
معشر المسلمين رحمكم الله
Apakah kaitan ayat-ayat ini sebagai Mukjizat al-Quran ? Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .
Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah AW. Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila, secara tiba-tiba [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah. Tragedy pilu yang berlaku di Keningau, sekitar tahun 1997 lalu amat menyedarkan kita. Siapa sangka badai Ribut Greg bisa melanda kawasan pedalaman Sabah itu, sedangkan menurut pakar kawasan tragedy bukanlah laluan sebenar taufan tersebut !!!
معشر المسلمين رحمكم الله
Aspek kedua yang ingin difokuskan dlm Khutbah ini ialah Tuntutan al-Quran yang paling penting kini ialah :
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada nur Ilahi. Manusia sering berkata : “ kami hendak mengambil berkat dari al-Quran.” Apakah itu berkat ? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini. Firman Allah:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
yang bermaksud : “ Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Sad 29)
Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura tetapi tidak beramal dengan tuntutan bermesyuarat & bertoleransi dengan perbezaan pendapat, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra’ tetapi tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam. Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu, perlulah kita bermuhasabah kembali, bagaimana interaksi kita dengan al-Quran . Justeru, mimbar menyeru seluruh warga kampong ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt . Ambillah iktibar daripada Khutbah yg disampaikan ini. Kembalilah kepada cara hidup Islam yang bertunjangkan al-Quran dan bersendikan as-Sunnah. Kelak kita bahagia di dunia & akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Dicatat oleh almunabbih on Thursday, October 15, 2009
categories: edit post

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics