Assalamualaikum………….
Agak lama saya tidak menjawab persoalan Amin, yang bertanyakan “ Mengapa Solat Zohur dan Asar dibaca perlahan, tetapi Maghrib, Isya & Subuh dibaca kuat dan nyaring ? “ Mengapa lama ? Kerana saya terpaksa mencari bahan rujukan yang memuaskan hati untuk menjawab persoalan sebegini. Akhirnya saya temui jawapan yang dibahaskan oleh Imam as-Sya’rawi didalam Tafsirnya, sewaktu beliau mengulas ayat 87 .Surah Yunus yang berbunyi :
] وَاجْعَلُواْ بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ { [يونس: 87].
Yang bermaksud “dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya;”
Beliau menyatakan didalam Tafsir tersebut “ pengikut Nabi Musa AS diarahkan oleh Nabi Musa untuk mendirikan solat didalam rumah-rumah mereka, agar terhindar daripada kejahatan musuh-musuh yang ingin menindas & menganiya mereka. Keadaan mereka samalah dengan apa yang dialami oleh kaum Muslimin diperingkat awal keislaman dan pensyariatan Solat. Kaum Muslimin amat lemah ketika itu. Diketika itu jua Umat Islam hanya mendirikan Solat didalam rumah. Inilah RAHSIA KENAPA SOLAT TIDAK DIZAHIRKAN BACAANNYA PADA WAKTU SIANG. Tujuannya agar : MUSUH ISLAM TIDAK DAPAT MENCARI & MENGETAHUI DIMANA TEMPAT SOLAT & BERKUMPULNYA UMAT ISLAM.
Adapun pada waktu malam, Nabi SAW menyaringkan bacaan dengan tujuan untuk mengajar Para Sahabat RA cara & kaedah membaca al- Quran. Berikut ialah teks arab yang menyatakan pandangan Imam Sya’rawi ini “
فإقامة البيوت هنا مشروطة بأن يجعلوا بها قبلة لإقامة الصلاة بعيداً عن أعين الخصوم الذين يضطهونهم، شأنهم شأن المسلمين الأوائل حينما كان الإسلام ـ في أوليته ـ ضعيفاً بمكة، وكان المسلمون حين ذاك يصلون في قلب البيوت، وهذا هو سر عدم الجهر بالصلاة نهاراً، وعدم الجهر يفيد في ألا ينتبه الخصوم إلى مكان المصلين.
وأما الجهر بالصلاة ليلاً وفجراً، فقد كان المقصود به أن يعلمهم كيفية قراءة القرآن.
Wallahua’lam…..

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Friday, December 4, 2009

Assalamualaikum...

Maaf,lama menyepi. baru je balik kampung ni. Tak sempat nak update.

So, saya nak mulakan dahulu dengan menjawab persoalan dari BY, yang bertanyakan " apakah hukum menjual duit dengn bayaran yang tak sama nilai? Mudah-mudahan ada manfaat.

contoh mcm nie..saya ada rm10 lama.sesiapa yang nak beli duit nie,saya jual rm100.adakah ini dikira riba.sebab dari apa yang saya baca,barang ribawi perlu ditukat dengan kuantiti or nilai yang sama..mintak tolong rakan2 menjawab.sebab dalam cg semakin ramai yang buat macam nie
nie hadith yg mengatakannya..“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.” (HR. Muslim no. 1584)maksudnya jika transaction antara emas dengan emas.. kenelah sama jumlah dan dilakukan secara terus, xboleh ada penangguhan.. mesti bayar on the spot. jika tidak hukumnya haram..
Cuma persoalannya,adakah duit tergolong dalam kategori barang ribawi ?
JAWAPAN :
Duit kertas bukan ilat (unsur) riba..rujuk kitab muktabar di sana lebih jelas. HUJAH :buka kitab matlain badrain bab riba ms 96 baris 8 :
“ dan tiada riba pada matabenda seperti duit(duit selain emas dan perak iaitu wang kertas atau wang tembaga)maka harus dijual setengah dengan setengahnya berlebih kurang'
maksudnya blh jual harga lebih tinggi... kerana ianya kertas..tiada unsur ribawi..unsur ribawi ialah emas dan perak dan makanan.emas dan perak semata-mata tidak blh dikiaskan dengan duit kertas..kerana duit kertas hanya kertas yang dicetak..so bolehla dijual dengan sebarang harga,.. takde masalah jual duit kertas dengan duit kertas..:"
Ada yang mengatakan jika duit tu duit lama dan tidak mempunyai lagi nilai masa sekarang, ia boleh dijual melebihi nilai pada notenye kerana ia tidak lagi dikira barang ribawi.
Asalkn duit lama itu tidak dibuat untuk belanja @ masih laku di kedai @ di pasar.
Duit itu adalah material yg dijadikn barang hiasan, hobi mengumpul barangan lama @ antik, dan bukannya untuk dibuat perbelanjaan..
DUIT YANG DISIFATKAN “LAMA @ANTIK” DI MALAYSIA :
PANDANGAN 1: Setakat ni, duit kertas lama yang tidak sah diperakui dgn nilai adalah note $500, $1000, $20 & RM50 (sempena 50 tahun merdeka).... Yang lain2 masih sah digunakan...termasuk $10 tahun 1967.PANDANGAN 2 : Semua matawang Malaysia berbentuk kertas masih boleh digunakan di pasaran kecuali RM1000 dan RM500... jangan salah paham, RM1000 dan RM500 masih boleh ditukar di beberapa tempat pada harga yg serupa.. jika ada sesiapa yg memiliki matawang yg disebutkan diatas, mungkin bole membuat tukaran sama nilai atau diberi sedikit "saguhati tambahan " diatas "upah simpan" atau "nilai antik" wang tersebut.
[ Sumber Penggurup Wang]
PANDANGAN SISI SAYA :
a- Duit Zaman Jepun dulu yang ada gambar pokok pisang lengkap dengan jantungnya
[rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 3, Terbitan 2004 DBP, halaman 33 ]
b- Duit Zaman Penjajahan British & Portugis dulu
- Duit-duit ni confirm memang dah laku lagi jika dibawa berbelanja di Giant @ yang sama waktu dengannya hehehe…
KESIMPULAN :
1. Duit kertas tidak termasuk di dalam item Ribawi
2. Tiada masalah jual duit kertas dengan duit kertas.
3. Boleh dijual duit lama dengan sebarang harga, samada harga yang rendah @ tinggi
WALLAHU A’LAM
Kg Penghulu Hassan,
Kupang, Baling, Kedah

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, December 3, 2009

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics