TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT ?

KISAH DI ZAMAN NABI SAW :
1. Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.“Wahai Makcik, apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

2. Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.
Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.

MENGAPA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT ?
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam kategori hukum qati'e dan usul.
Sabda nabi SAW :
إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
(20)
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
(59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

c) Tanda Dress code, atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi : ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

f) cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.
Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.
- Mana nak pilih : Beg Tangan Carlo Rino yang di ampai-ampai di dalam raga pameran @ yg di display dalam almari Kaca ?
- Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz.


g) Aurat Itu Tinggi Nilainya
Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.
Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

h) Mulianya darjat Wanita kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana kesungguhan menjaga auratnya.
Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya,… Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

[ Insya Allah, bakal bersambung lagi..... ]

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Wednesday, October 27, 2010

“ FORUM MENGAPA SAYA BERTUDUNG ? “

Pada 14 Oktober 2010 yang lalu, bertempat di Dataran Ilmu, SMK Tawau, sekitar jam 2.00 hingga 4.30 petang, saya telah menghadiri sebuah forum yang telah dianjurkan oleh Penyelaras Program Selepas PMR sekolah cemerlang terbabit. Forum tersebut itu dibarisi oleh :
1- Ustaz Nabil B. Hj Deraman [ Moderator Utama ]
2- Ustaz Mohd Zaiem Hilmi B. Hussin
3- Cik Nur Heliza Azmi [ Artis & Pengarah Urusan ]
4- Puan Nur Hashimah [ Guru SMK Tawau]

Atas rasa kepentingan tajuk yang dibincangkan, saya masukkan dalam entri kali ini, beberapa isi penting yang saya bicarakan. Harap para pembaca mendapat manfaat hendaknya….
HUJAH
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

INTRO

Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat [ Feroro Rochel] . Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu? Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri. Inilah adil namanya.
Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak? Sengal? Bodoh? Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.
Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?

Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.


SIAPAKAH 17 GOLONGAN YANG WANITA BOLEH DEDAHKAN AURAT ITU ?
17 jenis golongan sahaja iaitu:
1) suami,
2) bapa kandung,
3) bapa mertua,
4) anak lelaki,
5) anak lelaki tiri, (yakni anak suami)
6) saudara lelaki,
7) anak lelaki saudara lelaki,
8) anak lelaki saudara perempuan,
9) wanita islam,
10) hamba lelaki,
11) pelayan lelaki yang tidak bersyahwat,
12) kanak-kanak lelaki(<-diterangkan dalam Quran diterangkan dalam hadis->),
13) anak lelaki susuan,
14) bapa susuan,
15) saudara susuan,
16) bapa saudara susuan dan
17) menantu lelaki.


SENARIO KINI :
Selepas Tudung Wardina [Butik Ariani],Malaysia popular pula dengan Tudung Siti & Misai Dato K [ Kain Bawal] , Tudung Ibu Arini [ Hos Rncgn Hidayah Ptg Jumaat] , Tudung Ekin,Selepas itu Tudung Yuna.... selepas ni ndak tau lagi tudung siapa pula......


DEFINISI AURAT
AURAT adalah bahagian-bahagian pada badan yang harus ditutup
Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.
Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.
Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

[ insya Allah, akan bersambung berkaitan topik " Mengapa kita diwajibkan untuk menutup Aurat ? "

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Hukum Persandingan Dalam Islam

1. Definisi Persandingan:
meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan:
antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah:
ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama:
bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.


4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan :
1. Menabur Beras Kunyit:

Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:
{إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5)} [الفاتحة : 5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Thee do we worship, and Thine aid we seek.,
dan Yunus: 107:
{وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (107)} [يونس : 107]
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.


2. Membaca Jampi Mentera:
Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam:
Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj):
Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran:
Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros:

{وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26)} [الإسراء : 26]
"Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian:
Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah,
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا [البقرة : 286]
" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal:
Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat:
Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

3-Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-

i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara’.

Rujukan:
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam. Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Sepuluh Keutamaan orang-orang yang berpuasa [ JUMAAT : 12 OGOS 2010 ] MASJID AL-AMAN
الحمدُ لله اللطيفِ الرؤوفِ المَنَّانِ، الْغَنِيِّ القويِّ السِّلْطَان، الحَلِيمِ الكَرِيم الرحيم الرحمن .أحْمَدُه على الصفاتِ الكاملةِ الحِسَان، وأشكرُه على نِعَمِهِ السَّابغةِ وبَالشَّكرِ يزيد العطاء والامْتِنَان، وأشهد أن لا إله إلاَّ الله وحْدَه لا شريكَ له المَلِكُ الدَّيَّان، وأشهد أنَّ محمداً عَبْدُهُ ورسولُهُ المبعوثُ إلى الإِنس والجان، صلَّى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعينَ لهم بإحسان ما توالت الأزمان، وسلَّم تسليماً. … أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,Syeikh Muhammad b. Habib Alwi A-Malaki menukilkan dalam Kitabnya yang masyhur Khasâisul Ummatil Muhammadiyah, berkaitan tentang puasa bertitik tolak dari Al Quran dan As Sunnah. Seterusnya beliau menyenaraikan beberapa keutamaan orang-orang yang berpuasa yang ada pada umat ini.
معشر المسلمين رحمكم الله
Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai Al Rayyan. Berhubung dengan pintu ini, marilah kita menghayati hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Sahl bin Sa’ad :
: ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُeقال الرسول يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ – رواه ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Dalam Hadis yang dinyatakan oleh Usman B. Abil Ash, Rasul menambahkan pula bahwa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).
فَقَالَ عُثْمَانُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الصِّيَامُ جُنَّةٌ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنْ الْقِتَالِ
معشر المسلمين رحمكم الله
Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian,
خُلُوف فِم الصائِم أطيبُ عند الله من ريح المسْك “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”[Drpd Abi Hurairah , diriwayatkan oleh Imam Ahmad]

Keempat, Dalam sebuah Hadis Qudsi yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Allah berfirman “
لِلصائمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهما؛ إِذَا أفْطَرَ فرحَ بِفطْرهِ، وإِذَا لَقِي ربَّه فرُح بصومِهِ».
Yg bermaksud “Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. “ Orang yang berpuasa dalam santapan sungkainya melahirkankan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan karena telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.
معشر المسلمين رحمكم الله
Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. Hal ini telah diperakui oleh Tabib-tabib terkemuka zaman dahulu dengan ungkapan mereka “ ( صوموا تصحوا ) “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” Perlu diingatkan, ungkapan ini bukanlah Hadis Nabi, tapi adalah pengalaman yang telah dibuktikan secara kajian perubatan. Rahsia kesihatan di sebalik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mendap dan terkumpul dalam tubuh dan mengosongkan unsur-unsur kotor lainnya dari dalam tubuh manusia.
Menurut para ulama’, puasa ialah kemudahan kesihatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. Bila badan semakin sihat, maka banyaklah ibadat didirikan. Semakin banyak ibadat itu, semakin tinggilah nilai ketaqwaan kita.

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat bahan bakaran api neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).
معشر المسلمين رحمكم الله
Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman,
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).
Sebagian ulama ahli tafsir diantaranya Ibnu Abbas, Ibnu Masu’ud, Sufyan as-Sauri dan ad-Dhahhak, menerangkan bahwa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan di sini, adalah bahwa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakukan seharian, seperti makan, minum, mendatangi istri di siang hari, serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Kedelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Karenanya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna. Maka diamnya itu, adalah ibadah. Tetapi alangkah baiknya andai masa itu diisi dengan bacaan al-quran, lagilah berlipat kali ganda pahalanya.
معشر المسلمين رحمكم الله
Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahwa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama seperti dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi menjelaskan “من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Kesepuluh, Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, August 12, 2010

ELAK KESILAPAN SEPANJANG RAMADHAN [ JUMAAT : 12 OGOS 2010 ] MASJID AL-AMAN

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :

PERTAMA : Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
Nabi juga memberikan amaran bagi mereka yang berbuka di siang hari ramadhan tanpa uzur dengan , bahawa mereka akan digantung di dagunya dalam keadaan terbalik, sehingga darah mengalir keluar(lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

KEDUA : Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

KETIGA : Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

KEEMPAT: Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang, dia hanya. Kita pernah terdengar, ada sebilangan jemaah yang hanya hadir ke masjid, semata-mata untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih, tetapi Solat Isya tidak dilaksanakannya. Sedangkan Fardhu Isya itu adalah lebih utama dikerjakan. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. Ada sebilangan Ulama’ yg MENGKAFIRKAN org yg meninggalkan SOLAT shj. Kerana SOLAT adlh tiang agama, sesiapa yg meruntuhkannya, bererti dia meruntuhkan agamanya sendiri. Hal ini berdasarkan banyak dalil, di antaranya adalah sabda Nabi SAW ,إن بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
“Sesungguhnya (pembatas) antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat.” (Dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya dari hadits Jabir bin Abdullah RA.
Menurut Ulama’ yg mengkafirkan org yg meninggalkan Solat, tentu sekali posanya X DITERIMA Allah, kerana X SAH ibadah yg dilakukan oleh org bukan Islam. Ternyata pndgn ini cukup berat.
Sebahagian Ulama’ yg agak pertengahan, seumpama Pengarang Kitab Syarhul Sunnah : Imam al Baghawi dlm jilid 1/180 : menyifatkan mereka yg meninggalkan SOLAT ini sbg FASIQ @ Pelaku Dosa Besar. Berpandukan pendapat ini, org yg FASIQ ini dianggap sbg org yg lemah Imannya & dibimbangi Keimanannya. Jika dia berpuasa lengkap dgn syarat & rukunnya, puasanya tetap SAH. Sekalipun dia berdegil x mau menunaikan Solat, terpulanglah kpd Allah utk mempertimbangkan amalannya. Firman Allah dlm S. Zalzalah:[7-8]
فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ، ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره
’ sesiapa melakukan amal baik, nescaya dibalas baik & sesiapa yg melakukan amalan buruk, tetap akn dibalas buruk, biarpun sebesar zarah ‘

KELIMA : Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

KEENAM : Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

KETUJUH : Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

KELAPAN : Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut
الحَمْدُ لله الدَّاعي إلى بابه، الموفِّق من شاء لصوابِهِ، أنعم بإنزالِ كتابِه، يَشتملُ على مُحكم ومتشابه، أحمده على الهدى وتَيسيرِ أسبابِه، وأشهد أنْ لا إِله إلاَّ الله وحدَه لا شَريكَ له شهادةً أرْجو بها النجاةَ مِنْ عقابِه، وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه أكمَلُ النَّاس عَملاً في ذهابه وإيابه، صلَّى الله عليه وَعَلَى آلِهِ وأصحابه ومنْ كان أوْلَى بِهِ، وسلَّمَ تسليماً.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، اِتَّقُوْا اللهَ، اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, digandakan pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya Lailatul Qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Raikanlah kehadiran Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat bukan makanan lazat yang menambah berat badan. Selagi umat Islam banyak tidur daripada ibadat, banyak berhibur daripada memikirkan tanggungjawab, banyak rehat daripada bekerja maka selagi itulah kita tidak akan maju dalam meneguhkan agama dan menguasai dunia. Bersamalah kita merebut keistimewaan Ramadhan yang bakal kita lalui bagi menyahut tawaran Allah yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
: ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُeقال الرسول يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ – رواه ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.
Sidang Jumaat yang dikasihi,Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwaTaqwa itulah matlamat utama yang mesti dicapai oleh umat Islam yang berpuasa. Perkataan taqwa begitu mudah disebut dimulut tetapi begitu susah untuk diperolehi tanpa usaha yang bersungguh dan sikap acuh tidak acuh.
Kita mesti memilki 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Oleh itu sempena kedatangan Ramadhan hendaklah kita sama-sama hidupkannya dengan seberapa banyak amalan soleh disamping menjauhi segala bentuk maksiat. Kita wajib memperkemaskan ilmu berkenaan puasa zahir dan batin agar puasa kita menjadi ibadat yang diterima Allah bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadat yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan teraba-raba setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari. Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti hampa tanpa ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik dari sebelum nya. Jika perkara dunia kita mahu yang terbaik, inikan pula perkara akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Apabila sebuah negara melahirkan individu, keluarga, masyarakat bermula daripada pemimpin sehinggalah rakyat jelata daripada kalangan orang bertaqwa maka dijanjikan keberkatan kepada negara tersebut dan inilah yang kita idamkan selama ini. Tanpa masyarakat yang taqwa maka pelbagai masalah terus datang silih berganti bermula daripada kerosakan aqidah, keruntuhan akhlak, masalah jenayah, penyakit berjangkit dan sebagainya. Pemikiran dan tindakan umat bertaqwa berbeza jauh daripada golongan yang memisahkan agama daripada sistem kehidupan seharian. Umat bertaqwa sentiasa beriman bahawa setiap apa yang berlaku berdasarkan Qadha’ dan Qadar Allah di mana kita tidak boleh lari daripada bergantung harap kepada Allah dalam setiap apa yang berlaku disamping sentiasa memikirkan tentang setiap bala ujian yang menimpa merupakan peringatan daripada Allah dalam menyedarkan hambaNya yang banyak melakukan perderhakaan disamping untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah. Manusia yang tidak bertaqwa menganggap apa yang berlaku hanya disebabkan fenomena alam di mana hanya perlu dicari ubat untuk mengubatinya tanpa memikirkan bahawa penyakit yang menimpa merupakan kesan daripada kesalahan diri dan masyarakat yang banyak menolak kekuasaan dan kehebatan Allah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,Apabila pemimpin tidak bertaqwa maka berlakunya pecah amanah, rasuah serta tindakan yang bercanggah dengan agama dalam mentadbir negara. Apabila peniaga tidak bertaqwa maka berlakulah gejala sorok barang seperti gula bagi mengaut keuntungan berganda. Malah di tengah kekalutan selsema babi maka diambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam menjual penutup muka dan ubat virus sehingga timbul dakwaan bahawa selsema babi dicipta oleh golongan kapiltalis untuk mengaut keuntungan daripada ubat yang dijual.

Namun kita yakin bahawa setiap apa yang berlaku adalah antara tanda kekuasaan Allah. Oleh itu marilah kita menggunakan kesempatan dengan kedatangan Ramadhan untuk melahirkan pemimpin dan rakyat jelata yang bertaqwa sehingga negara dilimpahi keberkatan manakala pelbagai masalah dapat disekat daripada terus melarat. Islamlah nescaya kita selamat, negara berkat, dunia bahagia, akhirat sentosa.

Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: , | edit post

MASJID AL- AMAN KEKEJAMAN YAHUDI DI DADA SEJARAH 18 JUN 2010
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam keghairahan kempen piala dunia kini, dalam suasana kemeriahan sorakan apabila pasukan pilihan menjaringkan gold an melakar kemenangan, jangan pula kita melupai penderitaan yang terus-terus dialami oleh penduduk Palestine. Kerana kecintaan kepada mereka itu, membuktikan kita adalah kelompok ummat yang sentiasa mengambil berat sesame Muslim. Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya, kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini. Maka khutbah pada kali ini memfokuskan Sejarah Kejahatan Yahudi sepanjang tamadun manusia dibumi ini. Firman Allah SWT:
{وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا (4)} [الإسراء : 4]
“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]
معشر المسلمين رحمكم الله
Para ahli Tafsir Kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.
Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Firman Allah SWT:
{فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا (5)} [الإسراء : 5]
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]
Sidang Jumaat, rahimakumullah…
Kebenaran ayat itu, akhirnya telah disempurnakan oleh Nabi dan para Sahabatnya, dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar, Madinah , pada bulan Muharram tahun ke-7H. ,kerana mengkhianati perjanjian yang dibuat serta merancang membunuh nabi.
Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad dan kerosakan di muka bumi.
Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.
معشر المسلمين رحمكم الله
Jika dilihat kepada keadaan yang berlaku di dunia hari ini maka kita tidak menafikan bagaimana peranan Yahudi yang menjadi dalang utama kepada keganasan terutama ke atas umat Islam. Yahudi yang tidak pernah mempunyai negara sendiri sanggup melakukan pelbagai keganasan dan penindasan asalkan matlamat mereka untuk menguasai dunia terutama dalam usaha mewujudkan pusat Zionis Raya di Palestin dapat dicapai. Yahudi sebenarnya tidak layak menggunakan nama Israel pada negara haram mereka kerana ia merupakan nama kedua bagi nabi Yaakub a.s dan mereka sendiri merupakan bangsa kejam yang pernah membunuh nabi-nabi dan banyak melakukan kerosakan di muka bumi semenjak dahulu lagi.
Pada zaman moden ini juga Yahudi pernah dihalau dan diperangi oleh bangsa lain kerana kejahatan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nazi Jerman terhadap Yahudi. Walau pun bangsa Yahudi merupakan bangsa pengecut dan penakut tetapi mereka pintar dan bijak menggunakan orang lain untuk kepentingan mereka di mana antaranya mereka berjaya membina negara haram Yahudi di Palestin pada 1948 dengan pertolongan Amerika dan Britain setelah Yahudi menguasai negara tersebut selepas Peperangan Dunia Kedua. Keganasan Yahudi di Palestin tidak pernah kunjung padam malah semakin bertambah memandangkan semasa kemasukan Yahudi ke Palestin pada awalnya telah menyaksikan banyak pembunuhan yang berlaku sehingga darah yang mengalir di atas masjid Aqsa daripada tubuh umat Islam yang disembelih beramai-ramai bagaikan air banjir. Kezaliman Yahudi walau pun ketika umat Islam membuat perjanjian damai dengan mereka atau meneruskan serangan dengan senjata yang ada,tetap berjalan kerana Yahudi berpegang dengan Prinsip Yang Menghalalkan Keganasan Yang Mereka Melakukan. Antara butiran pegangan mereka itu ialah :
1. Orang lain selain Yahudi adalah seperti anjing-anjing
2. Umat-umat di luar agama Yahudi, bukan hanya anjing-anjing, bahkan juga keldai
3. Rumah-rumah selain Yahudi adalah kadang-kadang haiwan
4. Diharamkan ke atas Yahudi untuk menyelamatkan walaupun seorang ‘orang asing’ (selain Yahudi)
5.Orang yang membunuh selain Yahudi akan diganjarkan dengan kekal dalam syurga al-Firdaus
Kesimpulannya, kita tak perlu hairan dengan perangai Yahudi yang menyerang sesiapa sahaja secara membuta tuli kerana inilah AQIDAH YANG DITANAMKAN OLEH MEREKA DI DALAM KITAB TALMUD sejak mereka kecil lagi sedangkan aqidah yang mereka ajarkan itu aqidah yang batil! Lihatlah bagaimana Yahudi boleh bangkit sekalipun
dengan aqidah yang batil dan palsu ini? Maka benarlah Firman Allah dalam,yang berbunyi :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ [Surah al- Maidah, ayat 82]
Maksudnya : Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang Yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.
معشر المسلمين رحمكم الله
Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis Yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.
Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai Yahudi! Tentera Muhammad kan kembali. Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Sunday, June 20, 2010
0 ulasan
categories: , , | edit post

PERJUDIAN DALAM SUKAN ? [ JUMAAT : 22 MEI 2009 ] MASJID AMAR MAKRUF, HILLTOP

[ KHUTBAH INI SAYA SUNTINGKAN SEJAK TAHUN LEPAS. PERSOALAN YANG WAJIB KITA RENUNGI, KALAULAH SITUASI-SITUASI YANG DIPAPARKAN INI , SUDAHPUN DIKIRA MEMPUNYAI UNSUR PERJUDIAN & PERTARUHAN, MAKA APATAH LAGI JUDI SUKAN YANG HANGAT DIPERKATAKAN KINI ]. KALAU DEAL PERTANDINGAN MENGHENDAKI PIHAK YANG KALAY TERPAKSA MEMBAYAR HARGA TIUB SHUTTLE, SPENT MAKAN ATAU BAYAR HARGA GELANGGANG, ITUPUN SUDAH DKIRA JUDI, BAYANGKANLAH KALU PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN JUDI SUKAN, MESTI MEMASUKI PREMIS SPORT TOTO, MEMBELI KERTAS-KERTAS JUDI, MAKA TERNYATA ITULAH TINDAKAN YANG MENCABAR AQIDAH DAN JATI DIRI KEISLAMAN KITA !!!. HAYATILAH KANDUNGAN KHUTBAH INI...
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً، أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak. Justeru marilah kita jalani kehidupan ini dengan nilai-nilai ikhlas, sabar, amanah, berusaha dan bertawakkal yang menjadi ciri-ciri mukmin yang taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada penipuan dan perjudian.
معشر المسلمين رحمكم الله
Hari ini dengan canggihnya teknologi, maka canggih juga jalan yang diteroka oleh manusia untuk melakukan jenayah perjudian. Satu ketika terdahulu, pihak keselamatan kita telah berjaya menumpaskan satu sendiket perjudian yang melibatkan berjuta-juta ringgit yang bersempena kempen Piala Dunia. Pertaruhan yang mempunyai jaringan antarabangsa ini menjadi bukti yang jelas betapa manusia kadang-kadang akan sanggup melakukan apa saja, hatta melanggar larangan agama dan peraturan negara demi mengaut keuntungan. Dalam keasyikan peminat-peminat bola sepak menikmati penampilan terbaik bintang-bintang bola sepak dunia, ada pihak yang melihat temasya ini dengan pandangan judi, sehingga stadium bola, seolah-olah menjadi kasino sukan terbesar di dunia. Antara pihak yang memanipulasikan keadaan ini ialah Syarikat bWin, sebuah syarikat perjudian antarabangsa yang menjadi penaja rasmi jersi Real Madrid kini. Khatib yakin, menjelang 28 Mei nanti, pentas Final Euro Champion League, pasti akn menyaksikan kaki-kaki judi sibuk mempertaruhkan team masing-masing. Antara Barcelona & Manchester United, siapakah yang akan mnjadi Juara Liga? Ada dikalangan penonton yang bertaruh, pasukan mana yg berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu? Atau pemain mana yg akn mnjaringkan gol? Berapa pula jumlah jaringan bagi setiap pasukan & entah macam-macam jenis pertaruhan lagi.
معشر المسلمين رحمكم الله
Dalam kesempatan ini, izinkan Khatib utk menjelaskan secara ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita serta menawarkan hadiah pertandingan buat para pemenang. seperti berikut:
SITUASI 1.
Dua team bermain bola @ futsal, namun hanya satu pihak shj yg meletakkan hadiah sebanyak RM200 sebagai contoh. Siapa yang menang pertandingan, akan memiliki hadiah tersebut. Dlm soal Hukum: Ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak mengeluarkan hadiah. Fatwa ulama seperti berikut:
1. Harus: Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
2. Haram: Ia pendapat mazhab Maliki kerana wang RM200 sudah keluar daripada miliknya. Jika dia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama ‘qimar’.
Pendapat lebih kuat (rajih) adalah pendapat pertama yang mengharuskannya kerana wang RM200 itu miliknya dan pihak kedua tidak terbabit dalam memberi wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira hadiah biasa dan bukan judi.

SITUASI 2.
Dua pasukan bermain bola @ futsal, kedua-duanya mengeluarkan wang sebagai hadiah. Ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama, termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya HARAM.
Malah, Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut ada ijma’ mengenai pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/228; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami’, Ibn Rusyd, hlm 336)

SITUASI 3.
Dua orang bermain bola @ futsal, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggang bola sepak @ futsal tersebut.
Bagaimana Hukumnya: Ia juga termasuk Judi & Haram, walaupun ada unsur usaha daripada kedua-dua pihak dan bukan permainan nasib semata-mata. Unsur judinya datang daripada sudut hadiah. Seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membayar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi, walaupun kedua-dua pihak meredainya. Kerana kaedah utama dlm Islam menyebut “ الرضا بالمعصية معصية ". Kerana tiada redha-meredhai dalam perihal haram.
Namun jika hanya seorang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali & sama dlm situasi yg pertama tadi. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/227; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93)
معشر المسلمين رحمكم الله
SITUASI 4.
Dua orang atau lebih bertanding futsal, tetapi kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan @ spent kumpulan yang menang. Inilah bentuk pertarUhan yg sering berlaku dlm liga-liga kampong disekeliling kita.
Hukumnya: Ia juga merupakan perjudian dan sama bentuknya dengan situasi ketiga di atas.

SITUASI 5.
Beberapa kumpulan ingin menganjur pertandingan bola sepak, namun tiada sumbangan hadiah umpamanya dr NGO dan tiada tajaan daripada YB, diperoleh. Akhirnya mereka menggunakan wang terkumpul daripada yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.
Hukumnya: Jika ditinjau daripada perspektif empat mazhab & keputusan drpd Majlis Fiqh Dunia Ia tetap judi, walaupun bola sepak bukan permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Unsur judi datang daripada bahagian kedua iaitu hadiah wang terkumpul daripada semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi.
Namun jika hadiah datang daripada sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

SITUASI 6.
Jika ada yang bertanya, bagaimana pula jika semua kumpulan diberi hadiah sagu hati?
Jawapannya, ia tetap dikira judi jika pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan tewas, ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Dalam hal ini, pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan.
Ringkasnya, ulama sepakat setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil daripada wang itu, semuanya judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

SITUASI 7.
Membeli akhbar untuk menyertai pertandingan teka bola @ membeli produk Power Root utk menyertai pertandingan “ Sesiapapun boleh jadi Jutawan” dan sebagainya.
dalam isu ini : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwakannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seperti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu’asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003)
Hujahnya ialah :
Keharusan ini kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat serta khabar berita @ menikmati minuman kegemarannya. Akan tetapi, kecuali dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah @ dibeli Ali ,Pearl & Oligo Café, hingga bertroli-troli, seperti yg ditunjukkan didalam iklan tv itu, dgn tujuan hanya kerana ingin menyertainya sebanyak mungkin. Bukan dgn niat ingin membaca akhbar @ menikmati aroma minuman tersebut, Tatkala itu hukumnya bertukar menjadi haram dan judi.
معشر المسلمين رحمكم الله
Ada dikalangan org Islam, yang menganggap pertaruhan sebegini ‘suka-suka’ sahaja bilangnya, dijadikan cara untuk memeriahkan acara atau untuk menimbulkan semangat perlawanan & bersukan, lalu ada yang bertaruh wang, ada yang bertaruh minuman atau makanan, ada pertaruhan melalui tiket bertuah dan lain-lain. Padahal apa saja jenis pertaruhan, maka ia tetap menjadi judi dan diharamkan oleh agama. FIRMAN Allah AW :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [ al-Maidah : ayat 90 ]
Sidang Khutbah sekalian,
Berapa ringgitpun yang diletakkan jika atas nama pertaruhan ia tetap haram. Samalah seperti berapa teguk yang diminum, jika arak maka ia tetap haram.
Semoga khutbah ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling agar memberhentikan terus pembabitan mereka dalam perjudian ini tanpa disangka-sangka.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, June 3, 2010

PERJUDIAN DALAM SUKAN ? [ JUMAAT : 22 MEI 2009 ] MASJID AMAR MAKRUF, HILLTOP

[ KHUTBAH INI SAYA SUNTINGKAN SEJAK TAHUN LEPAS. PERSOALAN YANG WAJIB KITA RENUNGI, KALAULAH SITUASI-SITUASI YANG DIPAPARKAN INI , SUDAHPUN DIKIRA MEMPUNYAI UNSUR PERJUDIAN & PERTARUHAN, MAKA APATAH LAGI JUDI SUKAN YANG HANGAT DIPERKATAKAN KINI ]. KALAU DEAL PERTANDINGAN MENGHENDAKI PIHAK YANG KALAY TERPAKSA MEMBAYAR HARGA TIUB SHUTTLE, SPENT MAKAN ATAU BAYAR HARGA GELANGGANG, ITUPUN SUDAH DKIRA JUDI, BAYANGKANLAH KALU PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN JUDI SUKAN, MESTI MEMASUKI PREMIS SPORT TOTO, MEMBELI KERTAS-KERTAS JUDI, MAKA TERNYATA ITULAH TINDAKAN YANG MENCABAR AQIDAH DAN JATI DIRI KEISLAMAN KITA !!!. HAYATILAH KANDUNGAN KHUTBAH INI...
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً، أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak. Justeru marilah kita jalani kehidupan ini dengan nilai-nilai ikhlas, sabar, amanah, berusaha dan bertawakkal yang menjadi ciri-ciri mukmin yang taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada penipuan dan perjudian.
معشر المسلمين رحمكم الله
Hari ini dengan canggihnya teknologi, maka canggih juga jalan yang diteroka oleh manusia untuk melakukan jenayah perjudian. Satu ketika terdahulu, pihak keselamatan kita telah berjaya menumpaskan satu sendiket perjudian yang melibatkan berjuta-juta ringgit yang bersempena kempen Piala Dunia. Pertaruhan yang mempunyai jaringan antarabangsa ini menjadi bukti yang jelas betapa manusia kadang-kadang akan sanggup melakukan apa saja, hatta melanggar larangan agama dan peraturan negara demi mengaut keuntungan. Dalam keasyikan peminat-peminat bola sepak menikmati penampilan terbaik bintang-bintang bola sepak dunia, ada pihak yang melihat temasya ini dengan pandangan judi, sehingga stadium bola, seolah-olah menjadi kasino sukan terbesar di dunia. Antara pihak yang memanipulasikan keadaan ini ialah Syarikat bWin, sebuah syarikat perjudian antarabangsa yang menjadi penaja rasmi jersi Real Madrid kini. Khatib yakin, menjelang 28 Mei nanti, pentas Final Euro Champion League, pasti akn menyaksikan kaki-kaki judi sibuk mempertaruhkan team masing-masing. Antara Barcelona & Manchester United, siapakah yang akan mnjadi Juara Liga? Ada dikalangan penonton yang bertaruh, pasukan mana yg berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu? Atau pemain mana yg akn mnjaringkan gol? Berapa pula jumlah jaringan bagi setiap pasukan & entah macam-macam jenis pertaruhan lagi.
معشر المسلمين رحمكم الله
Dalam kesempatan ini, izinkan Khatib utk menjelaskan secara ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita serta menawarkan hadiah pertandingan buat para pemenang. seperti berikut:
SITUASI 1.
Dua team bermain bola @ futsal, namun hanya satu pihak shj yg meletakkan hadiah sebanyak RM200 sebagai contoh. Siapa yang menang pertandingan, akan memiliki hadiah tersebut. Dlm soal Hukum: Ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak mengeluarkan hadiah. Fatwa ulama seperti berikut:
1. Harus: Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
2. Haram: Ia pendapat mazhab Maliki kerana wang RM200 sudah keluar daripada miliknya. Jika dia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama ‘qimar’.
Pendapat lebih kuat (rajih) adalah pendapat pertama yang mengharuskannya kerana wang RM200 itu miliknya dan pihak kedua tidak terbabit dalam memberi wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira hadiah biasa dan bukan judi.

SITUASI 2.
Dua pasukan bermain bola @ futsal, kedua-duanya mengeluarkan wang sebagai hadiah. Ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama, termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya HARAM.
Malah, Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut ada ijma’ mengenai pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/228; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami’, Ibn Rusyd, hlm 336)

SITUASI 3.
Dua orang bermain bola @ futsal, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggang bola sepak @ futsal tersebut.
Bagaimana Hukumnya: Ia juga termasuk Judi & Haram, walaupun ada unsur usaha daripada kedua-dua pihak dan bukan permainan nasib semata-mata. Unsur judinya datang daripada sudut hadiah. Seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membayar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi, walaupun kedua-dua pihak meredainya. Kerana kaedah utama dlm Islam menyebut “ الرضا بالمعصية معصية ". Kerana tiada redha-meredhai dalam perihal haram.
Namun jika hanya seorang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali & sama dlm situasi yg pertama tadi. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/227; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93)
معشر المسلمين رحمكم الله
SITUASI 4.
Dua orang atau lebih bertanding futsal, tetapi kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan @ spent kumpulan yang menang. Inilah bentuk pertarUhan yg sering berlaku dlm liga-liga kampong disekeliling kita.
Hukumnya: Ia juga merupakan perjudian dan sama bentuknya dengan situasi ketiga di atas.

SITUASI 5.
Beberapa kumpulan ingin menganjur pertandingan bola sepak, namun tiada sumbangan hadiah umpamanya dr NGO dan tiada tajaan daripada YB, diperoleh. Akhirnya mereka menggunakan wang terkumpul daripada yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.
Hukumnya: Jika ditinjau daripada perspektif empat mazhab & keputusan drpd Majlis Fiqh Dunia Ia tetap judi, walaupun bola sepak bukan permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Unsur judi datang daripada bahagian kedua iaitu hadiah wang terkumpul daripada semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi.
Namun jika hadiah datang daripada sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

SITUASI 6.
Jika ada yang bertanya, bagaimana pula jika semua kumpulan diberi hadiah sagu hati?
Jawapannya, ia tetap dikira judi jika pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan tewas, ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Dalam hal ini, pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan.
Ringkasnya, ulama sepakat setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil daripada wang itu, semuanya judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

SITUASI 7.
Membeli akhbar untuk menyertai pertandingan teka bola @ membeli produk Power Root utk menyertai pertandingan “ Sesiapapun boleh jadi Jutawan” dan sebagainya.
dalam isu ini : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwakannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seperti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu’asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003)
Hujahnya ialah :
Keharusan ini kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat serta khabar berita @ menikmati minuman kegemarannya. Akan tetapi, kecuali dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah @ dibeli Ali ,Pearl & Oligo Café, hingga bertroli-troli, seperti yg ditunjukkan didalam iklan tv itu, dgn tujuan hanya kerana ingin menyertainya sebanyak mungkin. Bukan dgn niat ingin membaca akhbar @ menikmati aroma minuman tersebut, Tatkala itu hukumnya bertukar menjadi haram dan judi.
معشر المسلمين رحمكم الله
Ada dikalangan org Islam, yang menganggap pertaruhan sebegini ‘suka-suka’ sahaja bilangnya, dijadikan cara untuk memeriahkan acara atau untuk menimbulkan semangat perlawanan & bersukan, lalu ada yang bertaruh wang, ada yang bertaruh minuman atau makanan, ada pertaruhan melalui tiket bertuah dan lain-lain. Padahal apa saja jenis pertaruhan, maka ia tetap menjadi judi dan diharamkan oleh agama. FIRMAN Allah AW :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [ al-Maidah : ayat 90 ]
Sidang Khutbah sekalian,
Berapa ringgitpun yang diletakkan jika atas nama pertaruhan ia tetap haram. Samalah seperti berapa teguk yang diminum, jika arak maka ia tetap haram.
Semoga khutbah ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling agar memberhentikan terus pembabitan mereka dalam perjudian ini tanpa disangka-sangka.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

BANTERAS JUDI HABIS-HABISAN [ JUMAAT : 4 MEI 2010 ] MASJID HIDAYATUL MUSTAQIM/QUBA’

الحمد لله الذي أنعم علينا بما أعطانا من الأموال ،ووفق من شاء من خلقه لاكتسابها من طريق حلال، وصرفها فيما يوجب رضى الكبير المتعال، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ذو العظمة والجلال، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، المبعوث بأكمل الشرائع وأفضل الخصال، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم لا بيع فيه ولا خلال ،وسلم تسليما.
أما بعد، أيها الناس: اتقوا الله تعالى، واعلموا أنما أموالكم وأولادكم فتنة وأن الله عنده أجر عظيم
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada penipuan dan perjudian.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, marilah kita merenung sejenak , peristiwa-peristiwa yang mencabar keimanan dan kasih sayang kita terhadap agama & maruah saudara seaqidah kita.
1) Ketika umat Islam di Pakistan, bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjur pertandingan melakar wajah nabi,
2) Ketika kekejaman Komando Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa, yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza, yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga 9 sukarelawan Turki yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera. Insiden ini, membuka mata masyarakat dunia, betapa kejamnya Yahudi Laknatullah ini..
3) Tiba-tiba, Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.Saranan dari bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan. Alasan daripada Timbalan Menteri Kewangan amat memualkan. Beliau berkata, jika lesen judi bola itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Ternyata tindakan ini tidak bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.معشر المسلمين رحمكم الله
Walaupun lesen judi, kononnya hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti kesemuanya, merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi. Jika kita perhatikan kepada pegangan agama lain terhadap judi seperti Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.
Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, .
Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi hanya, dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Usaha kerajaan United Kingdom suatu ketika dahulu, untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapatan negara, telah mendapat kecaman dari rakyat. Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, hingga hari ini, masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial.

Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalalkan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermaruah. Firman Allah dalam Surah al- Muddassir ayat 42-47:
{ما سلككم في سقر . قالوا لم نك من المصلين . ولم نك نطعم المسكين . وكنا نخوض مع الخائضين . وكنا نكذب بيوم الدين . حتى أتانا اليقين
42- Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?
43- Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
44- Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; -
45- Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang- orang yang memperkatakannya
46- Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
47- Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”. (KEMATIAN)
معشر المسلمين رحمكم الله
Sewajarnya kepimpinan negara menghayati kewajipan pemerintah dan konsep maslahah yang sebenarnya. Prinsip itu terkandung dalam Siasah Syariyyah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang berbunyi : قضية الإمام لرعيته منوط بالمصلحة
bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”
Dalam hal ini, ada 2 perkara yang perlu kita fahami :
Pertama : Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'e r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).
Persoalannya kini :
1- Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?
2- Adakah tindakan seorang penjaga anak yatim, yang menggalakkan anak yatim peliharaannya berjudi, dapat kita anggap ia satu tindakan yang baik ? Adakah bapa ini layak mendapat anugerah Bapa Mithali ? Sudah pasti semua orang menjawabnya TIDAK!!.
Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

Kedua: Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar , jika dibandingkan dengan manfaat yang bakal diterima. Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
(maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).
معشر المسلمين رحمكم الله
Justeru, biarpun Judi itu ada yang 'dilesenkan/dihalalkan' atau tidak dilesenkan keburukannya sentiasa dominan.
Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.
Maka sewajarnyalah peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah.
Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Juga premis perzinaan berlesen , agar pengunjungnya selamat dari tangkapan ?

معشر المسلمين رحمكم الله
Dalam situasi sebeginilah, kaedah fiqh yang berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil), akan dipraktikkan. Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:
"دفع المفسدة العامة يقدم على المفسدة الخاصة"
Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus

"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar

"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum

Semua kaedah di atas mempunyai maksud yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan umum diutamakan dengan menggadaikan kepentingan khusus atau mengelakkan bahaya yang lebih besar dan yang melibatkan masyarakat secara amnya perlu diutamakan dengan hanya menanggung bahaya yang lebih kecil atau khusus.(Qawaid Fiqhiyyah, Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, m.s 144, Darul Hadith, Kaherah)

معشر المسلمين رحمكم الله
Ternyata kaedah fiqh dari warisan ilmu ini lebih dihayati oleh penganut agama lain. Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.
Yang terkini, bermula 1 Julai 2009, Moscow di Rusia ,operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup, secara beransur-ansur. Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan. Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن




Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Info JPN

JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.

Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.

Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG
Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan

Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan

Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional

Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya

Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk

Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI
Nama binatang atau serangga

Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu

Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam

Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna

Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian

Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK
Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA
Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA
Hokkian

Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis

Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin

Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo


Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.

“Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.

“Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,” katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.

Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.

“Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.

“Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,” katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik.

Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran ‘pelik’ seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Monday, May 24, 2010
2 ulasan
categories: | edit post

Menamakan Anak : Panduan Dan Hukumnya
MENAMAKAN ANAK: PANDUAN DAN HUKUMNYA (BILANGAN 253 BAHAGIAN PERTAMA)بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah dia akan dikenali. Dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat. Kerana itu nama bukan perkara kecil. Malahan ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.Nama juga merupakan simbol khusus yang dapat membezakan diri seseorang itu daripada orang lain. Bahkan dengan nama juga seseorang itu boleh dikenali agamanya, sama ada Islam ataupun bukan. Nama juga boleh mempengaruhi atau mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama. Oleh sebab itu, nama merupakan antara perkara yang terawal sekali diberi perhatian untuk anak yang baru lahir. Sejak anak damit masih dalam kandungan lagi para ibubapa sudah mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan yang khusus dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemberian nama ini.Waktu Yang Paling Afdhal Menamakan Anak Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Adzkar, sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh ataupun pada hari kelahirannya berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan harus menamakan anak sebelum atau selepas hari ketujuh. Imam al-Bukhari Rahimahullah pula mengkhususkan waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran adalah bagi ibubapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka.Perkara ini berlaku kepada Ibrahim Radhiallahu ‘anhu putera Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Abdullah bin az-Zubair Radhiallahu ‘anhuma dan beberapa anak para sahabat yang lainnya. Sementara bagi ibubapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama hingga ke hari yang ke tujuh. Pendapat ini disokong oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-Bari. Begitu juga sunat diberikan nama kepada anak damit yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.Sunat juga diberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah. Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk keduanya seperti Hindun " هند " dan Thalhah ."طلحة"Memilih Nama Yang BaikSunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إِنَّ ُ كمْ تُدْعَوْ َ ن يَوْمَ اْلقِيَامَةِ بَِأسْمَائِ ُ كمْ وََأسْمَاءِ آبَائِ ُ كمْ ، َفحَسِّنُوْا َأسْمَاءَ ُ كمْ.
(رواه أبو داود وأحمد)Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)Nama Yang Paling Disukai Oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala1- Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " "عبد الرحمن sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
َأحَبُّ الأَسْمَاءِ إَِلى اللهِ تَعَاَلى عَبْدُ اللهِِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ.
(رواه أبو داود)Maksudnya:
“Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”
(Hadits riwayat Abu Daud)2- Sebaik-baik nama selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman ini pula ialah nama-nama ‘Abd " عبد " (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah yang sembilan puluh sembilan (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim " عبدالرحيم ", ‘Abdulmalik " ,"عبدالملك‘Abdussalam " عبدالسلام " dan yang seumpamanya. (Fatwa: 24/1984)Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ianya menggabungkan sifat-sifat yang wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan). 3- Manakala nama Muhammad " محمد " dan kemudian nama Ahmad " أحمد " pula adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama tersebut. (Fatwa: 24/1984)Menggunakan Nama-Nama Para Nabi Dan Para MalaikatImam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa menurut mazhab as-Syafi‘e dan jumhur ulama, harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi dan begitu juga nama-nama para malaikat.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan untuk menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda:
تَسَمَّوا بَِأسْمَاءِ الأَنْبِيَاءِ.
(رواه أبو داود)Maksudnya:
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.” (Hadits riwayat Abu Daud)Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al- Mufrad bahawa Baginda menamakan seorang sahabat Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘alaihissalam.Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
سَمُّوا بِاسْمِي وَ َ لا تَكتَنُوا بِكنْيَتِي.
(رواه البخاري ومسلم)Maksudnya:
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku.”
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Bahkan nama Muhammad mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesuatu keluarga.
(Fatwa: 66/91)Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata: “Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.HUKUM MEMENDEKKAN NAMA NABI MUHAMMADPerlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Fatwa: 66/1991)Sumber :
Mufti Brunei

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics