PELIHARA RUMAH IBADAH AGAMA LAIN [ JUMAAT : 15 JAN 2010 ]
MASJID HABIB AB RAHMAN & AL-KAUTHAR
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، أحمده سبحانه على نعمه التي لا تعد، وأفضاله التي لا تحد. وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، أخشى الناس لربه، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً،
أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak, nikmat yg zahir & batin.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Dengan niat untuk membantu dan mempromosi keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. Khutbah ringkas ini disampai dan diharapkan, ia mampu memberi satu mesej yang baik buat rakan-rakan Islam dan bukan Islam yang mendengar Khutbah ini.
Jelas lagi terang, tindakan membakar gereja bagi melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kes penggunaan nama Allah bagi Kristian adalah TINDAKAN YANG SALAH. Namun persoalannya kini, benarkah tindakan sebegini salah di sisi agama Islam? Khutbah ini cuba memberi jawapan ringkas terhadap persoalan tersebut.
معشر المسلمين رحمكم الله
Hujah 1 : Tindakan Membakar Gereja Ini, Bertentangan Dengan Catatan Emas Sejarah Islam
Jika diteliti susur galur Sejarah Islam di zaman silam dan sejarah pembukaan Islam ke negara-negara yang mempunyai gereja, Nabi s.a.w dan para sahabat tidak sama sekali mengarahkan meruntuhkannya. Akan tetapi, Nabi hanya tidak membenarkan pembinaan gereja baru sahaja. Namun gereja-gereja yang telah wujud dan tidak digunakan untuk mencetus peperangan dan tidak menjadi perkubuan tentera, tidak sama sekali dirosakkan dan dirobohkan. Sahabat besar, Imam Ibn Abbas r.a pernah dicatatkan sebagai berkata "mana-mana kawasan 'ajam' (bukan Arab) yang dibuka dengan izin Allah melalui kekuatan Islam, maka penduduk asal bukan arab boleh mengekalkan binaan mereka" . Ibn Qudamah kemudian mengulas di dalam Kitab Al-Mughni, Jld 10, hlm 609, yang bermaksud : Itu adalah kerana walaupun para sahabat membuka banyak negara baru melalui jalan peperangan, tidak sama sekali mereka merobohkan mana-mana gereja. Hal ini dibuktikan apabila hingga sekarang, kita masih dapat melihat gereja-gereja lama wujud di Negara yang pernah ditakluki pejuang Islam. Khalifah Umar Abd Aziz pernah menulis kepada petugas-petugasnya agar TIDAK MEROSAKKAN GEREJA, BIARA-BIARA, RUMAH API (TEMPAT IBADAH) , kerana kerana telah Ijma' atas perkara itu, dan tidak dapat dinafikan wujud di negara-negara umat Islam.
Itulah pendirian Islam khususnya di dalam keadaan Islam begitu kuat dan menguasai sebahagian besar dari peta dunia. Berbeza di zaman serba moden ini, tatkala penganut Islam tidak seperti dahulu, mereka tidak benar-benar ‘menguasai' seperti para sahabat dahulu, mereka hanya berkongsi kuasa bersama golongan bukan Islam. Dalam keadaan seperti itu, kehormanian melalui kefahaman untuk tidak menganggu tempat ibadah agama pihak lain tentulah menjadi amat PENTING DAN UTAMA. Khususnya, apabila penduduk bukan Islam di sesebuah negara tersebut telah mengikat satu janji taat setia kepada negara, malah menjadi warganegara.
Hujah ke 2 : MEMBAKAR INI TINDAKAN ZALIM, DAN BOLEH BAWA BANYAK KEZALIMAN
معشر المسلمين رحمكم الله
Allah Taala menyebut dalam Surah Al-Haj , ayat 40
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
Imam Al-Tabari ketika mengulas ayat ini dalam Tafsirnya berkata :- ( Tafsir At-Tabari, Jilid 18, hlm 648) :
كل ذلك دفع منه الناس بعضهم عن بعض ، لولا ذلك لتظالموا ، فهدم القاهرون صوامع المقهورين
Ertinya : itulah hasil dari kerana Allah taala menolak keganasan antara satu sama lain, jika tidak kerana itu, mereka akan saling zalim menzalimi, maka yang kuat akan merobohkan tempat ibadah yang lemah
Imam Al-Qurtubi pula membawakan kata-kata ulama sebelumnya yang berkata:-
تضمنت هذه الآية المنع من هدم كنائس أهل الذمة ، وبيعهم ، وبيوت نيرانهم
Ertinya : Ayat ini mengandungi larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja kafir ahli zimmah, dan biara-biara mereka ( Tafsir Al-Qurtubi, Jld 12, hlm 67)
Justeru, dalam sebuah negara moden berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia ini, dalam keadaan Kekuatan Negara yang dikongsikan secara bersama dengan Masyarakat Majmuk. Diketika situasi politik dan agama serta kekuatan Islam yang sangat berbeza, peringatan ini Wajiblah dihayati , iaitu : Masyarakat Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu gereja dan penganut YAHUDI SERTA KRISTIAN dan lain-lain penganut agama lain pula, tidak boleh MEROSAK DAN MENGGANGGU MASJID.
معشر المسلمين رحمكم الله
Maka dengan itu, saya malah kita semua patut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelaku pembakaran gereja ini.
Namun begitu, Khatib juga ingin melahirkan kebimbangan jika tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memberi gambaran buruk kepada penganut Islam dan Islam itu sendiri. Lebih merbahaya jika ia sebuah provokasi untuk menyeru tindakbalas dari pihak Kristian.Hakikatnya, jika ia dilakukan oleh orang Islam, itu adalah akibat ketidakfahamannya terhadap maksud sebenar kehendak Islam, jelasnya tindakan sebegitu bukan sama sekali arahan Agama, khususnya apabila ia hanya bakal mencetuskan kemudaratan yang lebih besar. Ini sekali lagi menjadikan tindakan 'bakar gereja' sebagai HARAM.Bagi yang ingin terus membantah, bantahan boleh dibuat namun jangan sesekali memulakan pergaduhan dan pemusnahan fizikal, kerana ia bakal mencetuskan kesan yang jauh lebih buruk, bukan di peringkat Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia. Malah, berita ini sudah pun tersebar meluas di Negara barat ini, menampakkan seolah umat Islam sentiasa wajar digelar pengganas. Padahal tidak mampu dipastikan lagi siapa pelakunya dan apakah agamanya.Oleh itu, bagi saya, apa yang perlu, boleh nyatakan bantahan secara aman melalui Facebook, blog persendirian, demonstrasi aman, memorandum dan selebihnya, kita MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN, agar ianya seiring dengan doa & harapan kita, agar kesucian Islam dan Keunggulan Nama Allah tetap terpelihara.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Dicatat oleh almunabbih on Thursday, January 21, 2010
categories: edit post

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics