Info JPN

JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.

Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.

Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG
Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan

Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan

Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional

Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya

Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk

Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI
Nama binatang atau serangga

Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu

Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam

Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna

Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian

Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK
Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA
Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA
Hokkian

Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis

Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin

Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo


Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.

“Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.

“Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,” katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.

Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.

“Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.

“Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,” katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik.

Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran ‘pelik’ seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Monday, May 24, 2010
2 ulasan
categories: | edit post

Menamakan Anak : Panduan Dan Hukumnya
MENAMAKAN ANAK: PANDUAN DAN HUKUMNYA (BILANGAN 253 BAHAGIAN PERTAMA)بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Nama mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seorang insan. Dengan nama itulah dia akan dikenali. Dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari akhirat. Kerana itu nama bukan perkara kecil. Malahan ia boleh melibatkan hukum larangan jika nama yang diberikan itu tidak menepati ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.Nama juga merupakan simbol khusus yang dapat membezakan diri seseorang itu daripada orang lain. Bahkan dengan nama juga seseorang itu boleh dikenali agamanya, sama ada Islam ataupun bukan. Nama juga boleh mempengaruhi atau mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama. Oleh sebab itu, nama merupakan antara perkara yang terawal sekali diberi perhatian untuk anak yang baru lahir. Sejak anak damit masih dalam kandungan lagi para ibubapa sudah mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan yang khusus dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemberian nama ini.Waktu Yang Paling Afdhal Menamakan Anak Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Adzkar, sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh ataupun pada hari kelahirannya berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan harus menamakan anak sebelum atau selepas hari ketujuh. Imam al-Bukhari Rahimahullah pula mengkhususkan waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran adalah bagi ibubapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka.Perkara ini berlaku kepada Ibrahim Radhiallahu ‘anhu putera Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Abdullah bin az-Zubair Radhiallahu ‘anhuma dan beberapa anak para sahabat yang lainnya. Sementara bagi ibubapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama hingga ke hari yang ke tujuh. Pendapat ini disokong oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-Bari. Begitu juga sunat diberikan nama kepada anak damit yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.Sunat juga diberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah. Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk keduanya seperti Hindun " هند " dan Thalhah ."طلحة"Memilih Nama Yang BaikSunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إِنَّ ُ كمْ تُدْعَوْ َ ن يَوْمَ اْلقِيَامَةِ بَِأسْمَائِ ُ كمْ وََأسْمَاءِ آبَائِ ُ كمْ ، َفحَسِّنُوْا َأسْمَاءَ ُ كمْ.
(رواه أبو داود وأحمد)Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)Nama Yang Paling Disukai Oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala1- Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " "عبد الرحمن sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
َأحَبُّ الأَسْمَاءِ إَِلى اللهِ تَعَاَلى عَبْدُ اللهِِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ.
(رواه أبو داود)Maksudnya:
“Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”
(Hadits riwayat Abu Daud)2- Sebaik-baik nama selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman ini pula ialah nama-nama ‘Abd " عبد " (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah yang sembilan puluh sembilan (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim " عبدالرحيم ", ‘Abdulmalik " ,"عبدالملك‘Abdussalam " عبدالسلام " dan yang seumpamanya. (Fatwa: 24/1984)Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ianya menggabungkan sifat-sifat yang wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan). 3- Manakala nama Muhammad " محمد " dan kemudian nama Ahmad " أحمد " pula adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama tersebut. (Fatwa: 24/1984)Menggunakan Nama-Nama Para Nabi Dan Para MalaikatImam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa menurut mazhab as-Syafi‘e dan jumhur ulama, harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi dan begitu juga nama-nama para malaikat.Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan untuk menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda:
تَسَمَّوا بَِأسْمَاءِ الأَنْبِيَاءِ.
(رواه أبو داود)Maksudnya:
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.” (Hadits riwayat Abu Daud)Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al- Mufrad bahawa Baginda menamakan seorang sahabat Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘alaihissalam.Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
سَمُّوا بِاسْمِي وَ َ لا تَكتَنُوا بِكنْيَتِي.
(رواه البخاري ومسلم)Maksudnya:
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku.”
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Bahkan nama Muhammad mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesuatu keluarga.
(Fatwa: 66/91)Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata: “Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.HUKUM MEMENDEKKAN NAMA NABI MUHAMMADPerlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Fatwa: 66/1991)Sumber :
Mufti Brunei

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Hukum Bertatu
Tatu ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk dan memasukkan warna.

Menurut Imam an-Nawawi RH bahawa tatu itu ialah: [TAKRIFAN & KAEDAH PENGHASILANNYA]
mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.
MENGAPA ORANG BERTATOO ?
TUJUAN ORANG BERTATOO:
1- Menarik perhatian orang lain
2- membeza-bezakan sesame manusia [ geng kongsi gelap, samseng cap kapak ,black metal dsbg]
3- tujuan kecantikan
4- fahaman Khurafat / pembenteng diri
[ contoh : Penduduk Mesir Kuno meyakini lambing tattoo tertentu bisa menyembuhkan penyakit, penghadang dari al-a’in ( ilmu tuju mata), angkara hasad
5- ritual untuk pengampunan dosa bg ajaran sesat tertentu

KESIMPULANNYA :
Tatu pada kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan atau adat atau kerana tujuan keagamaan dengan mengukir gambar-gambar, lambang, nama kumpulan atau sebagainya di tubuh badan.
KESAN TATOO DARI SEGI KESIHATAN :
Namun pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan orang yang bertatu. Kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

(i) Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan. Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat mentatu.

(ii) Jangkitan penyakit Hepatitis B.

(iii) Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan.


Hukum Bertatu

Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah haram ke atas orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu dan ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
وعن عَائِشَةَ أنها قالت : «نَهَى رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الْوَاشِمَةِ وَالْمُسْتَوْشِمَةِ وَالْوَاصِلَةِ وَالْمُسْتَوْصِلَةِ وَالنّامِصَةِ وَالْمُتَنَمّصَةِ» سنن النسائي 5099
Diriwayatkan daripada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, katanya:

َ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُوتَشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ فَبَلَغَ ذَلِكَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي أَسَدٍ يُقَالُ لَهَا أُمُّ يَعْقُوبَ فَجَاءَتْ فَقَالَتْ إِنَّهُ بَلَغَنِي عَنْكَ أَنَّكَ لَعَنْتَ كَيْتَ وَكَيْتَ فَقَالَ وَمَا لِي أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ هُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَقَالَتْ لَقَدْ قَرَأْتُ مَا بَيْنَ اللَّوْحَيْنِ فَمَا وَجَدْتُ فِيهِ مَا تَقُولُ قَالَ لَئِنْ كُنْتِ قَرَأْتِيهِ لَقَدْ وَجَدْتِيهِ أَمَا قَرَأْتِ
{ وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا }
قَالَتْ بَلَى قَالَ فَإِنَّهُ قَدْ نَهَى عَنْهُ قَالَتْ فَإِنِّي أَرَى أَهْلَكَ يَفْعَلُونَهُ قَالَ فَاذْهَبِي فَانْظُرِي فَذَهَبَتْ فَنَظَرَتْ فَلَمْ تَرَ مِنْ حَاجَتِهَا شَيْئًا فَقَالَ لَوْ كَانَتْ كَذَلِكَ مَا جَامَعْتُهَا

Maksudnya:
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya, (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan- perempuan yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut, beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka terimalah serta amalkan }.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُوتَصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُوتَشِمَةَ
Maksudnya:
“Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu.” (Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa perempuan yang bertatu sama ada orang yang membuat tatu ataupun orang yang minta dibuatkan tatu semata-mata kerana kecantikan adalah dilaknat oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan RasulNya.

Larangan bertatu itu tidaklah terbatas kepada perempuan sahaja bahkan kepada lelaki juga. Adapun jika kanak-kanak atau orang gila dibuatkan tatu kepada mereka, maka orang itu akan
menanggung dosa perbuatannya, sementara kanak-kanak atau orang gila tersebut tidaklah berdosa disebabkan belum ada taklif (kewajipan mentaati suruhan dan larangan agama) ke atas mereka.

Pada zaman ini, banyak perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak orang Islam umpamanya dengan menjadikan tatu itu sebagai perhiasan. Ditakuti ada belia remaja yang terpengaruh dengan gejala ini. Apakah kesan mentatu itu terhadap ibadat-ibadat seperti bersuci, sembahyang dan sebagainya? Inilah persoalan yang patut diketahui.

Sumber : Mufti Brunei

Tatu Di Tubuh Badan Adakah Wajib Dihilangkan?

Bahawa hukum bertatu itu adalah haram.
Namun bagaimana pula hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib ataupun tidak? Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti berikut:-

(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan kehendak atau kerelaannya.
Cth : golongan ibu-ibu yang bertatoo di kening
Peminat Rano Karno yang meminati tahi lalat manisnya…
Jika dia dapat menghilangkan tatu itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu.
KALAU DIA TAKUT MEMUDHARATKAN DIRI ?
Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidak akan berdosa setelah dia bertaubat.

(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya
adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu di tubuh badannya itu.

(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila.
Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.

(iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam.
Jika dia bertatu sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian (i) di atas.

Sumber : Mufti Brunei
KAEDAH MENGHILANGKAN TATOO SECARA MODEN
Kesukaran dan kesakitan dalam menghilangkan kesan tatu itu juga tidak dapat dinafikan. Antara kaedah bagi menghilangkan tatu tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Menggunakan laser yang boleh menghuraikan pewarna kepada partikel-partikel kecil yang boleh dicerna oleh kulit.

(ii) Excision melibatkan pemotongan bahagian kulit yang mempunyai tatu.

(iii) Salabrasion yang menggunakan air garam untuk disapukan ke atas tatu bagi merosakkan kulit.
(iv) Gunakan Silver Nitrate [ dimasukkan asid & nitrat tersebut kebawah kulit, sbagaimana tattoo dibikin]

Kesan Tatu Dalam Ibadat
Adapun kesan kepada peribadatan orang yang bertatu itu, antara lain seperti berikut:-
NAS DALAM FIQH ISLAMY :
والوشم والنمص والتفليج حرام على الرجال والنساء، الفاعل والمفعول به، لورود اللعن عليه، مما يدل على تحريمه. ويصبح موضع الوشم متنجساً لانحباس الدم فيه، فإن أمكن إزالته بالعلاج وجب، وإن لم يمكن إلا بالجرح، فإن خيف منه الضرر أو العيب الفاحش في عضو ظاهر كالوجه والكفين، لم تجب إزالته، وتجب التوبة منه، وإن لم يكن ضرر، لزم إزالته.
(i) Bersuci

Orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya, [GOLONGAN YANG PERTAMA TADI ]
jika dia bersuci sedang tatunya belum hilang maka tidak akan terangkat hadatsnya itu. Ini kerana anggota-anggota yang ditatunya itu mengandungi najis disebabkan darah yang bercampur dengan celak tatu tersebut.
Adapun orang yang tidak diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia bersuci maka terangkat hadatsnya. Ini kerana anggotanya yang ada tatu itu dimaafkan najisnya.
DALIL MAZHAB HANBALI BERKAITAN TATOO ITU DIMAAFKAN NAJISNYA :
ومن المعفو عنه: أثر الوشم (1)
(1) الوشم: غرز الجلد بالإبرة حتى يخرج الدم، ثم يوضع عليه نحو نيلة ليزرق، أو يخضر بسبب الدم الحاصل بغرز الإبر. وهو حرام لخبر الصحيحين: « لعن الله الواصلة والمستوصلة والواشمة والمستوشمة، والواشرة والمستوشرة، والنامصة والمتنمصة» وتجب إزالته مالم يخف ضرراً يبيح التيمم، فإن خاف ذلك لم تجب إزالته ولا إثم عليه بعد التوبة. وهذا إذا فعله برضاه بعد البلوغ. وإلا فلا تلزمه إزالته ( مغني المحتاج:191/1) وقال الحنفية: يطهر محل الوشم إذا غسل لأنه أثر يشق زواله ( رد المحتار:305/1 ). FIQH ISLAMY

(ii) Sembahyang

Orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia mengerjakan sembahyang sedang tatunya belum hilang maka tidak sah sembahyangnya itu. Demikian juga tidak sah apabila dia menjadi imam. Adapun orang yang tidak diwajibkan menghilangkan tatunya, adalah sah sembahyangnya dan dia boleh menjadi imam.

(iii) Urusan Jenazah

Apabila orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya itu meninggal dunia sebelum sempat dia menghilangkan tatunya, maka tidak wajib bahkan haram dihilangkan tatu mayat itu. Ini
kerana bagi menjaga kehormatan mayat tersebut dan kerana kewajipannya menghilangkan tatu itu bagi mengerjakan sembahyang telahpun luput.

(iv) Kesaksian

Salah satu syarat saksi itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, orang yang fasiq tidak diterima persaksiannya melainkan setelah bertaubat menyesali perbuatannya itu.

(v) Wali nikah

Salah satu syarat wali nikah itu hendaklah juga mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq. Oleh yang demikian, orang yang fasiq tidak sah menjadi wali nikah melainkan setelah bertaubat.

Oleh itu, perlulah diambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang oleh syara‘ bahkan ia juga dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada mendapat rahmat, taufiq, petunjuk Allah dan jauh daripada segala kebaikan. Janganlah hanya disebabkan kecantikan atau trend kehidupan terkini, seseorang itu sanggup melakukan perbuatan dosa-dosa besar dengan mengetepikan suruhan dan larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ketahuilah bahawa azab seksa Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu amat pedih.

Sumber : Mufti Brunei

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

KONSERT INUL VS HIBURAN ISLAM [ JUMAAT : 21 MEI 2010 ] MASJID AL-AMAN & QUBA’ WAWASAN


[ Khutbah ini telah saya sunting beberapa isinya berbanding Khutbah pada minggu lepas. Sila baca terlebih dahulu dan buat perbandingan isi yang terbaik antara keduanya ]

الحمد لله جامعِ الشتات، ومحيي الأموات، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادةً تكتبُ الحسناتِ ،وتمحو السيئاتِ، وتنجي من المُهلكات، وأشهد أن محمدا عبده ورسُوله المبعوثُ بجوامع الكلمات، الآمرُ بالخيراتِ الناهي عن المنكراتِ صلى الله تعالى عليه وعلى آله وصحبه صلاة دائمةً بدوام الأرض والسماوات ، أما بعد: أيها الناس اتقوا الله تعالى ، أوصيكم وإياي بتقوى الله حق تقاته ، ولا تموتن إلا وانتم مسلمون
Sidang Jumaat yang di hormati Allah sekalian, Marilah kita saling ingat mengingati untuk terus berusaha untuk memperteguhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah AW. Sesungguhnya manusia yang paling mulia disisi allah s.w.t adalah mereka yang paling tinggi takwanya kepada allah AW, sebagaimana firmannya, dalam Surah Al-Hujurat ayat 13-:
{ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [الحجرات : 13] "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi allah s.w.t ialah orang yang paling bertakwa".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah sama-sama kita renungkan satu persoalan mengenai "Budaya hiburan yang melampau", yang sedang melanda umat Islam hari ini. Hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita diperkenalkan dengan berbagai jenis hiburan yang sangat mempesona dan mengasyikkan. Masyarakat kita begitu seronok dan teruja yakni terangsang dengan gaya hiburan realiti masa kini. Media massa dan masyarakat Islam kita menerimanya dengan ghairah sekali. Mereka sanggup menghadiri konsert berjam-jam lamanya tanpa rasa jemu dan bosan. Tapi bila disuruh hadir Solat Jumaat atau kuliah ilmu di Masjid, pelbagai alasan yang diberi. Persoalannya kini, bagaimana pandangan Islam dalam isu hiburan ini & bagaimana bentuk hiburan yang dibenarkan ? Justeru, apa pula sandaran hujah mengapa kita membantah penganjuran Konsert Inul di Tawau ini ? Inilah yang bakal dirungkaikan dalam Khutbah kali ini ….
معشر المسلمين رحمكم الله
ISLAM adalah agama realiti, tidak tenggelam dalam dunia khayalan dan lamunan. Tetapi Islam berjalan bersama manusia di atas dunia realiti dan alam kenyataan. Islam juga tidak memperlakukan manusia sebagai Malaikat yang bersayap dua, tiga dan empat. Tetapi Islam mengakui fitrah dan kecenderungan manusia sebagai makhluk yang dicipta Allah, yang suka bergembira, bersenang-senang, ketawa dan bermain-main, sebagaimana mereka dicipta suka makan dan minum.
معشر المسلمين رحمكم الله
Nyanyian, Muzik & hiburan , adalah sebahagian daripada kebaikan Duniawi yang harus dinikmati. Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak & minda, serta disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut, juga pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata, serta bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya.

معشر المسلمين رحمكم الله
Hiburan adalah harus dalam Islam. Ini didasarkan kepada :
1- Hadis Aisyah yang mendengar nyanyian dua gadis di rumah Rasulullah s.a.w,
2- Perbuatan para sahabat yang bernasyid semasa mengorek parit pertahanan Madinah dan
3- Perbuatan Rasulullah s.a.w yang membawa Aisyah melihat tarian hamba Habsyi.

Hiburan hendaklah dijadikan sebagai alat bukan matlamat. Hiburan adalah alat untuk mendidik, merehatkan diri, membina silaturrahmi dan lain-lain yang harus dan dianjurkan oleh Islam. Ini adalah kerana matlamat hidup manusia ialah untuk memperhambakan diri pada tuhan bukan untuk mempertuhankan hiburan. Kemuncaknya ialah hiburan adalah sebahagian dari ubudiyah kepada Allah taala atau jalan yang menuju pada ubudiyah.

Dalam isu Konsert Inul ini, ada 1 persoalan yang menarik, iaitu :
APAKAH HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA :
Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:
Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut.
Ia menjadi HARAM apabila :
1- Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana boleh menyebabkan terjebak dalam dosa.
2- BERSIFAT GODAAN : Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.
3-ADA UNSUR HARAM PADA LAGU TERSEBUT :
Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah Taala atau menjurus kepada yang haram seperti:
1. memuja wanita. 2. mendedahkan aurat.
3. menggalakkan pergaulan bebas. 4. memuja dadah dan arak.
5. menghina amalan-amalan Islam. 6. memfitnah orang.
7. mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.
8. mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta.

Nyanyian wanita tadi akan menjadi HARUS , berdasarkan kepada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat, apabila syarat-syarat ini dipenuhi :
1. Suara yang yang normal, terpelihara daripada perkara yang haram, tidak ada nada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.
2. Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik. Maka tidak haram mendengarnya.
3. Penyanyi wanita itu, hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok, apatah lagi bergelek secara mengghairahkan.
[ kesemua hujah ini dipetik dan difahami daripada Kitab Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih]
معشر المسلمين رحمكم الله
Persoalannya kini, sejauh mana Konsert Inul berjaya melepasi syarat-syarat yang diketengahkan tadi ?
Hujah pertama :Ternyata kita semua mengetahui siapa Inul Daratista ? Imejnya yang seksi, suaranya yang menggoda, baju fitnya yang seakan-akan warna kulit, goyangan pinggul Inul yang memberahikan dan gerudiannya yang meluruhkan Iman. Adalah dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya & menyaksikan gerudiannya, dan timbulnya gejolak nafsu syahwat yang bermula daripada pandangan dan alunan suaranya. Keadaan ,ini memberi kesan yang amat bahaya, kerana ia adalah bibit-bibit bermulanya penzinaan yang diharamkan oleh Allah Taala. Maka sudah sepatutnya perkara ini diambil berat dan dibatasi. Firman Allah : وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا (32)]
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra’: 32).
Al-Imam Al-Alusiy dlm Tafsir Ruhul Ma’aaniy nya berkata: Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina.
Ini bermakna, salah satu daripada syarat-syarat utama sebentar tadi tidak mampu dipenuhi oleh penyanyi gelek ini.

Hujah Kedua :
Dalam konsert ini, berlaku penyalahgunaan terhadap muzik & hiburan itu sendiri.
Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' Ulumidin, Jilid ke 2, halaman 283-301) pernah menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: az- zaman, al- makan dan al- ikhwan.
1- 'az- Zaman' : merujuk kepada masa, apakah hiburan itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. Ternyata ia melibatkan dua waktu solat yang terpenting iaitu Asar & Maghrib. Dek kerana mahu hadir awal, dan tidak mau berganjak dari tempatnya, 2 solat ini pasti tergadai.
2- 'al- Makan' merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana hiburan itu dipersembahkan.
3- al- 'Ikhwan' merujuk kepada aktiviti hiburan itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral. Belum lagi ditambah dengan kemungkinan berlakunya pergaduhan & perkelahian ganas, yang kebiasaannya berlaku selepas berlangsung konsert ini, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.
Menurut Imam al-Ghazali r.a inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman untuk menghukum dan mengadili sesuatu bentuk hiburan, samada ianya diharuskan @ dilarang. Ternyata ketiga-tiga aspek ini pun terlalu sukar untuk dipenuhi.
Apabila dasar-dasar & batas-batas minima ini tdk terpenuhi, maka keseluruhan program & konsert itu berada diambang kemurkaan Allah. Natijahnya konsert yang bakal berlangsung ini adalah HARAM dari sudut agama !!! Lantaran itu, konsert ini wajar dibantah, demi kepentingan seluruh umat Islam. Menaruh perasaan benci terhadap penganjuran konsert ini, menunjukkan sekelumit Iman masih bertapak dihati kita.

Kesimpulannya : Sidang Jumaat dirahmati Allah sekalian :
1- Khatib menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak anda agar tidak terbabit dalam Konsert Inul yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan nanti. Kerana inilah tuntutan amar makruf dan nahi munkar yang wajib dilaksanakan oleh ketua keluarga. Firman Allah :
{وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} [آل عمران : 104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.

Andai kita tidak melaksanakan tugas mencegah kemungkaran dan konsert ini, bermakna kita telah menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga kita.
Allah Taala mengingatkan “{وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ [هود : 113]
'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, May 20, 2010

JANGAN SUBURKAN BUDAYA HIBURAN MELAMPAU [ JUMAAT : 14 MEI 2010 ] MASJID HABIB BATU 2

الحمد لله الذي يبدي ويعيد، خلق السماوات والأرض بالحق وهو على كل شيء شهيد. أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، ذو العرش المجيد، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، وصفيه وخليله، رفع الله به أعلام التوحيد ، وعلى آله وأصحابه أولي الرأي السديد، والتابعين لهم بإحسان من سائر العبيد، وسلم تسليماً كثيراً إلى يوم المزيد، أما بعد: أيها الناس اتقوا الله تعالى ، أوصيكم وإياي بتقوى الله حق تقاته ، ولا تموتن إلا وانتم مسلمون
Sidang Jumaat sekalian yang di hormati Allah sekalian, Marilah kita saling ingat mengingati sesama kita agar terus berusaha untuk memperteguhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada allah s.w.t. Sesungguhnya manusia yang paling mulia disisi allah s.w.t adalah mereka yang paling tinggi takwanya kepada allah AW, sebagaimana firmannya, dalam Surah Al-Hujurat ayat 13-:
{ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [الحجرات : 13] "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi allah s.w.t ialah orang yang paling bertakwa".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sepanjang minggu ini, kita merasa syukur & terhutang budi kepada Allah, yang telah menghadiahkan kepada masyarakat Tawau, dengan ketibaan seorang pendakwah bebas yang masyhur lagi tersohor, auranya bagaikan artis yang digilai peminat,. Beliau yang berasal dari bumi Sulawesi, Indonesia , amat terkenal dengan pendekatan dakwah yang santai & lawak, tapi sinis dan pedas dalam mendidik hati masyarakat. Paling menarik dan membekas dihati, apabila mesejnya disampaikan dalam dialek Bugis yang menarik. Beliau yang dimaksudkan ialah al-Fadhil Ustaz Dasaa’d A. Latif , yang ketika ini sedang menyampaikan khutbah di Masjid al-Kauthar jua. Moga Allah merahmati beliau.
Seminggu pemukimannya di bumi Tawau ini, hati kita disuburkan dengan tazkirah, nasihat , ceramah dan untaian nasihat yang disampaikan penuh ikhlas. Tetapi, yang amat merisaukan hati saya , apabila mendengarkan , di akhir bulan nanti, seorang lagi tetamu dari seberang bakal didatangkan ke Tawau. Menurut maklumat yang diperolehi menerusi laman facebook dan iklan-iklan yang lain, tetamu yang satu ni juga amat tersohor. Dia bukan memukau hati manusia dengan ceramah yang menusuk kalbu, tetapi keburukannya lebih terserlah apabila beliau sendiri ditolak oleh Ulama-ulama dari negara asalnya, Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah. Sape yang tidak mengenali Inul Darastita, imejnya yang seksi, goyangan Inul yang memberahikan dan gerudiannya yang meluruhkan Iman . “ Ratu Ngebor & Gerudi” ini bakal mengadakan Konsert geleknya di Tawau. Tindakan mengundang Inul ini, bagaikan sepanjang seminggu ini, kita merawat, memelihara dan membaja anak sawit kita, tapi di akhir bulan kita mengepom sekalian anak sawit itu dengan racun pemusnah.
معشر المسلمين رحمكم الله
Marilah sama-sama kita renungkan satu persoalan mengenai "Budaya hiburan yang melampau", yang sedang melanda umat Islam hari ini. Suatu ketika pernah rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa orang mukmin sentiasa berada diambang menghadapi lima dugaan, antaranya ialah:
1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
2. Golongan munafik yang benci kepadanya
3. Orang-orang kafir yang memerangi
4. Syaitan yang menyesatkan
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

Musuh-musuh Islam sentiasa memikir dan merancang strategi untuk merosak dan memusnahkan Islam. Kajian mereka mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh dan mantap sekali. Kajian mereka juga merumuskan bahawa formula baru untuk
memusnahkan umat Islam bukanlah dengan cara menggunakan senjata, kereta kebal atau peluru, tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran agamanya.
Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan mereka hiburan sebaik-baiknya. Hiburan yang banyak akan melekakan umat Islam terutama sekalian golongan muda, remaja dan belia. Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan kelazatan dan keseronokan, hiburan sepanjang hari siang dan malam, akan menjauhkan hidup mereka dari gaya hidup beragama.Apabila mereka telah leka,mereka akan melupakan ajaran dan peraturan agama mereka.
معشر المسلمين رحمكم الله
Hakikat tentang kehidupan dunia yang penuh dengan keseronokan dan hiburan ini telah diperingatkan oleh Allah s.w.t beberapa kali dalam al-Quran, dengan firmannya:
" وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ} [الأنعام : 32]
Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal lain?". - Al-An'aam ayat 32.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, marilah kita renungkan pula firman Allah berikut :
{اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ (20)}
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-pinak" [Al-Hadid ayat 20]

Sidang Jumaat yang dihormati Allah sekalian,
Persoalan utama yang cuba diketengahkan disini ialah tentang budaya hiburan yang melampau dan berlebih-lebihan, khasnya dikalangan generasi muda umat Islam di Tawau ini. Fenomena ini semakin sukar dikawal dan meluru deras merempuh segenap lapisan masyarakat. Keadaan ini jika tidak segera dibendung dibimbangi akan menyemarakkan lagi wabak penyakit sosial yang telah sedia parah, bahkan banyak permasalahan yang melibatkan muda mudi Islam kita seperti lari dari rumah, pergaulan bebas, sumbang mahram, perzinaan, buang anak, penagihan pil khayal dan dadah, selain itu jenayah juvana juga bukanlah lagi menjadi rahsia kepada masyarakat umum, bahkan kadangkala orang-orang yang mempunyai asas didikan agama pun boleh tumbang dirempuh badai seperti ini. Hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita diperkenalkan dengan berbagai jenis hiburan yang sangat mempesona dan mengasyikkan. Masyarakat kita begitu seronok dan teruja yakni terangsang dengan gaya hiburan realiti masa kini. Media massa dan masyarakat Islam kita menerimanya dengan ghairah sekali. Mereka sanggup menghadiri konsert berjam-jam lamanya tanpa rasa jemu dan bosan. Tapi bila disuruh hadir Solat Jumaat di Masjid, pelbagai alasan yang diberi.
Dalam Rancangan Realiti Hiburan yang meletup dikaca TV, mereka rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka yang telah diciptakan. Malangnya diantara mereka yang agak keberatan dengan memandang sepi apabila disuakan atau diajukan tabung-tabung derma untuk membantu mangsa-mangsa peperangan dan kebuluran, pesakit-pesakit golongan miskin, membantu pesakit kanser dan pengidap AIDS, pembinaan sekolah-sekolah, masjid-masjid dan sebagainya.
معشر المسلمين رحمكم الله
Apa yang membimbangkan kita ialah seperti yang disuarakan oleh Profesor Diraja Engku Aziz apabila generasi muda kita tidak lagi berminat untuk menimba ilmu pengetahuan, minda mereka semakin lesu dan tidak bermaya untuk berfikir, apatahlagi untuk memikirkan persoalan-persoalan besar dan berat, sedangkan bangsa-bangsa dan penganut agama lain berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan, untuk memperbaiki kehidupan mereka bagi memburu kecemerlangan dalam dunia hari ini, sebaliknya anak-anak muda kita terus hanyut dibawa arus deras terkapai-kapai tanpa haluan.
Sidang jumaat dihormati Allah sekalian,
Persoalan yang berangkai berikutan penganjuran Konsert Inul ini ialah :
1- Apakah manfaat pada pesta hiburan tersebut kepada kehidupan rakyat di Tawau ini, dan siapa pula yang membiayai perbelanjaan program itu?2- Adakah program berkenaan dapat membantu masyarakat yang kini dihimpit dengan segala peningkatan sara hidup? Dan pastinya, penganjuran program hiburan yang jauh melalaikan umat manusia ini, tentunya bertentangan dengan nilai budaya masyarakat di negeri ini jauh dari pegangan Islam itu sendiri.
3- Apa objektif & tujuan penganjuran konsert berkenaan ? Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu malu dan identiti.
4- Persoalannya juga,"Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda dan jiwa, anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam, hilang entah kemana.

Kita tidak mahu, kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka.
Dikesempatan yang amat baik ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita agar menjadi insan Rabbani yang diimpikan. Langkah awal yang patut dimulakan ialah:

1. Berpadalah dalam berhibur dan sekadar perlu sahaja, kerana Rasulullah s.a.w sering berpesan kepada kita agar bersederhana dalam melakukan perkara-perkara yang harus seperti hiburan dan sebagainya.

2. Didiklah anak-anak dengan peraturan syariat dan dasar-dasar Islam yang betul. Bimbinglah dan dampingilah mereka dengan kasih sayang serta berhemat. Bertolak-ansur dalam perkara yang diharuskan dan bertegaslah dalam perkara yang diharamkan. Semoga segala usaha dan amal yang kita lakukan sentiasa diberkati,disamping itu berdoalah semoga kita dimasukkan kedalam golongan mukmin yang sentiasa diredhai oleh allah s.w.t dengan beroleh kebahgiaan hidup didunia dan diakhirat.

3- Khatib turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak anda agar tidak terbabit dalam Konsert Inul yang bakal berlangsung di Tawau nanti, sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan. Kerana inilah tuntutan amar makruf dan nahi munkar yang wajib dilaksanakan oleh ketua keluarga. Andai kita tidak melaksanakan tugas mencegah kemungkaran dan konsert ini, bermakna kita telah menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga kita.
Allah Taala mengingatkan “{وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ [هود : 113]
'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, May 13, 2010
0 ulasan
categories: , | edit post

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics