TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT ?

KISAH DI ZAMAN NABI SAW :
1. Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.“Wahai Makcik, apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

2. Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.
Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.

MENGAPA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT ?
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam kategori hukum qati'e dan usul.
Sabda nabi SAW :
إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
(20)
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
(59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

c) Tanda Dress code, atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi : ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

f) cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.
Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.
- Mana nak pilih : Beg Tangan Carlo Rino yang di ampai-ampai di dalam raga pameran @ yg di display dalam almari Kaca ?
- Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz.


g) Aurat Itu Tinggi Nilainya
Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.
Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

h) Mulianya darjat Wanita kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana kesungguhan menjaga auratnya.
Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya,… Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

[ Insya Allah, bakal bersambung lagi..... ]

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Wednesday, October 27, 2010

“ FORUM MENGAPA SAYA BERTUDUNG ? “

Pada 14 Oktober 2010 yang lalu, bertempat di Dataran Ilmu, SMK Tawau, sekitar jam 2.00 hingga 4.30 petang, saya telah menghadiri sebuah forum yang telah dianjurkan oleh Penyelaras Program Selepas PMR sekolah cemerlang terbabit. Forum tersebut itu dibarisi oleh :
1- Ustaz Nabil B. Hj Deraman [ Moderator Utama ]
2- Ustaz Mohd Zaiem Hilmi B. Hussin
3- Cik Nur Heliza Azmi [ Artis & Pengarah Urusan ]
4- Puan Nur Hashimah [ Guru SMK Tawau]

Atas rasa kepentingan tajuk yang dibincangkan, saya masukkan dalam entri kali ini, beberapa isi penting yang saya bicarakan. Harap para pembaca mendapat manfaat hendaknya….
HUJAH
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

INTRO

Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat [ Feroro Rochel] . Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu? Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri. Inilah adil namanya.
Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak? Sengal? Bodoh? Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.
Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?

Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.


SIAPAKAH 17 GOLONGAN YANG WANITA BOLEH DEDAHKAN AURAT ITU ?
17 jenis golongan sahaja iaitu:
1) suami,
2) bapa kandung,
3) bapa mertua,
4) anak lelaki,
5) anak lelaki tiri, (yakni anak suami)
6) saudara lelaki,
7) anak lelaki saudara lelaki,
8) anak lelaki saudara perempuan,
9) wanita islam,
10) hamba lelaki,
11) pelayan lelaki yang tidak bersyahwat,
12) kanak-kanak lelaki(<-diterangkan dalam Quran diterangkan dalam hadis->),
13) anak lelaki susuan,
14) bapa susuan,
15) saudara susuan,
16) bapa saudara susuan dan
17) menantu lelaki.


SENARIO KINI :
Selepas Tudung Wardina [Butik Ariani],Malaysia popular pula dengan Tudung Siti & Misai Dato K [ Kain Bawal] , Tudung Ibu Arini [ Hos Rncgn Hidayah Ptg Jumaat] , Tudung Ekin,Selepas itu Tudung Yuna.... selepas ni ndak tau lagi tudung siapa pula......


DEFINISI AURAT
AURAT adalah bahagian-bahagian pada badan yang harus ditutup
Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.
Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.
Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

[ insya Allah, akan bersambung berkaitan topik " Mengapa kita diwajibkan untuk menutup Aurat ? "

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Hukum Persandingan Dalam Islam

1. Definisi Persandingan:
meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan:
antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah:
ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama:
bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.


4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan :
1. Menabur Beras Kunyit:

Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:
{إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5)} [الفاتحة : 5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Thee do we worship, and Thine aid we seek.,
dan Yunus: 107:
{وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (107)} [يونس : 107]
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.


2. Membaca Jampi Mentera:
Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam:
Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj):
Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran:
Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros:

{وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26)} [الإسراء : 26]
"Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian:
Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah,
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا [البقرة : 286]
" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal:
Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat:
Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

3-Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-

i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara’.

Rujukan:
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam. Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics