RAMADHAN MENAMATKAN PERHAMBAAN DIRI [ 29 JULAI 2011 ] MASJID AL-KAUTHAR

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِىْ فَتَحَ أَبْوَابَ الْمَغْفِرَةِ فِى رَمَضَانَ وَجَعَلَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, يُضَاعِفُ لِمَنْ يَّشَاءُ أَجْرَهُ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّّهُمَّ صَلِّ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى ألِهِ وَأَصْحَابِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ الصَّائِمُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهَ، وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Ramai dikalangan peminat Skuad Harimau Malaya merasa kecewa dan sedih yang amat sangat semalam. Kecewa lantaran skuad kebangsaan berhadapan dengan kekalahan secara agregat 4-6 dengan Singapura. Merasa sedih dan pilu kerana kita hilang kelayakan untuk beraksi di peringkat kumpulan, ke Piala Dunia di Brazil pada 2014 nanti. Ada yang kecewa betul, seolah-olah inilah kerugian yang amat besar sekali dalam hidupnya. Seakan-akan hidup ini tiada erti lagi buatnya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri, pernah menyatakan ada 3 jenis kerugian yang paling memufliskan manusia itu sendiri. Sabda nabi SAW :

اُحْضُرُوا الْمِنْبَرَ فَحَضَرْنَا ، فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ آمِينَ فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قَالَ آمِينَ ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قَالَ آمِينَ ، فَلَمَّا نَزَلَ : قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنْك الْيَوْمَ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ ، قَالَ : إنَّ جِبْرِيلَ عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، قُلْت آمِينَ ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَ مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْك ، قُلْت آمِينَ ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَهُ الْكِبَرُ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ قُلْت آمِينَ } .

Sabda Nabi SAW bersabda: "Berkumpullah kamu semua di Masjid. Tatkala Baginda menaiki mimbar, Baginda menyebut Amin, bila naik kepada anak tangga kedua, Nabi menyebut Amin, dan bila naik ke anak tangga ke3, sekali lagi Baginda menyebut Amin. Setelah Baginda turun, barulah kami bertanyakan Baginda berkaitan peristiwa tadi. Nabi menjawab “ Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat keampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan : Amin!. Aku pun mengatakan: Amin.Golongan kedua ialah, mereka yang apabila disebut namamu, mereka tidak berselawat kepadamu wahai Muhammad. Aku pun mengaminkannya. Golongan yang ketiga ialah mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, tapi tidak berbuat baik & ihsan kepada mereka, hingga akhirnya dia tak dapat memasuki Syurga [ kerana kelalaiannya itu ], Aku pun mengaminkannya"

(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)" 'Lihat kitab An Nasha i'hud Diniyyah, hlm. 37-39.

3 golongan inilah yang sepatutnya lebih bersedih dan berdukacita . Skuad Harimau Malaya masih punya 5 tahun lagi untuk mematangkan lagi mutu permainan mereka. Tapi 3 golongan yang disebutkan dalam hadis diatas inilah sebenarnya 3 golongan utama yang rugi didunia & akhirat, والعياذ بالله . Tidak ada lagi pilihan buat mereka.

معشر المسلمين رحمكم الله

Ramadhan bakal menjelang dalam 2 hari lagi. Tetapi ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya.

Sejarah mencatatkan, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, “kami memaksudkan apa yang kami kata!”

Alasan Habib Bourguiba menghalang puasa di bulan Ramadhan itu ialah, puasa mengurangkan produktiviti negara!

معشر المسلمين رحمكم الله

Maka, apakah pendirian kita sekarang ? Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada ahli masyarakat di negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!

Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar?

Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.

Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?

Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.

Bagaimana pula dengan apa yang ada di depan mata?

Lupakan seketika Tunisia. Lihat sahaja budaya kita di Malaysia. Apakah kita hebat di bulan Ramadhan? Apakah kita produktif di bulan Ramadhan? Di bulan Ramadhan, mesyuarat sangat sukar untuk dijayakan kerana semua orang kebuntuan idea, menguap dan tumpul kepala di dalamnya. Di bulan Ramadhan, kita tangguhkan projek-projek penting kepada tarikh selepas raya. Jika di bulan lain kita habis bekerja pada jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan.

Tidakkah semua itu mengiyakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif di bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

Namun, silapnya Habib Bourguiba itu adalah pada kedunguannya menyalahkan puasa dan Islam. Suatu pemikiran yang cacat.

معشر المسلمين رحمكم الله

Jika anda melihat sebuah kereta Mercedez terbengkalai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan syarikat Mercedez dan teknologinya? Mustahil. Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez. Sebaliknya kita akan tunding kesalahan itu kepada pemandunya. Setelah diberi Mercedez, masih boleh melanggar tiang lampu. Tetapi bagaimana pula dengan Islam dan Muslim? Mengapakah dek kerana kelemahan umat Islam, kecacatan umat Islam, justeru Islam yang dipersalahkan?

Sidang Jumaat sekalian.

Jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, buktikanlah ia. Jangan bergantung hanya kepada hujah kata-kata bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Sejarah semata-mata. Sebaliknya buktikan dengan perbuatan, Ramadhan menambah kualiti diri, bukannya mengundang malas, lesu dan hilang produktiviti.

Marilah kita menghayati sejenak Khutbah Nabi yang disampaikan pada hari terakhir Sya’ban di zaman keemasan:

خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً ، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنْ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ،

Rasulullah saw. memberikan sambutannya menjelang Bulan Suci Ramadhan. “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban.

وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ ، وَشَهْرُ يُزَادُ فِي رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنْ النَّارِ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ ،

Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah surga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang dimana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (Hadis Riwayat Khuzaimah)

معشر المسلمين رحمكم الله

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan

Rasulullah sendiri pernah menegaskan; لويعلم الناس ما في شهر رمضان من الخير لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia.

Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Sunday, July 31, 2011
0 ulasan
categories: | edit post

HUKUM MENJAWAB SALAM KEPADA NON MUSLIM

1] WAJIB JAWAB:

Ada penjelasan yang bermanfaat dari Ustadz Abdul Hakim dalam masalah ini iaitu di Al Masaa il jilid 7 Masalah ke 178 "Kewajiban Menjawab Salam".

Beliau membawakan ayat berikut :

{وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا (86)} [النساء : 86]

"Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (QS. An Nisaa' : 86).

Kemudian berkata beliau

"Dan dari ayat yang mulia ini pun dapat dikeluarkan hukum: Bahwa menjawab salam orang orang kafir yang mengucapkan salam kepada kita dengan salam islami dengan FASIH dan dengan maksud MENGHORMATI dan memuliakan kita, bukan untuk MENGEJEK atau mengolok-olok kita, maka hukumnya wajib bagi kita

menjawab salam mereka sebagaimana perintah Allah di atas yang bersifat UMUM dan MUTLAK."

(Abdul Hakim bin Amir Abdat, Al Masaa il Jilid 7, Darus Sunnah, Jakarta, Cet. I, Oktober 2006, hal. 39).

Kemudian al Ustaz membawakan beberapa hadis lengkap dalam masalah ini sehingga dapat dilihat sebab- sebabnya. Salah satunya adalah ini:

Berkata Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik: Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkata: Seorang Yahudi pernah lalu dihadapan Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam lalu dia mengucapkan (salam dengan ucapan): AS

SAAMU' ALAIKA. Maka Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam menjawabnya:

"WA'ALAIKA. Kemudian Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda (kepada para Sahabat): "Tahukah kamu apa yang dia ucapkan? Dia mengucapkan (salam kepadaku dengan ucapan): AS SAAMU'ALAIKA [ Kematian untuk kamu ]."

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, izinkan kami untuk membunuhnya?

Beliau menjawb: "Jangan! (Tetapi) apabila Ahlul Kitab memberi salam kepada kamu maka jawablah: "WA'ALAIKUM (saja)." (HR. Bukhari no. 6926).

Kemudian Ustaz Abdul Hakim melanjutkan,

"Dari beberapa riwayat sahih di atas dapatlah kita mengetahui dengan jelas sekali SEBAB SEBAB Nabi yang mulia Shallallahu'alaihi wa sallam telah memerintahkan para sahabat untuk menjawab salamnya orang orang Yahudi

dengan ucapan: WA 'ALAIKUM atau WA'ALAIKA saja tanpa tambahan SALAM dan seterusnya.

Yang menjadi penyebabnya: Apabila mereka memberi salam kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam dan para sahabat mereka mengucapkan AS SAAMU 'ALAIKA atau AS SAAMU 'ALAIKUM. Sedangkan erti dari AS SAAMU adalah MATI atau Kematian. Oleh karena itu Nabi yang mulia Shallallahu'alaihi wa sallam bersama para sahabat mencukupi menjawab salam mereka dengan ucapan yang SAMA dengan apa yang telah mereka ucapkan yaitu :

WA'ALAIKA atau WA'ALAIKUM saja. Yakni ATASMU atau ATAS KAMU JUGA KEMATIAN." (Item hal 45).

Kemudian Ustaz Abdul Hakim melanjutkan lagi,

" Kemudian setelah kita mengetahui sababul wuruudil hadits dapatlah kita mengeluarkan hukumnya -karena hukum itu beredar bersama 'illat atau sebabnya, maka apabila telah hilang 'illatnya dengan sendirinya hukum

tersebut kembali kepada asalnya- yaitu: Kewajiban menjawab salam manusia hatta dia orang kafir atau musyrik, apabila mereka mengucapkan salam kepada kita dengan SALAM ISLAMI YANG FASIH dan dengan maksud menghormati kita dan bukan dengan lafazh AS SAAMU seperti yang pernah diucapkan orang orang Yahudi kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam dan para shahabat. Karena 'illat atau sebab yang menyebabkan Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam memerintahkan para shahabat untuk menjawab salamnya orang orang Yahudi

dengan jawaban WA'ALAIKUM atau WA'ALAIKA saja telah HILANG atau tidak ada.

Yakni ketika mereka memberi salam kepada kita dengan salam islami yang fasih yaitu AS SALAAMU 'ALAIKUM, atau ASSALAMU 'ALAIKUM WA RAHMATULLAH, atau ASSALAMU'ALAIKUM WA RAHMATULLAH WA BARAKATUH, maka kewajiban kita menjawab salamnya dengan jawaban yang sama atau yang lebih baik sebagaimana perintah Allah Jalla Dzikruhu.

2] HARUS JAWAB :

1- Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas:

“Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (riwayatINI BERTARAF HASAN)

2- Dalam masa yang sama,hukum menjawab salam juga harus sekiranya golongan bukan Islam menyebut kalimah assalamualaikum sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim dan Imam Qaradawi.

kalau mereka menyebut assamualaikum, cukup dengan menjawab a’laikum.

3- Apabila non-Muslim mengucapkan salam: As-samu’alaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa’alaikum. Perkataan beliau: Wa’alaikum”, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: ‘As-salaamu’alaikum”, yang berarti pada diri kamu ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama.

Maka sebagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan nasrani mengucapkan secara jelas: “As-salaamu ‘alikum”, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: “Alaikum salam”.

KESIMPULAN :

1- Islam tidak pernah menghalang non-Muslim untuk memberikan ucapan Salam mereka terhadap kita selaku Orang Islam.

2- Cuma Islam mengajar, bagaimana cara terbaik untuk kita membalas ucapan salam ini. Maka balasan yang terbaik & memenuhi Sunnah adalah “ waa’laikum “

ADAKAH ORANG ISLAM YANG MENDENGAR SALAM ITU PERLU :

1- Mengucap 2 kalimah syahadah semula ?

2- Solat Sunat Taubat ?

3- Istighfar....?

TIDAK, sama sekali tidak. Nabi tak pernah suruh Sahabat mengucap pun, hatta dalam kes Yahudi cerca Nabi dengan Salam yang mendoakan KEMATIAN Nabi pun, Nabi minta Aisyah jawab “ waa’laikum “ sahaja.

Moga penjelasan ini, menjernihkan kembali kekeruhan minda & pengetahuan kita, bagaimana komunikasi yang terbaik antara kita dan non-Muslim. Kerana Islam ini adalah agama untuk semua,Allah ini Tuhan alam semesta bukan Tuhan orang-orang Islam sahaja

Wallahua’lam.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, July 21, 2011

A. HUKUM MEMULAKAN SALAM KEPADA NON MUSLIM
------------------------------------------------------------
Ada 2 pendapat dalam memulakan ucapan salam kepada non muslim itu, yaitu :

1] diperbolehkan

2] tidak diperbolehkan

1). pendapat yg memperbolehkan

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (27)} [النور : 27]
”Wahai orang-orang yang telah beriman, janganlah memasuki rumah-rumah selain dari rumah kamu, sehingga kamu meminta izin dahulu dan memberi salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu, mudah-mudahan kamu mengingat.” (Quran 24:27)

{وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ (88) فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (89)} [الزخرف : 88 - 89]

Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tingallah!’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya),”

- melihat kepada ketiadaan larangan khusus dalam masalah ini sebagai dalil mengharuskannya.

- menerima lafaz umum al-Quran, yang meminta umatnya bercakap dengan perkataan yang baik

berdasarkan HADIS NABI SAW yaitu:


Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya” (HR. Muslim dan Tirmidzi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ


Maukah kamu aku kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu”(HR. Muslim)

Wahai manusia, sebarkanlah ucapan salam, hubungkanlah tali kekerabatan, berilah makanan, dan sholatlah pada waktu malam ketika orang-orang tengah tertidur, engkau akan masuk surga dengan selamat” (HR. Muslim)

“sesungguhnya seseorang itu akan mendapat balasan sesuai apa yang telah diniatkannya” (HR. Bukhori dan Muslim).

KOMENTAR PARA ULAMA

1) Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma'aad jilid 2 halaman 424 menuliskan bahwa sebagian ulama membolehkan untuk mendahului non muslim dalam memberi salam demi kemashlahatan yang kuat dan nyata amat diperlukan, atau karena kwatir dari ulah non muslim itu, atau karena adanya hubungan kekerabatan dengan mereka. Atau karena sebab-sebab lain yang seperti itu.

2) Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.

3) Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.

4) Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).

5) Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad

6) begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.

Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:

1: {لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8)} [الممتحنة : 8]

Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Mumtahanah ayat8.

Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.

2: {قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا (47)} [مريم : 47]

terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)

Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.

3: {وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ (88) فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (89)} [الزخرف : 88 - 89]

Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tingallah!’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya),”

WAJAH ISTIDLAL :

1- Tiada larangan khusus dalam masalah ini , jadi sebahagian daripada Ulama' mengharuskannya

2- Menerima lafaz umum al-Quran yang meminta umatnya bercakap dengan perkara yang baik

2). Pendapat yang tidak memperbolehkan

berdasarkan hadits Nabi yaitu:

لا تبدأوا اليهود والنصارى بالسلام

"Janganlah kalian memulai kaum yahudi dan jangan pula kaum nashrani dengan ucapan salam "

[Hadits Riwayat Muslim dalam As-Salam 2167]

KOMENTAR SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI :

mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam”

Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.

TEKS DALAM FIQAH INTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM [ USTAZ MOHAMMAD NIZAM ABD KADIR – UIA]

- Namun pengharaman ini dibantahi dengan sebab wurud hadis [ sebab terbitnya hadis], iaitu kaitannya dengan Peperangan Bani Quraizah . Dalam peperangan itu, Yahudi Bani Quraizah telah mengkhianati Rasulullah dan Umat Islam. Ini bermakna sebelum peperangan tersebut, umat Islam telah mengamalkan budaya memberi salam kepada non-Muslim

[ halaman 22]


2- Surat Nabi kepada masyarakat Kuffar / non-Muslim ketika itu :

سلام على من اتبع الهدى

" Sejahteralah keatas mereka yang mengikuti petunjuk "

3- Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin menjawab :
Mendahului mengucapkan salam kepada orang non muslim adalah haram dan
tidak boleh. Sebab Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata : “Janganlah kamu memulai salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka disuatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit.”

Juga tidak boleh memulai ucapan: Ahlan wa sahlan atau ucapan lain yang senada kepada mereka. Sebab di dalam ucapan ini terkandung pemuliaan dan pengagungan terhadap mereka. Tetapi apabila mereka lebih dahulu menyampaikan tersebut kepada kita, maka kita dapat membalasnya seperti apa yang dikatakan kepada kita.

Sebab Islam datang dengan membawa keadilan dan memberikan haknya kepada setiap orang yang memang berhak. Dan, sebagaimana yang sudah diketahui, orang-orang muslim lebih tinggi kedudukan serta martabatnya di sisi Allah. Maka tak selayaknya mereka merendahkan diri kepada orang-orang non muslim, dengan mengucapkan salam terlebih dahulu.

Kesimpulan jawaban ini dapat saya katakan, “Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada orang-orang non-Muslim. Sebab Nabi Shallallahu alaaihi wa sallam melarang hal itu, disamping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang non-muslim.

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabilamereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Kita juga tidak boleh lebih dulu memberi penghormatan kepada mereka, seperti ucapan ahlan wa sahlan wa marhaban (selamat datang), atau yang serupa dengan itu. Karena hal ini mengagungkan diri mereka seperti halnya salam.

(Sumber : Majmu’ Fatawa wa Rasa’il Fadhilatisy- Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin.)

KESIMPULAN

Apapun pertikaian pendapat para Ulama', eloklah diambil jalan tengah. Suasana Nusantara & Malaysia, tidak menunjukkan lafaz Salam yang sama dengan Tanah Arab.

Adapun Salam dengan lafaz " Assalamua'laikum " biarlah khusus untuk orang Islam sahaja.

Namunb, tidak menjadi masalah, jika kita bertegas untuk menggunakan lafaz ini ketika memberi salam kepada non-Muslim, kerana ia masih dalam ruang lingkup perbezaan pendapat para Ulama'.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Berikut adalah jawapan terhadap persoalan berikut :
Guest "Salam Ustaz hukum mengazankan jenazah di liang kubur utk lelaki dan iqamat ut perempuan?"


Berikut ialah dapatan yang saya perolehi menerusi Kitab " Hukum-hakam Azan & Iqamah" yang disusun oleh Mohd Khidir Hussin B. Ibrahim. Pada halaman ke 13, beliau menaqalkan pandangan berikut : Perhatian, tidak disunatkan azan ketika " mayat dimasukkan kedalam kubur", menurut pendapat yang MUKTAMAD dikalangan Ulama' Mazhab Syafie. Perkara ini ada disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam Kitab Tuhfatul Muhtaj [ Jilid 1, muka surat 461], dengan katanya yang bermaksud " dan dikatakan (azan disunatkan) ketika menurunkan mayat kedalam kubur. Hukum sunat ini adalah dipetik daripada QIAS , kepada perkara pertama yang dilakukan keatas seseorang, semasa ia masuk ke alam dunia [ semasa dia dilahirkan], ialah dia diazankan. Maka dengan itu,semasa dia keluar daripada dunia, dan dimasukkan ke alam akhirat, maka dia juga diazankan !!!". Pendapat ini telah saya [ Ibnu Hajar], semasa membahaskan perkara yang saama di dalam Kitab Syarhul U'baab.
Wallahu a'lam.
Rujukan lain :
1- Sabilul Muhtadiin [ Juz 1,halaman 168, baris ke 11]
2- al- Fiqhu a'lal Mazahib Arbaa'h [ Juz 1, halaman 325 ]

Wallahu a'lam.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, July 14, 2011
0 ulasan
categories: | edit post

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics