Berikut adalah Khutbah Jumaat yang saya sampaikan di Masjid Habib Abd. Rahman, sebelum saya balik ke kampung di Kedah. Kebetulan dekat dengan musim cuti sekolah & banyak Majlis Walimah dilaksanakan, jadi saya menyentuh topik ini...... Selamat Membaca
RAJA SEHARI YANG SEBENAR ? [ JUMAAT : 22 MEI 2009 ] MASJID HABIB ABD. RAHMAN , BATU 2, TAWAU.
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرًا فجعله نسبًا وصهرًا، وأوجب صلة الأرحام وأعظم في ذلك أجرًا وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادة أعدها ليوم القيامة ذخرًا وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله أعظم الناس قدرًا وأرفعهم ذكرًا صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه الذين قاموا بالحق وكانوا به أحرى وعلى التابعين لهم بإحسان وسلم تسليمًا.،أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Justeru marilah kita jalani kehidupan ini dengan nilai-nilai ikhlas, sabar, amanah, berusaha dan bertawakkal yang menjadi ciri-ciri mukmin yang taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan pekerjaannya bersumber daripada dalil yg sah & tepat. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan pencarian jodohnya & pernikahan anak-anaknya selamat daripada Perkara-Perkara yg Bertentangan dgn Islam bahkan menepati Walimatul Urus yg dianjurkan oleh Nabi.
معشر المسلمين رحمكم الله
Bermula esok hari, adalah musim cuti sekolah dan dalam musim cuti sepanjang 2 minggu ini, tauke khemah, tauke ayam, tauke daging, mak andam dan tauke telur ayam selalunya tersenyum lebar kerana pendapatan mereka meningkat, lantaran banyaknya majlis kenduri kahwin yg dijayakan. Pemilik set karaoke & techniciannya pun tak menang tangan mengatur permintaan luar biasa terhadap suasana hiburan didlm mjlis perkahwinan ini. Kali ini saya ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan & beberapa Perkara-Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin di kalangan umat Islam di bumi Tawau ini.
معشر المسلمين رحمكم الله
ISU 1 ialah :
Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Untuk meraikan pernikahan sepasang pengantin & ia sebenarnya merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan jemputan terhadap orang fakir miskin, sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”
Sidang Khutbah yg dimuliakan Allah...
Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:
1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00
2. Kalau Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!
3. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.
4. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.
Ternyata niat-niat & tujuan sebegini, sebenarnya bagaikan telah mencemari & merosakkan keutuhan sesebuah masjid, sedari awal pembinaannya lagi. Bagaimana rumahtangga ini akan bertahan & berbahagia, andai fondation & asasnya tidak didasari dgn cerucuk Ikhlas & Taqwa.
Apa yang khatib lihat, ramai keluarga yg cenderung untuk mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, kesemuanya ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran Allah menyifatkan orang yang membazir ini adalah kawan-kawan syaitan. Firman Allah AW :
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27)
dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau.27. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Isra’ ayat 26-27)
Disini kita memahami, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Allah berkata “Siapa yang membazir itu adalah teman,kawan & saudara syaitan”. Mari kita menghayati, apakah itu membazir? Membazir bererti: menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan contohnya wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah. Tetapi yg jadi membazirnya ialah : Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai hiasan & lampunya, dengan kos yg mahal,semata-mata untuk memperagakan pengantin di khalayak ramai, bermegah-megah dgn nilai hantaran yg tinggi & mahal dsbg. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran yg nyata.
معشر المسلمين رحمكم الله
ISU 2 pula ialah :
Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?
Adat persandingan dilihat sebagai suatu perkara yang “wajib” bagi satu pasangan apabila berkahwin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu. Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat ditakrifkan sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin yang dihias indah dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah serta dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengapit. Tujuan diadakan adat persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun-temurun. Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.
Ustaz Syed Salim bin Syed Hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, ada juga ibu bapa yg inginkan anaknya disandingkan, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu; 1] hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Persoalan kedua ialah Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit kontroversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat, tahyul serta pembaziran. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang dilahirkan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan konsep “niat menghalalkan cara”. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama. “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal & Haram fil Islam, halaman 36.
معشر المسلمين رحمكم الله
ISU KE 3 pula ialah :
Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan. Seringkali hiburan itu berlebihan dan sampai kepada peringkat melampau. Keghairahan dalam berhibur ini hingga menyebabkan keluarga pengantin terpaksa membayar wang yang banyak kepada DJ, terpaksa menyewa PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit kearah pembaziran. Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga satu dosa. Dalam situasi berkaraoke, bergilir-gilir anak dara & perawan menyanyi secara karaoke. Inilah platform terbaik kononnya, untuk mengetengahkan bakat nyanyian di khalayak ramai. Orang lelaki pula kelihatan seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Bahkan yg paling parah, dianjurkan pula ’joget lambak’ yg melibatkan pergaulan bebas antara lelaki & wanita. Astaghfirullahal a’zim. Hal ini jelas tidak sesuai dan haram. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa yg amat dimurkai Allah.
معشر المسلمين رحمكم الله
Adakah Islam melarang terus umatnya drpd berhibur ? Sebenarnya tdk sdg khutbh sekalian. Hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis :”Dalam riwayat al-Bukhari daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi pula, baginda bersabda:
” Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah paluan kompang dan suara dalam perkahwinan.” Ini bererti, paluan kompang adalah dibenarkan, tapi dendangan suara-suara wanita yg tdk dibenarkan.
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana.
Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
Dicatat oleh
almunabbih
on
Sunday, May 31, 2009
0 ulasan