Terfikirkah Kita??
.fullpost{display:inline;}
Pernahkah kita terfikir, setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah s.w.t.? Persoalan ini kita utarakan, mudah-mudahan dapat menambahkan kefahaman kita mengenai ibadah solat yang kita dirikan selama ini. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda.Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)

Sememangnya segala rukun di dalam solat, baik rukun yang melibatkan hati (qalbi), lisan (qauli) mahupun perbuatan (fi’li) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah Taala.Namun begitu, amalan atau rukun yang paling disukai Allah ialah rukun sujud. Dikatakan juga bahawa waktu sujud itu adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya.

Kenapa rukun sujud itu sangat utama dan paling disukai Allah?Cuba kita perhatikan bagaimanakah keadaan kita ketika bersujud itu. Tidakkah pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan ‘rasa menghina dirinya’ seseorang hamba itu di depan Tuhannya.Dia berada di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa "Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan meminta pertolongan".

Seorang Sahabat Nabi s.a.w., iaitu Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)." (Riwayat Imam Tabrani di dalam Ausath).

Orang yang tidak mahu, tidak suka, enggan ataupun malas bersujud kepada Allah sudah dapat digambarkan tahap kesombongan, keangkuhan dan keegoannya. Sinonimnya orang yang ego untuk sujud kepada Allah, adalah orang yang juga ego dan sombong kepada sesama manusia. Tidak begitu?Untuk sujud, meratakan dahi (muka) setaraf bumi dirasakan terlalu leceh, kolot dan membuang masa. Kalau ia bersujud pun, sujudnya tidak sempurna ibarat patukan ayam sahaja - hendak cepat selesai.Apalagi kalau yang bersujud sama di sebelahnya ketika itu adalah seorang fakir miskin. Hatinya rasa mendongkol dan bibirnya menjuih ke depan penuh penghinaan.Inilah manusia-manusia angkuh.

Manusia-manusia yang ingin memakai "selendang" Allah, sedangkan selendang sombong (kibriyak) itu hanya layak untuk Allah s.w.t. sahajaRole model kepada manusia-manusia angkuh itu tak lain tak bukan adalah Iblis laknatullah sendiri. Dalam al-Quran, surah al-Baqarah, Allah telah merakamkan betapa angkuh dan bongkaknya Azazil ini untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., sebagai satu perintah dari Yang Maha Berkuasa.

Sementara itu, di kalangan manusia, masih ramai lagi bilangan yang tidak mendirikan solat lima waktu. Tidak bersolat maknanya tidak bersujud dan tidak tunduk kepada Allah. Justeru, orang yang tidak mendirikan solat sebenarnya adalah orang yang sombong terhadap Allah.Sedangkan setiap orang daripada kita, tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, menghidup udara Allah, meratah dan memburu rezeki-Nya di segenap penjuru dunia, juga menghidu setiap kuntum nikmat-Nya.

Hamba jenis apakah kita ini jika masih tidak mahu tunduk dan sujud kepada Tuhan pemberi nikmat?Firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombingkan diri." (As-Sajadah: 15)

Di dalam perlakuan sujud itu, ada simbolik dan hikmah yang harus kita fahami dan hayati. Iaitu bersama tertancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi.Pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah s.w.t. Simbolnya ialah penyerahan total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya.Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud, tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang". Dalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang maha sempurna.Sujud sebegini adalah sujud yang tidak luhur, tidak tulus kepada Allah s.w.t. Sujud yang tiada penghayatan (roh), dan tidak akan membentuk diri empunyanya.

Marilah kita sama-sama membina sujud yang berkualiti. Sujud akan memberi makna dan kepuasan maksimum bilamana hamba-hamba Allah ini sujud di hadapan-Nya dalam keadaan menghina diri, memohon keredhaan-Nya.‘Ubadah bin Somit r.a. telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tiadalah seorang hamba yang sujud kepada Allah dengan sekali sujud, melainkan Allah menuliskan bagi hamba-Nya itu satu kebaikan, menghapuskan baginya satu kejahatan dan mengangkatkan baginya satu darjat."

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Thursday, January 21, 2010
0 ulasan
categories: | edit post

SOLAT 5 WAKTU - 80 PERATUS TIDAK MENGERJAKAN NYA...

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama. Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini."Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya.Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.

Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari."Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk. Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam."Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,''

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

10 pesanan Imam Shafie yang perlu diikuti..

Sebelum Imam Shasie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: " Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

SAMBUTAN TAHUN BARU [ JUMAAT : 01 JAN 2010 ] MASJID QUBA’, TMN WAWASAN
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، أحمده سبحانه على نعمه التي لا تعد، وأفضاله التي لا تحد.
وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، أعطى فأجزل، وكرم عباده، ومن عليهم وتفضل، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، أخشى الناس لربه، وأزكاهم في سره وجهره، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً،
أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak, nikmat yg zahir & batin.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah AW di atas limpah kurnia-Nya telah melanjutkan usia kita sekali gus dlm suasana keamanan & kesejahteraan memberi peluang kepada kita untuk melipat gandakan ibadah di Tahun Baru Hijrah 14317 & Tahun Masihi 2010 ini, dlm suasana yg tenang & selesa. Saat umat manusia dipelusuk bumi yg lain meraikan tahun baru semalam, dgn percikan bunga api & dentuman mercun, saudara-saudara seaqidah dgn kita di Bumi Palestine pula terpaksa berdepan dgn kerakusan Rejim Tel Aviv, bedilan meriam & dentman roket yg tdk mengenal mangsa. Kita kini juga berada di dlm Bulan Muharram. Salah satu daripada bulan agung di dalam kalendar Islam. Bulan pertama dalam kalendar Hijrah dan ia juga satu daripada empat bulan haram yang penuh berkat. Beberapa peristiwa penting berlaku di dalam bulan ini. Allah swt juga mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal di bulan yang mulia ini. Maka wajarlah kita melahirkan kesyukuran yg tdk terhingga ini dengan meninggalkan segala laranganNya seperti syirik, fasiq, dan maksiat. Serta mentaati pula segala perintahNya.

معشر المسلمين رحمكم الله
KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta bertentangan dengan syarak.

Bahkan di sesetengah perhimpunan tersebut ia dicemari dengan aksi pergaulan bebas di antara kaum lelaki dan perempuan, pesta tari-menari, penggunaan pakaian yang menjolok mata bahkan adakalanya minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu kedatangan detik 12 malam yang menunjukkan masuknya tahun baru.

Maka sorak-sorai serta jerit-pekik gembira bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12. Hiburan-hiburan berunsur maksiat ini akan berterusan sehingga ke pagi hari. Ini sebenarnya budaya kaum yang ingkar kepada perintah Allah yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa ini.

Budaya sebegini begitu giat dipropagandakan di negara-negara Islam melalui serangan ideologi oleh musuh-musuh Allah agar umat Islam terpesong daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Hakikatnya, kita telah diperingatkan tentang niat buruk golongan ini melalui Firman-Nya:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." (al-Baqarah: 120)

Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan ramai yang bukan sekadar terlibat dalam upacara sambutan tahun baru ini malah ada juga yang menganjurkan, mempromosikan dan menggalakkan sambutan hari tersebut. Sebenarnya terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Quran mahupun sunah yang melarang perbuatan menyerupai tingkah-laku kaum yang menolak agama Allah di dalam perkara yang menjadi sifat dan khusus bagi mereka. Termasuk dalam perkara seumpama ini adalah meniru mereka dalam menyambut hari-hari perayaan dan pesta-pesta mereka.

معشر المسلمين رحمكم الله
Setiap sambutan yang dikhususkan pada hari tertentu dan sambutannya berulang-ulang setiap tahun serta diagung-agungkan oleh orang-orang bukan Islam maka ia termasuk dalam kategori hari-hari perayaan yang terlarang bagi umat Islam menyambutnya. Apatah lagi umat Islam mempunyai hari-hari perayaan tersendiri yang diredhai oleh Allah SWT dan ia membatalkan seluruh hari-hari perayaan lain yang tidak disyariatkan.

Daripada Tsabit bin Al-Dhahhak r.a bahawasanya dia berkata: Seorang laki-laki telah bernazar pada masa Rasulullah SAW untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu dia mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku telah bernazar untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah di dalamnya terdapat salah satu daripada berhala-berhala Jahiliah yang disembah? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Apakah di dalamnya terdapat salah satu dari hari-hari besar mereka? Mereka menjawab: Tidak. Rasulullah SAW bersabda: Tepatilah nazarmu kerana tidak perlu menepati nazar di dalam berbuat maksiat kepada Allah dan di dalam hal yang tidak dipunyai (tidak mampu dilakukan) oleh manusia. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3313)
Lihatlah bagaimana berhati-hatinya Rasulullah agar kita tidak membuat sesuatu perkara yang bersamaan dengan tarikh hari-hari perayaan golongan yang syirik kepada Allah. Tentu sekali menyambut hari-hari besar musuh-musuh Allah seperti pesta sambutan tahun baru bersama mereka di seluruh dunia memiliki implikasi yang lebih berat di sisi syarak.
معشر المسلمين رحمكم الله
Umat Islam dilarang mengikuti budaya-budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya tersebut maka di akhirat kelak mereka akan tergolong bersama-sama dengan kaum yang memusuhi Allah tersebut.
من تشبه بقوم فهو منهم
"Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3512)

Tambahan pula Allah SWT telah menjadikan kelompok-kelompok yang ingkar kepada perintah-Nya memiliki hubungan yang akrab di antara satu sama lain. Maka keterlibatan orang-orang Islam dalam upacara-upacara golongan yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan mereka telah menjadi sebahagian daripada kelompok yang zalim tersebut sebagaimana ditegaskan dalam Surah Huud ayat 113 :
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim (Yakni janganlah kamu wahai orang Islam bersahabat, atau bekerjasama, atau bersyubahat, ataupun menyetujui perbuatan orang-orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya; lebih-lebih lagi orang-orang yang menjadi musuh Islam dan musuh umat Islam] maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

معشر المسلمين رحمكم الله
Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan, seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka. Sikap sebegini dicela oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.
(al-Mujaadalah: 22)

معشر المسلمين رحمكم الله
Seperti yang telah sedia maklum, upacara-upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan Allah SWT telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan-perbuatan terlarang. Ini dijelaskan dalam surah Ghaafir @ Mukmin , ayat 75.
ذَلِكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَفْرَحُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَمْرَحُونَ
(75)
(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).

Berdasarkan paparan yang telah dikemukakan di atas, maka tidak boleh hukumnya seorang Muslim untuk menganjurkan, menghadirkan diri, mempromosikan ataupun membantu mengadakan perayaan-perayaan hari-hari besar yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru. Ini kerana ia termasuk perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Maaidah ayat 2.

Pun begitu, tidaklah pula menjadi kesalahan sekiranya setiap kali munculnya tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan majlis seumpama semalam yang berlaku di lorong 3. Majlis yang dinamakan sebagaii Malam Tautan Kasih ini, boleh dianggap sebagai alternative @ jalan keluar bagaimana untuk menyambut Tahun Baru secara diredhai Allah. Daripada 1 keluarga menunggu detik 12 malam di dataran @ Persisiran Traulsen & di Batu, dalam keadaan entah apa-apa, ada baiknya mereka berkumpul sambil membakar ikan & menikmati juadah seafood yang enak. Ukhuwwah pula dapat disuburkan & ikatan kejiranan makin mantap insyaAllah. Moga Allah memberkahi usaha semalam dan dibuat selalu pun tidak mengapa.

Selain itu,seorang Muslim wajar bermuhasabah @ mengkoreksi diri,terhadap apa yang telah berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membuat perancangan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang ada dalam diri masing-masing. Oleh itu, apabila tibanya tahun baru maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanamkan azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah pula dia bersungguh-sungguh untuk memastikan azam tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

معشر المسلمين رحمكم الله
Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan tahun baru hijrah menurut kalendar yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah ini juga lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian seluruh umat Islam. Hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.

Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredai Allah.

Hindarkan diri kita daripada menjadi ejen-ejen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang Islamik.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

PELIHARA RUMAH IBADAH AGAMA LAIN [ JUMAAT : 15 JAN 2010 ]
MASJID HABIB AB RAHMAN & AL-KAUTHAR
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، أحمده سبحانه على نعمه التي لا تعد، وأفضاله التي لا تحد. وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، أخشى الناس لربه، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً،
أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak, nikmat yg zahir & batin.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Dengan niat untuk membantu dan mempromosi keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. Khutbah ringkas ini disampai dan diharapkan, ia mampu memberi satu mesej yang baik buat rakan-rakan Islam dan bukan Islam yang mendengar Khutbah ini.
Jelas lagi terang, tindakan membakar gereja bagi melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kes penggunaan nama Allah bagi Kristian adalah TINDAKAN YANG SALAH. Namun persoalannya kini, benarkah tindakan sebegini salah di sisi agama Islam? Khutbah ini cuba memberi jawapan ringkas terhadap persoalan tersebut.
معشر المسلمين رحمكم الله
Hujah 1 : Tindakan Membakar Gereja Ini, Bertentangan Dengan Catatan Emas Sejarah Islam
Jika diteliti susur galur Sejarah Islam di zaman silam dan sejarah pembukaan Islam ke negara-negara yang mempunyai gereja, Nabi s.a.w dan para sahabat tidak sama sekali mengarahkan meruntuhkannya. Akan tetapi, Nabi hanya tidak membenarkan pembinaan gereja baru sahaja. Namun gereja-gereja yang telah wujud dan tidak digunakan untuk mencetus peperangan dan tidak menjadi perkubuan tentera, tidak sama sekali dirosakkan dan dirobohkan. Sahabat besar, Imam Ibn Abbas r.a pernah dicatatkan sebagai berkata "mana-mana kawasan 'ajam' (bukan Arab) yang dibuka dengan izin Allah melalui kekuatan Islam, maka penduduk asal bukan arab boleh mengekalkan binaan mereka" . Ibn Qudamah kemudian mengulas di dalam Kitab Al-Mughni, Jld 10, hlm 609, yang bermaksud : Itu adalah kerana walaupun para sahabat membuka banyak negara baru melalui jalan peperangan, tidak sama sekali mereka merobohkan mana-mana gereja. Hal ini dibuktikan apabila hingga sekarang, kita masih dapat melihat gereja-gereja lama wujud di Negara yang pernah ditakluki pejuang Islam. Khalifah Umar Abd Aziz pernah menulis kepada petugas-petugasnya agar TIDAK MEROSAKKAN GEREJA, BIARA-BIARA, RUMAH API (TEMPAT IBADAH) , kerana kerana telah Ijma' atas perkara itu, dan tidak dapat dinafikan wujud di negara-negara umat Islam.
Itulah pendirian Islam khususnya di dalam keadaan Islam begitu kuat dan menguasai sebahagian besar dari peta dunia. Berbeza di zaman serba moden ini, tatkala penganut Islam tidak seperti dahulu, mereka tidak benar-benar ‘menguasai' seperti para sahabat dahulu, mereka hanya berkongsi kuasa bersama golongan bukan Islam. Dalam keadaan seperti itu, kehormanian melalui kefahaman untuk tidak menganggu tempat ibadah agama pihak lain tentulah menjadi amat PENTING DAN UTAMA. Khususnya, apabila penduduk bukan Islam di sesebuah negara tersebut telah mengikat satu janji taat setia kepada negara, malah menjadi warganegara.
Hujah ke 2 : MEMBAKAR INI TINDAKAN ZALIM, DAN BOLEH BAWA BANYAK KEZALIMAN
معشر المسلمين رحمكم الله
Allah Taala menyebut dalam Surah Al-Haj , ayat 40
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
Imam Al-Tabari ketika mengulas ayat ini dalam Tafsirnya berkata :- ( Tafsir At-Tabari, Jilid 18, hlm 648) :
كل ذلك دفع منه الناس بعضهم عن بعض ، لولا ذلك لتظالموا ، فهدم القاهرون صوامع المقهورين
Ertinya : itulah hasil dari kerana Allah taala menolak keganasan antara satu sama lain, jika tidak kerana itu, mereka akan saling zalim menzalimi, maka yang kuat akan merobohkan tempat ibadah yang lemah
Imam Al-Qurtubi pula membawakan kata-kata ulama sebelumnya yang berkata:-
تضمنت هذه الآية المنع من هدم كنائس أهل الذمة ، وبيعهم ، وبيوت نيرانهم
Ertinya : Ayat ini mengandungi larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja kafir ahli zimmah, dan biara-biara mereka ( Tafsir Al-Qurtubi, Jld 12, hlm 67)
Justeru, dalam sebuah negara moden berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia ini, dalam keadaan Kekuatan Negara yang dikongsikan secara bersama dengan Masyarakat Majmuk. Diketika situasi politik dan agama serta kekuatan Islam yang sangat berbeza, peringatan ini Wajiblah dihayati , iaitu : Masyarakat Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu gereja dan penganut YAHUDI SERTA KRISTIAN dan lain-lain penganut agama lain pula, tidak boleh MEROSAK DAN MENGGANGGU MASJID.
معشر المسلمين رحمكم الله
Maka dengan itu, saya malah kita semua patut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelaku pembakaran gereja ini.
Namun begitu, Khatib juga ingin melahirkan kebimbangan jika tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memberi gambaran buruk kepada penganut Islam dan Islam itu sendiri. Lebih merbahaya jika ia sebuah provokasi untuk menyeru tindakbalas dari pihak Kristian.Hakikatnya, jika ia dilakukan oleh orang Islam, itu adalah akibat ketidakfahamannya terhadap maksud sebenar kehendak Islam, jelasnya tindakan sebegitu bukan sama sekali arahan Agama, khususnya apabila ia hanya bakal mencetuskan kemudaratan yang lebih besar. Ini sekali lagi menjadikan tindakan 'bakar gereja' sebagai HARAM.Bagi yang ingin terus membantah, bantahan boleh dibuat namun jangan sesekali memulakan pergaduhan dan pemusnahan fizikal, kerana ia bakal mencetuskan kesan yang jauh lebih buruk, bukan di peringkat Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia. Malah, berita ini sudah pun tersebar meluas di Negara barat ini, menampakkan seolah umat Islam sentiasa wajar digelar pengganas. Padahal tidak mampu dipastikan lagi siapa pelakunya dan apakah agamanya.Oleh itu, bagi saya, apa yang perlu, boleh nyatakan bantahan secara aman melalui Facebook, blog persendirian, demonstrasi aman, memorandum dan selebihnya, kita MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN, agar ianya seiring dengan doa & harapan kita, agar kesucian Islam dan Keunggulan Nama Allah tetap terpelihara.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama [ JUMAAT : 08 JAN 2010 ] MASJID BAITUR RAHMAN, MUHIBBAH BALL
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، أحمده سبحانه على نعمه التي لا تعد، وأفضاله التي لا تحد.
وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، أخشى الناس لربه، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً،
أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak, nikmat yg zahir & batin.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Tribune dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Keputusan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 yg lalu, pernah melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam.Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Bahkan kali ini menerusi jalan perundangan pula.
Alasan Penyunting akhbar mingguan Katolik tersebut ialah , “Kami mengikut Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.”
Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, atas beberapa alasan.
ALASAN 1 : Kelulusan ini, hanya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat.
Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Kalau kita memerhatikan di daerah Tawau ini pun, sudah ada label-label premis gereja yang berani memaparkan nama Allah. Sebagai contohnya di Bandar Seri Indah , di Batu 10 sana, ada sebuah gereja yang berbunyi “ Domba Allah “. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh merosakkan fahaman agama.
معشر المسلمين رحمكم الله
ALASAN KE 2: adalah dari sudut penggunaan bahasa.
Bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek.
Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 dan lain-lain rujukan dlm Injil. Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Jika diteliti, kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan.
Yang paling penting kini ialah, kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.

ALASAN KE 3 : KEKHUSUSAN NAMA ALLAH .
Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Quran, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya. Firman Allah dlm surah ke 112, yg berbunyi :
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
(1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
Katakanlah Wahai Muhammad;Dia-lah Allah,Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (al-Ikhlas: 1-4).
Berdasarkan Surah diatas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah. Memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah disitu digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja. Maka, bertitik tolak dari hujah tadi, seandainya pihak Kristian tetap ingain menggunakan Nama Allah tadi, dia Wajib memastikan Allah yang dikatakan sebagai Tuhannya itu, mesti memiliki sifat-sifat khusus sebagai Tuhan, bukannya keyakinan yang bercelaru dengan konsep Triniti @ 3 Tuhan dlm 1 keadaan. Ternyata mereka tdk boleh menerima konsep Ketuhanan Allah yg Esa ini. Nah !! kalau begitulah keadaannya, buat apa lagi nak ditulis Kalimah Allah, pada akhbar itu, kalau ia tdk memiliki cirri-ciri khusus sebagai Tuhan Umat Manusia?
معشر المسلمين رحمكم الله
ALASAN KE 4 : SERANGAN SARAF & HALUS KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM
Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau menyempitkan kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan prinsip asas, antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Hal ini jelas menerusi firman Allah dlm ayat terakhir Surah al-Kafiruun : لكم دينكم ولي دين “ Yg bermaksud : Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan yang jauh daripada maksud & hakikat sebenar perkara tersebut.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan berhujah bahawa situasi yang kelihatan sedang berlaku sekarang, ialah proses deislamisasi [ mengurangkan pengaruh Islam],dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain. Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka.

ALASAN KE 5 : Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan.
Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain menyempitkan kan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi milik umat Islam. Sebarang tindakan mengimportnya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mempertikaikan Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama lain, dan menjelaskan bahawa istilah tersebut, tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Justeru,Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah. Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk memenangkan pemikiran pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua orang Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

TIADA KESIALAN PADA BULAN SAFAR [ JUMAAT : 22 JAN 2010 ] MSJD HIDAYATUL MUSTAQIM
الحمد لله وفق من شاء من عباده لفعل الخيرات، وتابع لهم مواسم الأعمال الصالحات، وحثهم على اغتنام الباقيات الصالحات، ووعدهم على ذلك وافر الأجر وجزيل الهبات، أحمده سبحانه على نعمه التي لا تعد، وأفضاله التي لا تحد.
وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبدالله ورسوله، وصفيه وخليله، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى الدين وسلم تسليماً كثيراً، أما بعد: فأوصيكم ـ أيها الناس ـ ونفسي بتقوى الله عز وجل: ((وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ)) اتقوا يومًا الوقوف فيه طويل والحساب فيه ثقيل
.
Wahai hamba-hamba Allah ! Dikesempatan yg berharga ini, Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah . Menurut Sheikh Ab Rahman as-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak, nikmat yg zahir & batin.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat. Sebagai contoh sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan mereka akan melihat gerakan-gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan. Imam al-Syafi’I pernah menggambarkan situasi itu didlm Kitab Hilyah al-Auliya’nya: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi s.a.w. diutuskan, baginda menyeru orang ramai: “Kekalkan burung pada sarangnya.” – Riwayat Abu Nu’aim al-Asfahani
Islam menyelar budaya tathayyur ini dan menganggap ianya merupakan satu perbuatan yang mencemar kemurniaan tauhid kerana ketergantungan hati seseorang kepada sesuatu perkara selain daripada Allah S.W.T. dengan menyakini perkara ter but boleh membawa mudharat atau manfaat kepada kita. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T semata-mata. Firman-Nya:
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". – al-Taubah (9) :

51
معشر المسلمين
رحمكم الله
Al-Thiyarah itu Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap kerana sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan Syirik yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah S.W.T. tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya. Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan.Daripada ‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ
Barangsiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748
Melalui hadis di atas kita dapati sedikit sebanyak setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur ini akan tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah akan menghilangkan perasaan tersebut dari jiwa kita. Sekiranya kita telah terjebak dalam perlakuan tathayyur ini, untuk menebusnya Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita untuk mengucapkan:
اللَّهُمَّ لاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ وَلاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.
Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu. - Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748.

معشر المسلمين رحمكم الله
Namun apa yang menyedihkan setiap kali ketibaan bulan Safar, budaya jahiliyah yang diperangi oleh Islam ini seakan-akan muncul semula. Safar adalah bulan kedua dalam kalendar hijrah dan Safar bermaksud Kuning. Ini kerana, ketika rukyah anak bulan yg kedua, kosong atau meninggalkan sesuatu tempat. Penamaan bulan yang kedua ini sebagai Safar adalah kerana kebiasaan orang Arab meninggalkan rumah mereka pada bulan ini bertujuan memerangi musuh-musuh dan mereka juga suka mengembara pada bulan ini. Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat kesialan pada bulan Safar ini. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh segelintir kecil umat Islam pada zaman ini akibat lemahnya keimanan dalam jiwa dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Mereka beranggapan bulan Safar merupakan bulan di mana Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu banyak musibah dan bencana terjadi pada bulan Safar khususnya pada hari Rabu minggu terakhir.
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang mendesak. Sebagai contohnya dalam kitab al-Futuhat al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekat tersebut untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu. Dalam kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syaikh tarekat tersebut ‘Abdullah Faiz Daghestani berkata: “Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia. Barangsiapa yang mengekalkan adab ini yang disebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa.”
معشر المسلمين رحمكم الله
Bagi orang Melayu pula mereka menghindari dari melakukan majlis perkahwinan pada bulan Safar kerana dipercayai jodoh pasangan pengantin tersebut akan tidak berkekalan dan kelak akan susah untuk mendapatkan zuriat. Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang, degil, nakal & bebal, dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut. Kesemua ini merupakan perkara-perkara tahyul dan khurafat yang harus dibanteras sehingga ke akar umbi. Firman-Nya:مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ

يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌTidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. – al-Taghaabun (64) : 11Lantaran itu beberapa amalan bidaah telah dicipta sempanan bulan Safar ini untuk menghindari sebarang bentuk malapetaka yang berkaitan dengan kedatangan bulan tersebut.AMALAN BIDA’H 1 : MANDI SAFAROrang Melayu satu ketika dahulu mengamalkan Mandi Safar atau mandi beramai-ramai ditepi sungai mahupun pantai yang dianggap sebagai satu ritual untuk menolak bala pada bulan Safar serta menghapuskan dosa. Orang Melayu berarak menuju ke destinasi terpilih diiringi dengan alunan muzik, nyanyian, jampi serapah dan alunan zikir tertentu. Setelah itu mereka mambaca jampi tertentu atau menulis ayat-ayat tertentu di atas kertas lalu memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mandi dengannya. Sebenarnya amalan mandi Safar ini diwarisi dari budaya Hindu. Walaupun Pesta Mandi Safar ini semakin terhakis dalam umat Melayu terdapat sesetengah pihak yang melakukan pembaharuan dalam upacara ini. Maka diarahnya penulisan ayat-ayat tertentu di atas kertas atau papan dan direndam di dalam kolah ataupun tangki berisi air untuk seluruh ahli keluarga bermandi dengannya. Syaikh Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry berkata:Orang-orang awam biasa menulis ayat-ayat tertentu tentang keselamatan di atas kertas, misalnya ayat:
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam! " (al-Saaffaat (37) : 79) pada hari Rabu terakhir bulan Safar, kemudian meletakkannya di dalam bekas (berisi air) untuk diminum airnya dan untuk mencari keberkatan kerana mereka berkeyakinan bahawa hal ini akan menghilangkan nasib buruk. Ini adalah keyakinan yang sama sekali salah dan harus ditentang. – Rujuk al-Sunnan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqahbi al-Adzkaar wa al-Shalawaat karya Syaikh Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, edisi terjemahan dengan tajuk Bidaah-Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta (2004), ms. 149Upacara yang disebut oleh Syaikh Muhammad ‘Abdussalam ini biasanya dikerjakan di Masjid di antara solat Maghrib dan Isyak pada hari Rabu terakhir bulan Safar.

AMALAN BIDA’H 2 : SOLAT SUNATPada hari Rabu terakhir bulan Safar kononnya disunatkan untuk mengerjakan solat sunat empat rakaat. Waktu mengerjakannya adalah setelah terbit matahari dan sebelum masukya waktu Zuhur. Pada setiap rakaat hendaklah dibaca surah al-Fatihah sekali, surah al-Kautsar tujuh belas kali, al-Ikhlas lima kali, Surah al-Falaq dan al-Naas sekali dengan dikerjakan dengan hanya satu tahiyat. Setelah selesai solat ini hendaklah membaca doa seperti berikut:
Ternyata tidak ada dalil yang sah menunjukkan solat sunat serta bacaan doa tersebut disunatkan. Apatah dalam doa yang dibacakan selepas itu, terdapat lafaz-lafaz tawassul yang dilarang oleh syarak iaitu menjadikan Hassan (r.a), Hussain (r.a), Ali (r.a), Fathimah (r.a) serta keturunan mereka sebagai perantara dalam berdoa. Allah AW memerintahkan hambaNya untuk berdoa secara terus kepadaNya tanpa perantaraan sebagaimana firmanNya dlm Surah Ghaafir : 60: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
AMALAN BIDA’H 3 : BACAAN SURAH DAN ZIKIR TERTENTUDalam buku al-Futuhat al-Haqqaniy pengikut tarekat tersebut diajar amalan tertentu untuk hari Rabu terakhir bulan Safar bertujuan untuk menolak bala. Di antara amalan-amalannya adalah membaca kalimah syahadah sebanyak tiga kali, beristighfar tiga ratus kali, membaca ayat al-Kursi tujuh kali, suraf al-Fiil tujuh kali dan dihadiahkan kepada diri sendiri dan juga ahli keluarga.AMALAN BIDA’H 4 : BERKORBANTerdapat juga segelintir pihak yang beranggapan dianjurkan untuk mengerjakan ibadah korban pada tarikh 27 Safar.
Ternyata kesemua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar di atas tidak pernah diperintah oleh Rasulullah s.a.w. serta tiada seorang sahabat mahupun para al-Salafussoleh yang mengamalkannya. Sabda Rasulullah s.a.w.:مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمَرْنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدّBarangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697Lantaran itu hendaklah seluruh umat Islam menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bidaah tersebut. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulan yang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لاَ عَدْوَى وَلاَ صَفَرَ وَلاَ هَامَةَ.
Tiada penyakit yang berjangkit (dengan sendiri), tiada (keburukan ataupun kesialan pada bulan) Safar dan tiada (kecelakaan yang bersangkutan dengan) burung hantu. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 5717Dugaan bahawa bulan Safar mahupun hari Rabu terakhir bulan Safar merupakan bulan ataupun hari yang malang merupakan sebahagian dari tathayyur yang dicela oleh syarak sebagaimana yang telah dibahaskan pada bahagian awal khutbah tadi. Menurut Ibnu Rajab r.h:Menganggap sial bulan Safar adalah termasuk jenis tathayyur yang dilarang, begitu juga menganggap sial sesuatu hari seperti hari Rabu dan anggapan golongan jahiliyah terhadap bulan Syawal sebegai bulan sial secara khusus untuk dalam nikah. – Dinukil dari kitab Fathul Majid : Syarah Kitab Tauhid karya Syaikh ‘Abdurrahman bin Hassan Alu Syaikh, edisi terjemahan bertajuk Fathul Majid Penjelasan Kitab Tauhid, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), ms. 580Harus kita fahami bahawa mencela waktu yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah S.W.T kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah S.W.T.. Bagi setiap waktu termasuk bulan Safar ini sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta amal soleh adalah termasuk dalam waktu yang baik dan penuh keberkatan. Oleh itu hendaklah bulan Safar ini dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita terus mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan-bulan lain tanpa mengkhususkan amalan tertentu yang tidak ada nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara yang buruk disebabkan sesuatu perkara (tathayyur) kerana ianya termasuk dalam kategori amalan syirik. Ternyata syirik merupakan satu perbuatan yang zalim dan Allah S.W.T. tidak akan mengampunkan golongan yang mengsyirikannya melainkan bagi mereka yang bertaubat. Firman-Nya:وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌDan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". - Luqman (31) : 13

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

KHUTBAH KEDUA :
Firman-Nya lagi:إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." – Surah al-Nisa' (4) : 116.

Inilah beberapa bentuk kepercayaan karut & budaya Syirik, yang sempat Khatib jelaskan berkenaan punca dan sebab musabab jiwa dan hati umat Islam hari ini langsung tidak sensitive dengan pahala dan dosa serta tiada risau akan sesuatu dosa. Berhati- hatilah, dosa syirik adalah amat besar. Justeru,
BERTAUBATLAH SEGARA DARI DOSA SYIRIK SEBELUM SAMPAINYA AJAL, KERANA APABILA TELAH SAMPAI AJAL, SI PELAKU SYIRIK TIADA HARAPAN LAGI MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT. Nauzubillah min zalik.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

Betapa Agungnya Tuhan...
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita... "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). " "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. " "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. " "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... " Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... " Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallahualam...

Read More
Dicatat oleh almunabbih on
1 ulasan
categories: | edit post

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT

6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM

Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics