ISI KANDUNGAN
Pengertian Puasa. 1
Hukum – Hukum Puasa. 1
Puasa wajib : 1
Puasa Sunat : 1
Puasa Makruh : 1
Puasa Haram : 1
Syarat-syarat Puasa. 2
Syarat wajib.. 2
Syarat Sah.. 2
Rukun Puasa. 2
Masa Puasa. 2
Faedah Puasa. 3
Sunat-sunat puasa. 3
Perkara makruh ketika berpuasa. 3
Perkara yang membatalkan puasa. 3
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa. 4
Keistimewaan Bulan Ramadhan.. 4
Menghormati Bulan Ramadhan.. 4
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan.. 4
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan : 4
Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan : 5
Doa Ketika Berbuka Puasa. 5
Qada’ Puasa Ramadhan.. 5
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan.. 5
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan.. 5
Kifarah Puasa. 6
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah : 6
Fidyah.. 6
Hukum Fidyah.. 6
Sebab-sebab wajib Fidyah.. 6



Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
1) Wajib
2) Sunat
3) Makruh
4) Haram

Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :
1) Puasa dalam bulan Sya’ban
2) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4) Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5) Puasa pada hari Isnin dan Khamis
6) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
7) Puasa satu hari berbuka satu hari
8) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
9) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab


  1. Puasa Makruh :
    1) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
    2) Berpuasa sepanjang tahun

    Puasa Haram :
    1) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
    2) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
    3) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
    4) Puasa perempuan haid & Nifas
    5) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

    Syarat-syarat Puasa
    Terbahagi kepada 2 :
    1) Syarat-syarat wajib
    2) Syarat-syarat sah

    Syarat wajib
    1) Islam
    2) baligh
    3) berakal
    4) berupaya(sihat)
    5) bermukim

    Syarat Sah
    1) Islam
    2) Berakal
    3) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
    4) Niat

    Rukun Puasa
    Niat
    Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

    Masa Puasa
    Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

    Faedah Puasa
    1) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
    2) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
    3) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
    4) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
    5) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
    6) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
    7) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
    8) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

    Sunat-sunat puasa
    1) Makan Sahur serta melambatkannya
    2) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
    3) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
    4) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
    5) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
    6) Membaca Al-Quran
    7) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

    Perkara makruh ketika berpuasa
    1) Berbekam
    2) Mengeluarkan darah
    3) Berkucup
    4) Merasa makanan
    5) Bersugi selepas gelincir matahari
    6) Mencium wangian

    Perkara yang membatalkan puasa
    1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
    2) Makan dan minum sepanjang hari
    3) Muntah dengan sengaja
    4) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
    5) Keluar darah haid dan nifas
    6) Gila
    7) Pitam atau mabuk sepanjang hari
    8) Murtad

    Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

    1) Musafir
    2) Sakit
    3) Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak
    4) Tua

    Keistimewaan Bulan Ramadhan
    1) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
    2) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
    3) Iblis dipenjarakan
    4) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
    5) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

    Menghormati Bulan Ramadhan
    Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
    Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.


Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1) Membebaskan seorang hamba yang beriman
2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.


Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram. Tetapi ada 1 pandangan lagi 1 cupak bersamaan 900 gram


Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah
1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Monday, August 24, 2009
0 ulasan
categories: | edit post

PANAS, HOT & MELETUP !!!!!!

ADA APA DENGAN DEWA 19 DAN YAHUDI?


Anda tentu kenal dengan imej foto ini kan ? Semua orang akan jawab " inilah cover album Dewa 19 yang berjudul " Cintailah Cinta", yang diterbikan pada tahun 2002. Ada apa yang menerusi menerusi album ini? Sila klik pada ikon ini:




Read More
Dicatat oleh almunabbih on
0 ulasan
categories: | edit post

PERSOALAN BERKAITAN RUKYAH HILAL [ MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN ]

Berikut adalah persoalan yang dikemukakan oleh wargaasing Lahad Datu

.askmw.w.b abg man dn ustaz.sy nak mnta pndpt n pnjelasan ustz tentang ketentuan mula puasa,sbb mcm dtmpt sy,kdng2 puasa atau rya tdk brsmaan,lain pahaman,lain waktu mulanya atau 1ramadhan atau 1sywl,sdngkn kta tau brpuasa pd hr syak atau rya hrm hukumnya.atas pnjelasannya ducpkn bnyk2 trima kash.wasslmw.w.b
antara soalan-soalan yang popular dalam isu ini ialah :


1- Bagaimana ketetapan 1 Syawal ditentukan di negara kita ?
Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan RUKYAH [penglihatan anak bulan] tdk kira di negara mana dia berada ketika itu. Jika anak bulan/hilal berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok. Sebaliknya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan maka kita wajib meneruskan puasa pada esok hari. Ketentuan ini perlu difahami oleh kaum muslimin khasnya di negara kita. Ada segelintir masyarakat kita, jika tidak kelihatan anak bulan Syawal maka mereka tidak akan berpuasa pada esoknya. Di antara alasan mereka ialah berpandukan negara lain yang sudah jatuh bulan Syawwal. Perkara ini sebenarnya tidak tepat menurut hukum syara’oleh itu ikutilah keputusan pihak yang berwajib di negara kita mengenai hal ini. Hadis Nb yg menjadi sandaran dlm hal ini ialah : صوموا لرؤيته ، وافطروا لرؤيته " [ berpuasalah kamu kerana tlh melihat hilal Rmdhn, dan berbukalh @ berhari rayalah kamu kerana tlh melihat hilal Syawal. Bukhari & Muslim].

2- Bgmna pula ustaz kalau org itu dia dh posa di luar negara lebih awal 1 hari dr Malaysia. Bila dia balik, posanya sudah cukup 30 hari, tp penduduk Msia masih lg berposa.
Jika awal puasa di Tarakan, Indonesia, bermula sehari lebih awal drpd negara kita, maka org Tawau yg berada di Tarakan ketika itu, WAJIB berpuasa kerana tlh melihat anak bulan Rmdhn. Setelah beliau kembali ke Tawau, maka ikutlah pula kaedah disini, iaitu : jika diisytiharkan anak bulan Syawal telah kelihatan, berdasarkan rukyah @ hisab, maka sambutlah Hari Raya mengikut waktu Tawau. Tdk perlu dikira jumlah bilangan hari dia berpuasa samada 29 @ 30 hari, lantaran proses petukaran tempat. Tetapi, sebaliknya, bersyukurlah atas nikmat & rahmat Allah.
3- Jd Bgmna pula ustaz kalau org itu dia berpuasa mengikut rukyah di Msia, kemudian di pergi ke negeri yg kebetulannya berpuasa lebih awal & mereka berhari Raya, sedangkan dia baru berpuasa 28 hari ?
Dlm kes sebegini, wajib keatasnya berbuka puasa & berhari raya mengikut negara berkenaan, biarpun baru berpuasa hanya 28. Berdasarkan hadis berikut :
الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُوْمُوْنَ، وَاْلإِفْطَارُ يَوْمَ تَفْطُرُوْنَ.
“Puasa itu adalah pada hari kamu berpuasa dan ifthar itu adalah pada hari kamu ifthar (berbuka) . Pandangan ini dipetik dari fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Fatawa Ash-Shiyam, diterbitkan oleh Darul Wathan, h. 15-16]. Cuma ada beberapa peringatan yg mesti direnungi bersama :
1- bagi mereka yg posanya tdk cukup 29 hari, maka dia wajib mengqadhokannya pd 1 hari yg lain.
2- Kenapa dia kena Qadho 1 hari lagi ? ini kerana kiraan bulan yg lengkap dlm Taqwim Qamariah msti di antara 29 @ 30 hari. Andai kurang drpd itu, belum cukup sebulan.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Monday, August 17, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN [ JUMAAT : 14 OGOS 2009 ] MASJID HIDAYATUL MUSTAQIM

الحَمْدُ لله الدَّاعي إلى بابه، الموفِّق من شاء لصوابِهِ، أنعم بإنزالِ كتابِه، يَشتملُ على مُحكم ومتشابه، أحمده على الهدى وتَيسيرِ أسبابِه، وأشهد أنْ لا إِله إلاَّ الله وحدَه لا شَريكَ له شهادةً أرْجو بها النجاةَ مِنْ عقابِه، وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه أكمَلُ النَّاس عَملاً في ذهابه وإيابه، صلَّى الله عليه وَعَلَى آلِهِ وأصحابه ومنْ كان أوْلَى بِهِ، وسلَّمَ تسليماً.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، اِتَّقُوْا اللهَ، اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ.
Sidang Khutbah yg dirahmati Allah.
Saya menyeru kpd diri saya & sdg khutbah sekalian,agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kpd Allah AW, dgn melakukn sgla suruhanNya & menjauhi sgla tegahanNya. Dlm suasana dunia berhadapan dgn pelbagai perubahan cuaca,fenomena alam & wabak penyakit yg amat membimbangkan, Ramadhan tetap jua menjelang thn ini, ini menandakan dunia yg semakin tua ini, tetap tunduk & patuh pd Kudrat Yg Esa. Kalau dahulu Rmdhn, brmaksud musim panas yg terik, tp kini, hujan lebat & ribut pl yg muncul, hingga mengakibatkan Taufan Morakot di Taiwan. Wabak H1N1, yg dianggap ancaman yang serius oleh Perdana Menteri juga telah meragut nyawa seramai 51 org sehingga tengah malam 13 ogos semalam.Ini benar-benar membibitkan keinsafan kita kpd kebesaran Allah AW. Maka, marilah kita melipatgandakan amal ibadah sbgai bekalan, kerana sebaik-baik bekalan kehidupan ialah taqwa :Allah AW berfirman yg berbunyi : { وتزودوا فإن خير الزاد التقوى } mksudnya ´dan sediakanlah bekalan dgn secukupnya, maka sebaik-baik bekalan kehidupan itu ialah ketaqwaan".

معشر المسلمين رحمكم الله
Khutbah pd hari ini, akn menyentuh Bagaimana untuk kita memaksimumkan penghayatan keimanan di Bulan ini & memastikan Bonus Rmdhn yg kita raih dpt dipelihara sebaiknya.
Untuk memastikan kita betul-betul menghargai kdtgn tetamu bergelar Ramadhan ini, mari kita melihat sejenak, bagaimana keghairahan, kegembiraan & keseronokan para Sahabat & Tabien ketika di ambang Ramadhan. Dan kmudian, cuba bandingkan pula dgn perasaan kita skrg…1] Ma'la B al-Fadhl, salah seorg Salafussoleh menceritakan suasana kegembiraan para Tabien :' Kami berdoa kpd Allah AW sepanjang 6 bulan , agr d pnjangkn umur, d anugerahkan kesihatan & kelapangan masa agar kami sempat bertemu & beribadah sepuasnya-puasnya dlm Ramadhan. Bila Ramadhan berlalu, kami menadah tgn pula memohon agr segala amalan & kebajikan kami d terima Allah.'
2] Yahya B. Kathir pula mnceritakan, antara doa yg sering diungkapkan oleh mereka "
 : اللهم سلمني إلى رمضان, وسلم لي رمضان, وتسلمه مني متقبلاً. " Ya Allah, Sejahterakanlah aku hingga dpt bertemu Rmdhn, Temukanlah aku dgn Rmdhn & terimalah segala ibadah & hajatku ".
Kenapakah mereka begitu rindukan Rmdhn ? Ini kerana mrka trkenangkan kisah 3 org adik beradik d zaman Rsulullah. 2 org abangnya tlh Syahid terlebih dahulu d Medan Jihad. Tinggallah si adik yg akhirnya mati d atas katil setahun kemudian. Tiba2 salah seorang dr kaum keluarga mrk bermimpi, melihat si adik yg mati lewat ini, lebih dulu memasuki Syurga, mndahului abang2 nya yg Syahid itu. Akhirnya diajukan pertanyakan kpd Nb SAW, maka Baginda mnjwb " tidakkah si adik sempat hidup setahun slps kmtian abg2nya. Bukankah dlm tempoh itu dia sempat berpuasa Rmdhn & solat dgn penuh khusyuk kpd Allah….Ternyata kisah ini menggambarkan kelebihan mereka yg sempat hidup d Bulan Rmdhn.
معشر المسلمين رحمكم الله
Lalu Bagaimanakah pula dgn keadaan kita d akhir zaman ini? Adakah kt tergolong dr klgn mereka yg brgembira dgn ketibaan Rmdhn@ kt berdukacita, sedih, susah hati & berserabut fikiran dgn kedatangannya?
Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah memberikan menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) , malah terdapat ulama yang mengatakan bahawa bulan ia dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah AW, kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).
Kalau beginilah kemuliaan Rmdhn, maka patutlah Nabi bersabda :
«لو يعلم الناس ما في رمضان لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها».
معشر المسلمين رحمكم الله
Untuk itu, jangan kita cemari kemuliaan Rmdhn al-Mubarak ini dgn amalan-amalan berikut :
 1- Ta'at hanya di Bulan Ramadhan shj .
Sebahagian orang, bila datang bulan Ramadhan barulah mereka bertaubat, solat dan berpuasa. Ketika itulah baru mereka mengenal Masjid & Tikar Sejadah. Tetapi jika bulan Ramadhan telah berlalu, mereka kembali lagi meninggalkan solat dan melakukan berbagai perbuatan maksiat. Masjid & Surau pula kembali lengang & sepi dari Alangkah ruginya golongan seperti ini, sebab mereka tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan. Tidakkah mereka mengetahui bahwa Tuhan pada Bulan Rmdhn & bulan-bulan pada sepanjang tahun adalah Dia Yg Maha Esa? Tidakkah mereka mengetahui bahwa melakukan maksiat itu tetap haram hukumnya di setiap waktu? Tidakkah mereka mengetahui bahwa bahwa Allah mengetahui segala perbuatan mereka di setiap saat dan tempat?
Karena itu, hendaknya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha (sebenar-benar taubat), meninggalkan maksiat serta menyesali apa yang telah mereka lakukan di masa lalu, selanjutnya berkeazaman kuat untuk tidak mengulanginya di kemudian hari. Dengan demikian insya Allah taubat mereka akan diterima, dan dosa-dosa mereka diampuni.

2- Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang, dia hanya. Kita pernah terdengar, ada sebilangan jemaah yang hanya hadir ke masjid, semata-mata untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih, sedangkan Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. Ada sebilangan Ulama’ yg MENGKAFIRKAN org yg meninggalkan SOLAT shj. Kerana SOLAT adlh tiang agama, sesiapa yg meruntuhkannya, bererti dia meruntuhkan agamanya sendiri. Hal ini berdasarkan banyak dalil, di antaranya adalah sabda Nabi SAW ,إن بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
“Sesungguhnya (pembatas) antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat.” (Dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya dari hadits Jabir bin Abdullah RA.
Menurut Ulama’ yg mengkafirkan org yg meninggalkan Solat, tentu sekali posanya X DITERIMA Allah, kerana X SAH ibadah yg dilakukan oleh org bukan Islam. Ternyata pndgn ini cukup berat.
Sebahagian Ulama’ yg agak pertengahan, seumpama Pengarang Kitab Syarhul Sunnah : Imam al Baghawi dlm jilid 1/180 : menyifatkan mereka yg meninggalkan SOLAT ini sbg FASIQ @ Pelaku Dosa Besar. Berpandukan pendapat ini, org yg FASIQ ini dianggap sbg org yg lemah Imannya & dibimbangi Keimanannya. Jika dia berpuasa lengkap dgn syarat & rukunnya, puasanya tetap SAH. Sekalipun dia berdegil x mau menunaikan Solat, terpulanglah kpd Allah utk mempertimbangkan amalannya. Firman Allah dlm S. Zalzalah:[7-8]
فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ، ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره
’ sesiapa melakukan amal baik, nescaya dibalas baik & sesiapa yg melakukan amalan buruk, tetap akn dibalas buruk, biarpun sebesar zarah ‘
 3) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Antara Hadis yang sering bermain dimulut manusia dalam soal ini ialah :
, أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يقول : "نوم الصائم عبادةyg bermaksud “Tidurnya seorang yang berpuasa adalah ibadah“, sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) "
Kesan Negatif kepada mereka yg berpegang dgn Hadis ini, ia akn mewujudkan suasana malas dan tidak produktif dalam pekerjaan di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat, sekolah, kebun @ d mana shj dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
Tdk salah utk kt tidur sekejap, dgn niat agar diberi kekuatan & kesegaran utk bangun beribadah Terawih,bertadarus & menghidupkan amalan Qiamullail d Mlm hari Bulan Rmdhn. Bahkan niat sebegini amat di tuntut, kerana kita juga d mnta utk menunaikan hak utk berehat bg anggota badan masing2. Tetapi yang lebih merugikan, kebanyakan umat Islam berjaga malam dalam hal-hal yang dimurkai Allah, bermain yang sia-sia (seperti daun terup & Karom), mengumpat, memfitnah, ke Kelab Mlm dsbg. Hal-hal semacam ini sangat berbahaya dan merugikan mereka sendiri. Sesungguhnya hari-hari bulan Ramadhan merupakan saksi ta'atnya orang-orang yang ta'at, dan saksi maksiatnya orang-orang yang ahli maksiat dan lupa diri.

 4) Berbuka dengan sesuatu yang haram.
Bayangkan sdg khutbah sekalian, hampir 15 jam sehari kita menahan diri drpd perkara yg asalnya di HALALKAN kpd kita, tiba-tiba, saat kita sungkai & berbuka, kita menghirup minuman yang memabukkan, menghisap rokok dan sejenisnya. Atau berbuka dengan sesuatu yang didapati dari yang haram. Orang yang makan atau minum dari sesuatu yang haram tak akan diterima amal perbuatannya dan tak mungkin pula do'anya dikabulkan.

Justeru, marilah kita merasa SERONOK dgn kedatangan Ramadhan ini, sebagaimana seronoknya kita apabila bakal menerima bonus tahunan nanti. Niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.
Untuk itu, marilah kita berazam utk menunaikan kewajipan puasa pd thn ini dgn lebih baik drpd tahun2 yg lepas, agar segala dosa-dosa akn diampunkan Allah. Bila suci dari dosa, bermakna kita akn dijauhi drpd api Neraka & bakal dimasukkan ke dlm Syurga. Tidakkah ini KEMERDEKAAN sebenar yg kita idam-idamkan ? Firman Allah : فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ yg bermaksud : sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya[ Surah Ali Imran : 185]


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Friday, August 14, 2009
0 ulasan
categories: | edit post

KATEGORI KEUZURAN DALAM BERPUASA

Perbicaraan ini bertitik-tolak daripada firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang berbunyi :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [al-Baqarah 2:286].
Berdasarkan firman-Nya ini, Allah telah memberi beberapa kemudahan atau kelonggaran hukum di dalam syari‘at Islam. Sangat dianjurkan untuk memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran ini sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya Allah menyukai keringanan-keringanan hukum-Nya diamalkan sebagaimana Ia benci larangan-larangan-Nya dikerjakan.[2]
Bagi ibadah puasa, Allah telah memberi kelonggaran hukum kepada tiga kategori keuzuran. Daripada tiga kategori ini, hanya kategori pertama yang dimanfaatkan manakala dua kategori yang selebihnya jarang-jarang dimanfaatkan. Tiga kategori tersebut adalah:

Kategori pertama:
Keuzuran yang mewajibkan seseorang itu untuk tidak berpuasa dan dia wajib mengqadhanya selepas itu. Ini adalah keuzuran yang dialami oleh para wanita yang didatangi haid dan nifas.

PERSOALAN FIQH YG BERKAITAN DGN WANITA :

Kategori kedua:
Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut hilang selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan. Contohnya:
1. Orang yang bermusafir di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Setelah bulan Ramadhan dia tidak lagi bermusafir, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
2. Orang yang sakit di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa kerana yakin sama ada berdasarkan pengalaman atau nasihat doktor pakar bahawa berpuasa akan memudaratkan lagi kesihatannya. Setelah itu dia kembali sihat, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
3. Orang yang terpaksa bekerja keras [BURUH KASAR] di dalam bulan Ramadhan sehingga dia tidak terdaya berpuasa. Akan tetapi selepas itu dia tidak lagi membuat apa-apa kerja keras, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
4. Orang yang tinggal di tempat yang waktu siangnya amat panjang. Demikian juga pelajar Malaysia yang pergi belajar di tempat yang seumpama. Siang yang panjang menyebabkan mereka tidak mampu untuk berpuasa. Mereka boleh memilih untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan wajib menqadhanya apabila tiba musim di mana waktu siangnya adalah lebih pendek.
5. Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan, dia memilih untuk tidak berpuasa demi menjaga kesihatan diri dan/atau anaknya. Setelah itu dia tidak lagi mengandung atau menyusukan anak. Maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu



Kategori ketiga:
Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut tetap wujud selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan tetapi hanya perlu membayar fidyah, iaitu bagi setiap hari yang ditinggalkan, dia memberi makan kepada satu orang miskin dengan kadar yang dapat mengenyangkan orang tersebut.
Contoh bagi kategori ketiga ini:
1. Orang yang mengalami sakit yang tetap atau berpanjangan, seperti kanser, gastrik yang serius atau semata-mata kerana tua. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.
2. Orang yang terpaksa bekerja keras (hard labour) secara tetap seperti pekerja buruh, pembinaan, lombong dan sebagainya. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.
3. Orang yang tinggal di kawasan yang berhampiran kutub utara atau selatan. Sepanjang tahun waktu siang adalah tanpa malam kecuali pada beberapa hari. Dia tidak dapat berpuasa kecuali pada beberapa hari yang memiliki peredaran siang dan malam. Maka bagi orang seperti ini dia tidak wajib mengqadha puasa kecuali hanya membayar fidyah.
4. Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Namun menjelang Ramadhan seterusnya, dia telah mengandung kembali atau masih menyusukan anak. Maka bagi si ibu dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.

Mengenai FIDYAH, berikut adalah pandangan daripada para Ulama :

KADAR 1 CUPAK :
kadarnya 1 cupak makanan @ satu per empat gantang. Untuk ini, Mazhab Hanafi menetapkan 812.5 gram sebagai sukatannya. Manakala JUMHUR menetapkan 510 gram. Ataupun, tn/pn boleh mengambil kadar Zakat Fitrah skrg iaitu RM 7.70 lalu dibahagi 4 = RM 1.92.
kadarnya ialah memberi sekali makan kpd fakir miskin, mkanan yg sederhana, lengkap dgn lauk & sayur serta minuman.
Secara peribadi, saya bersetuju dgn tarjih Dr Hayyie A. Shukur dr UKM dlm hal ini. Ertinya, dlm konteks kita di Twau, saya merasakan nasi tapau yg bernilai RM 3 itu sesuai uk kita praktikkan dlm soal pembayaran fidyah ini. Jadi, Pn Anita td mesti :
kira & ingat balik secara purata, berapa hari sudah posanya ditinggalkan dlm 5 thn lepas sbg contoh. Katalah 5 hari bg setiap tahun, bermakna 5 hr X 5 thn = 25 hari yg WAJIB di Qadho.
Utk fidyahnya pula, darab 25 hari td dgn nilai RM 3 = RM 75. Itulah jumlah yg WAJIB dibayarnya.

Dalil bagi kelonggaran kategori pertama:
A’isyah radhiallahu 'anha berkata: Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.[3]
Daripada keterangan A’isyah di atas, dapat difahami bahawa seorang wanita yang didatangi haid tidak diwajibkan bersolat dan berpuasa. Ini kerana perkataan “...disuruh mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat” menunjukkan dua ibadah tersebut pada asalnya tidak diwajibkan dalam waktunya ke atas wanita yang didatangi haid. Hukum yang sama diterapkan ke atas wanita yang didatangi nifas.
Hikmah kelonggaran ini adalah kerana apabila seorang wanita didatangi haid dan nifas, mereka mengalami gangguan yang berat ke atas kesihatan badan mereka. Ini kerana pertukaran hormon dan kehilangan darah pada saat itu sememangnya memberi kesan ke atas kesihatan tubuh badan. Mewajibkan puasa dan solat pada keadaan seperti ini hanya akan memberatkan lagi kesan yang sedang dihadapi. Dengan itu Allah memudahkan kepada mereka untuk tidak berpuasa dan tidak bersolat pada saat didatangi haid dan nifas.
Perhatikan juga bahawa di dalam kelonggaran ini, mereka hanya diwajibkan mengqadha puasa dan bukan solat. Sekalipun solat adalah ibadah yang paling penting, mengqadhanya akan memberatkan para wanita kerana ia melibatkan jumlah yang banyak dan pengulangan yang kerap. Berbeza dengan mengqadha puasa, ia tidak melibatkan jumlah yang banyak mahupun pengulangan yang kerap. Sememangnya Allah adalah tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengasihi.[4]

Dalil bagi kelonggaran kategori kedua dan ketiga:
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (184)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. [al-Baqarah 2:183-184]

ISTIDLAL DARIPADA AYAT INI :
Daripada dua ayat di atas jelas bahawa puasa adalah wajib kecuali kepada orang yang sakit atau musafir. Pengecualian ini adalah kerana orang yang sedang sakit atau musafir lazimnya mengalami kesukaran untuk berpuasa.
Maka “kesukaran” adalah faktor penentu sama ada untuk berpuasa atau tidak. Berdasarkan kaedah qiyas, sesiapa yang mengalami kesukaran untuk berpuasa sekalipun tidak sakit atau musafir, seperti pekerja keras (hard labour) dan ibu yang mengandung atau menyusukan anak, mereka juga dikecualikan daripada kewajipan berpuasa.
Sama ada mereka wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan atau hanya membayar fidyah, hal ini ditentukan oleh firman Allah:
فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“…kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”

Pembeza antara mengqadha puasa atau membayar fidyah
Pembeza antara mengqadha puasa atau membayar fidyah adalah dengan memerhatikan sama ada faktor keuzuran yang menyebabkan dia meninggalkan puasa masih wujud atau tidak selepas bulan Ramadhan:
1- Jika faktor keuzuran telah hilang, maka baginya ialah:
 فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
“…kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain…”.

2- Jika faktor keuzuran masih wujud, maka baginya ialah:
 وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
 “…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”


[ ARTIKEL INI DISARING DAN DIEDIT DARIPADA TEKS ASAL YANG DIPERPLEHI DARIPADA hafizfirdaus.com, dan BEBERAPA PERBAHASAN ULAMA’ SEMASA ]

Read More
Dicatat oleh almunabbih on

Hari ni saya dikejutkan dengan 1 persoalan yang cukup menarik, tapi agak mengejutkan !!! Kenapa saya katakan begitu ? Sila baca soalan yang saya 'copy' dari ruangan shoutmix ini terlebih dahulu :
" Salam ustaz, sah atau tidak bila seorang lelaki di paksa menikahi seorang wanita yang tidak dicintainya atas alasan wanita itu tidak mahu berkahwin dengan lelaki lain selain lelaki itu, dalam majlis pernikahan itu pihak keluarga perempuan telah mengambil seorang jurunikah yang tidak diketahui statusnya samada jurunikah itu bertauliah atau telah dilantik oleh jabatan agama Islam atau tidak dan saksi pernikahan itu juga, tidak dpt di pastikan layak menjadi saksi atau tidak.. pernikahan itu juga tidak didaftarkan kepada pej agama dan tiada bukti bertulis bahawa mereka sah bergelar suami isteri.. manakala keluarga pihak perempuan menganggap mereka sudah suami isteri mungkin disebabkan kejahilan mereka sendiri. Dan akhirnya apa yang harus lelaki itu lakukan, disebabkan dia tidak suka dengan pernikahan itu perlukah dia menceraikan wanita itu atau tidak ? kerana status pernikahan itu tidak diketahui, tetapi lelaki itu telah nekad untuk memutuskan hubungan dengn wanita itu.. mungkin utsz ada panduan yang boleh di berikan kepada tuan empunya masalah ini ".. Agak mengejutkan bukan ? Saya hanya sekadar menjawab persoalan ini dengan beberapa catatan ringkas, kerana hal munakahat sebegini, sepantasnya dirujuk kepada pihak JHEAINS & Mahkamah Syariah, kerana, selain dari soal hukum, kita juga terikat dengan Enakmen Kekeluargaan Islam Tahun 1992.
Sepertimana yang semua kita maklumi, pernikahan ini adalah 1 amanah yang cukup penting. Kerana itu, untuk menegakkan amanah ini, ia memerlukan kepada 5 rukun nikah yang cukup penting, iaitu :
1- Suami [ Pengantin Lelaki ]
2- Isteri [ Pengantin Wanita ]
3- Saksi [ 2 orang yang dipercayaai ]
4- Wali [ mengikut aturan ketertiban Wali @ Wali Hakim yang dilantik & bertauliah ]
5- Aqad [ Ijab dan Qabul ]

Kalau salah 1 daripada kelima-kelima rukun ini, telah rosak & punah, maka akan hancur & musnahlah jua institusi pernikahan yang dibina. Meneliti persoalan Zee tadi, saya juga cuba meminta pandangan daripada Tuan Imam Daerah Tawau, al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman B. Hj Ibrahim, kerana beliau juga adalah seorang Jurunikah & mengetuai Unit Nikah Cerai & Rujuk di Pejabat JHEAINS. Berikut adalah respons segera daripada beliau :
1- HUKUM PERNIKAHAN PAKSA SEBEGITU :
Istilah ' Kahwin Paksa ' ni hanya khusus untuk Bakal Pengantin Wanita sahaja. Sebab dia yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga, walaupun mungkin sudah ada pilihan sendiri. Dalam isu ini, mungkin gadis dikahwinkan oleh Bapa atau Datuknya sendiri yang memang bertaraf Wali Mujbir.
Adapun Pengantin Lelaki, kalau sudah dia sendiri melafazkan " Aku terima nikah si fulanah binti fulanah , dengan mas kahwin sebanyak RM..... Tunai ", bermakna dia sendiri dah REDHA & MENERIMA perkahwinan itu ! Islam berhukum dari sudut yang zahir sahaja. Kalau dia sendiri dah terima, bermakna setujulah tu. Yang dalam hatinya Wallahua'lam...

2- JURUNIKAH TIDAK BERTAULIAH DAN SAKSI TIDAK CUKUP KRETIRIA :
Menurut Enakmen Kekeluargaan Islam yang diaktakan pada Tahun 1992 di Sabah ni,
1-sebarang pernikahan yang dilangsungkan SEBELUM Tahun 1992, adalah SAH walau sesiapapun Jurunikah/ Wali & Saksinya
2- sebarang pernikahan yang dilangsungkan SELEPAS Tahun 1992, adalah TIDAK SAH kalau Jurunikah / Wali & Saksinya bukan seorang yang bertauliah.
Bila tidak bertauliah, WALI / JURUNIKAH tersebut disifatkan FASIQ. Bila WALI / JURUNIKAH nya FASIQ, pernikahan tadi adalah TIDAK SAH.

3- BILA PERNIKAHAN TIDAK SAH :
Bila pernikahan ini TIDAK SAH, dari segi Enakmennya, saya menasihatkan Pengantin Lelaki ini, perlu :
1- Maklumkan kes ini kepada pihak JHEAINS & pihak berwajib untuk tindakan susulan.
2- Sila hubungi Tn Imam Daerah Tawau, al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman B. Hj Ibrahim,di talian ini untuk menerima khidmat nasihat beliau : 019- 8695550


SATU PERINGATAN :
Kalaulah ada di luar sana pasangan yang pernah melalui situsi KAHWIN PAKSA ini, tetapi ternyata pernikahan itu diuruskan menurut prosedurnya yang sah . dan dikendalikan oleh Jurunikah yang bertauliah, bererti pernikahan itu SAH dan mereka memang bergelar SUAMI ISTERI. Tapi, soal hati tiada siapalah yang tahu. Walau Pengantin Lelaki cuba juga menerima si Isteri dengan rela hati, tetapi rasa cinta, kasih dan mahabbah itu, tetap jua tidak wujud, maka pada pandangan saya, wajarlah si SUAMI itu MELEPASKAN isterinya itu dengan cara yang terbaik. Usah disiksa perasaan dan jiwa si isteri dengan tindakan-tindakan yang tidak diizinkan Syarak. Saya menawarkan jalan keluar ini adalah berdasarkan firman Allah :

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[ Surah al-Baqarah : ayat 229 ]



Walahua'lam Bis Sowab

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Wednesday, August 12, 2009
1 ulasan
categories: | edit post

Salam buat sahabat seperjuangan & para pencinta ilmu sekalian.dalam kesempatan ini, saya ingin menjawab serba sikit beberapa kemusykilan yang ditanya pada minggu lepas, dalam ruangan SMS yg dihantar ke Tawau FM. Cuma soalan-soalan tersebut tidak dapat saya jawab secara on-air kerana kesuntukan masa. Berikut adalah jawapan kepada persoalan tersebut.

KAEDAH MENGQHADO PUASA & HUKUM BERSAHUR

1- Samsiah.twu.Klau nk wat posa 6 bln syawal kena ganti posa yg pecah ka dulu@tk ya ? klau posa sunat tk sahur apa hukum'y?
Bagi menjawab persoalan Samsiah ini, saya plotkn kepada 2 bahagian:
1: BOLEHKAH ORG BRPOSA SUNAT, SDGKAN QADHO POSA MASIH BELUM DTUNAIKAN LG?
Dalam hal ini terbahagi kpd 3 pndgn ulama :

1- Tidak Harus berposa Sunat selagi puasa Qadho belum dilaksanakan. Andai berposa juga, amalan ini salah & berdosa. Amalan Sunat x boleh mndahului amalan Fardhu. Kedudukannya samalah dengan orang yang masih menanggung hutang, dia hendaklah melunaskan hutangnya trlebih dahulu, sbelum mmberi sedeqah, kerana hutang wajib dibayar, sdgkn Sedeqah hanya Sunat dikeluarkan.

2- Sbhgn Ulama’ pula mnyatakan HARUS melakukan Posa Sunat, sekalipun masih ada Qadho yg belum dilakukan. Keadaannya samalah dgn org yg bersolat sunat Qabliah/sunat sebelum solat Fardhu, yg waktu solat fardhu itu msh luas & pnjg. Bahkan dia dibolehkan utk melakukan beberapa solat sunat lg dlm tmpoh yg pnjg itu . Pndgn ini dikemukakan oleh kebanyakan ulama yg lain.

3- Lebih AFDHAL melaksanakan yg Qadho dahulu, kmudian barulah tunaikan yg sunat. Ini dari segi tertib keutamaan. Pandangan ini dikemukakan oleh Syeikh Lahimid & kebanyakan ulama yang lain.
Secara peribadi, saya lebih cenderung dgn pndgn yg ke2 : kerana ia lebih praktikal utk diamalkan bg mreka yg banyak t/jwb yg perlu dilaksanakan, tp masih berhasrat utk meraih pahala posa 6 ini. Dan bg mereka yg ghairah beribadah & punya kelapangan waktu & kesihatan, apa salahnya mereka merebut yg afdhal pula, iaitu pandangan yang ketiga ….
BAHAGIAN KE 2 PULA : bolehkah diniatkan serentak antara Qadho Posa Rmdhn & Sunat 6 Hr Syawal ? Berikut saya nukilkan fatwa S. A’tiyyah Saqar, Bekas Pengerusi Mjlis Fatwa Mesir “ HARUS bg mereka yg menanggung Qadho Posa Rmdhn, berpuasa sunat 6 hr dlm Syawal, tetapi niatnya hendaklah dgn Niat Qadho. Jika diniat berasingan,[ iaitu posa Qadho & Sunat pd hr yg berasingan] nescaya itu lebih AFDHAL. Ulama’ Syafie brpndapat, pahala posa Sunat Syawal, diperolehi secara otomatik, apbila seseorg mlakukan Qadho posanya dlm Buln Syawal, samada dia berniat @ x diniatkan. Dlm Kitab الشرقاوي على التحرير jilid 1/127, menyatakan “ jika seseorg brposa Qadha, Nazar@ apa jua posa dlm Bulan Syawal, nescaya berhasil pahala posa 6 hr dlm buln Syawal,krn yg dikehendaki, hanya berposa dlm Bulan Syawal itu shj.

PERSOALAN KEDUA PUAN SAMSIAH " klau posa sunat tk sahur apa hukum'y?

Sahur ni hukumnya SUNAT.tak kiralah kita berpuasa SUNAT ataupun FARDHU. Bukan namanya Sahur kalau dikejutkan pd jam 12 @ 2 pagi, itu baru supper. Tp waktu bersahur ini adlh pd waktu terakhir di hujung malam. Dlm Kitab Awnul Ma'bud pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam, sekitar 45 minit sebelum Subuh. Dalil sunnahnya amalan bersahur ini ialah :
لحديث سهل بن سعد قال: قال رسول الله : «لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر وأخروا السحور» رواه أحمد.
Yang bermaksud " Daripada Sahl B. Saad, Umat Islam ini sentiasa akan mendapat kebaikan, selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan Sahur. [ Riwayat Ahmad]

Dalam sebuah Hadis yang lain, Nabi menyebut " Bersahurlah kamu, kerana pada waktu Sahur itu penuh dengan Keberkatan "

Kemudian, sebaik-baik bersahur ialah dengan memakan buah Tamar, berdasarkan Hadis Nabi " لقوله : «نعم سحور المؤمن التمر» رواه أبو داود. "
Andai tiada Tamar/Kurma, silalah minum, walau seteguk air sejuk, berdasarkan sabda Baginda " لقوله : «تسحروا ولو بجرعة ماء». "
Wallahua'lam

Read More
Dicatat oleh almunabbih on Tuesday, August 11, 2009

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics