Saya cuba menjawab sepintas lalu persoalan yang dibangkitkan oleh Kanafia, berhubung isu " Pengantin Wanita berbintikan orang lain ". Bukan bapa kandungnya.
Dalam soal pernikahan, mesti dinyatakan dengan jelas semasa Akad Nikah itu, nama Pengantin Perempuan itu serta nama bapanya kandungnya yang asal. Sebab bapa kandungnya bertaraf wali. Bukan bapa angkat @ yang menjaganya sepanjang hayat.
Cuma dalam konteks kita di Tawau ni, ada kes-kes tertentu yang pengantin wanitanya berbintikan orang lain, disebabkan masalah kerakyatan & dokumentasi semasa kelahiran dahulu. Ada juga kes bapa angkat yang tetap merahsiakan hal ini daripada pengetahun pengantin wanita.
Dalam soal ini, pandangan peribadi saya , sewaktu akad nikah itu, perlu dipastikan dengan sahih, pengantin wanita itu anak siapa dan WAJIB dibintikan dengan bapa kandungnya yang ASAL. Tidak boleh dipakai nama bapa yang di dalam Kad Pengenalannya itu. Ertinya Jurunikah mesti menyebut dengan jelas nama pengantin wanita itu dengan nama bapanya sekali.
Kalau pengantin perempuan sendiri enggan berbintikan bapa kandungnya, mau juga berbintikan orang lain, maka bersedialah dengan 2 kemungkinan , iaitu :
1- pernikahan itu tidak sah
2- dia telah menjadi anak yang derhaka, kerana sanggup memutuskan hubungan darah dengan bapanya sendiri.
Dari segi teknikal untuk urusan dokumentasi pernikahan tersebut, pihak keluarga berbincanglah dengan Jurunikah Bertauliah itu, bagaimana utk mendaftarkan pernikahan tersebut. Saya yakin pihak JHEAINS ada penyelesaian terbaik dalam hal ini.
Wallahu a’lam bis sowab.
0 ulasan