KONSERT INUL VS HIBURAN ISLAM [ JUMAAT : 21 MEI 2010 ] MASJID AL-AMAN & QUBA’ WAWASAN


[ Khutbah ini telah saya sunting beberapa isinya berbanding Khutbah pada minggu lepas. Sila baca terlebih dahulu dan buat perbandingan isi yang terbaik antara keduanya ]

الحمد لله جامعِ الشتات، ومحيي الأموات، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادةً تكتبُ الحسناتِ ،وتمحو السيئاتِ، وتنجي من المُهلكات، وأشهد أن محمدا عبده ورسُوله المبعوثُ بجوامع الكلمات، الآمرُ بالخيراتِ الناهي عن المنكراتِ صلى الله تعالى عليه وعلى آله وصحبه صلاة دائمةً بدوام الأرض والسماوات ، أما بعد: أيها الناس اتقوا الله تعالى ، أوصيكم وإياي بتقوى الله حق تقاته ، ولا تموتن إلا وانتم مسلمون
Sidang Jumaat yang di hormati Allah sekalian, Marilah kita saling ingat mengingati untuk terus berusaha untuk memperteguhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah AW. Sesungguhnya manusia yang paling mulia disisi allah s.w.t adalah mereka yang paling tinggi takwanya kepada allah AW, sebagaimana firmannya, dalam Surah Al-Hujurat ayat 13-:
{ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [الحجرات : 13] "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi allah s.w.t ialah orang yang paling bertakwa".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah sama-sama kita renungkan satu persoalan mengenai "Budaya hiburan yang melampau", yang sedang melanda umat Islam hari ini. Hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita diperkenalkan dengan berbagai jenis hiburan yang sangat mempesona dan mengasyikkan. Masyarakat kita begitu seronok dan teruja yakni terangsang dengan gaya hiburan realiti masa kini. Media massa dan masyarakat Islam kita menerimanya dengan ghairah sekali. Mereka sanggup menghadiri konsert berjam-jam lamanya tanpa rasa jemu dan bosan. Tapi bila disuruh hadir Solat Jumaat atau kuliah ilmu di Masjid, pelbagai alasan yang diberi. Persoalannya kini, bagaimana pandangan Islam dalam isu hiburan ini & bagaimana bentuk hiburan yang dibenarkan ? Justeru, apa pula sandaran hujah mengapa kita membantah penganjuran Konsert Inul di Tawau ini ? Inilah yang bakal dirungkaikan dalam Khutbah kali ini ….
معشر المسلمين رحمكم الله
ISLAM adalah agama realiti, tidak tenggelam dalam dunia khayalan dan lamunan. Tetapi Islam berjalan bersama manusia di atas dunia realiti dan alam kenyataan. Islam juga tidak memperlakukan manusia sebagai Malaikat yang bersayap dua, tiga dan empat. Tetapi Islam mengakui fitrah dan kecenderungan manusia sebagai makhluk yang dicipta Allah, yang suka bergembira, bersenang-senang, ketawa dan bermain-main, sebagaimana mereka dicipta suka makan dan minum.
معشر المسلمين رحمكم الله
Nyanyian, Muzik & hiburan , adalah sebahagian daripada kebaikan Duniawi yang harus dinikmati. Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak & minda, serta disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut, juga pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata, serta bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya.

معشر المسلمين رحمكم الله
Hiburan adalah harus dalam Islam. Ini didasarkan kepada :
1- Hadis Aisyah yang mendengar nyanyian dua gadis di rumah Rasulullah s.a.w,
2- Perbuatan para sahabat yang bernasyid semasa mengorek parit pertahanan Madinah dan
3- Perbuatan Rasulullah s.a.w yang membawa Aisyah melihat tarian hamba Habsyi.

Hiburan hendaklah dijadikan sebagai alat bukan matlamat. Hiburan adalah alat untuk mendidik, merehatkan diri, membina silaturrahmi dan lain-lain yang harus dan dianjurkan oleh Islam. Ini adalah kerana matlamat hidup manusia ialah untuk memperhambakan diri pada tuhan bukan untuk mempertuhankan hiburan. Kemuncaknya ialah hiburan adalah sebahagian dari ubudiyah kepada Allah taala atau jalan yang menuju pada ubudiyah.

Dalam isu Konsert Inul ini, ada 1 persoalan yang menarik, iaitu :
APAKAH HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN WANITA :
Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:
Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut.
Ia menjadi HARAM apabila :
1- Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana boleh menyebabkan terjebak dalam dosa.
2- BERSIFAT GODAAN : Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.
3-ADA UNSUR HARAM PADA LAGU TERSEBUT :
Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah Taala atau menjurus kepada yang haram seperti:
1. memuja wanita. 2. mendedahkan aurat.
3. menggalakkan pergaulan bebas. 4. memuja dadah dan arak.
5. menghina amalan-amalan Islam. 6. memfitnah orang.
7. mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.
8. mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta.

Nyanyian wanita tadi akan menjadi HARUS , berdasarkan kepada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat, apabila syarat-syarat ini dipenuhi :
1. Suara yang yang normal, terpelihara daripada perkara yang haram, tidak ada nada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.
2. Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik. Maka tidak haram mendengarnya.
3. Penyanyi wanita itu, hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok, apatah lagi bergelek secara mengghairahkan.
[ kesemua hujah ini dipetik dan difahami daripada Kitab Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih]
معشر المسلمين رحمكم الله
Persoalannya kini, sejauh mana Konsert Inul berjaya melepasi syarat-syarat yang diketengahkan tadi ?
Hujah pertama :Ternyata kita semua mengetahui siapa Inul Daratista ? Imejnya yang seksi, suaranya yang menggoda, baju fitnya yang seakan-akan warna kulit, goyangan pinggul Inul yang memberahikan dan gerudiannya yang meluruhkan Iman. Adalah dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya & menyaksikan gerudiannya, dan timbulnya gejolak nafsu syahwat yang bermula daripada pandangan dan alunan suaranya. Keadaan ,ini memberi kesan yang amat bahaya, kerana ia adalah bibit-bibit bermulanya penzinaan yang diharamkan oleh Allah Taala. Maka sudah sepatutnya perkara ini diambil berat dan dibatasi. Firman Allah : وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا (32)]
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra’: 32).
Al-Imam Al-Alusiy dlm Tafsir Ruhul Ma’aaniy nya berkata: Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina.
Ini bermakna, salah satu daripada syarat-syarat utama sebentar tadi tidak mampu dipenuhi oleh penyanyi gelek ini.

Hujah Kedua :
Dalam konsert ini, berlaku penyalahgunaan terhadap muzik & hiburan itu sendiri.
Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' Ulumidin, Jilid ke 2, halaman 283-301) pernah menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: az- zaman, al- makan dan al- ikhwan.
1- 'az- Zaman' : merujuk kepada masa, apakah hiburan itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. Ternyata ia melibatkan dua waktu solat yang terpenting iaitu Asar & Maghrib. Dek kerana mahu hadir awal, dan tidak mau berganjak dari tempatnya, 2 solat ini pasti tergadai.
2- 'al- Makan' merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana hiburan itu dipersembahkan.
3- al- 'Ikhwan' merujuk kepada aktiviti hiburan itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral. Belum lagi ditambah dengan kemungkinan berlakunya pergaduhan & perkelahian ganas, yang kebiasaannya berlaku selepas berlangsung konsert ini, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.
Menurut Imam al-Ghazali r.a inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman untuk menghukum dan mengadili sesuatu bentuk hiburan, samada ianya diharuskan @ dilarang. Ternyata ketiga-tiga aspek ini pun terlalu sukar untuk dipenuhi.
Apabila dasar-dasar & batas-batas minima ini tdk terpenuhi, maka keseluruhan program & konsert itu berada diambang kemurkaan Allah. Natijahnya konsert yang bakal berlangsung ini adalah HARAM dari sudut agama !!! Lantaran itu, konsert ini wajar dibantah, demi kepentingan seluruh umat Islam. Menaruh perasaan benci terhadap penganjuran konsert ini, menunjukkan sekelumit Iman masih bertapak dihati kita.

Kesimpulannya : Sidang Jumaat dirahmati Allah sekalian :
1- Khatib menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak anda agar tidak terbabit dalam Konsert Inul yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan nanti. Kerana inilah tuntutan amar makruf dan nahi munkar yang wajib dilaksanakan oleh ketua keluarga. Firman Allah :
{وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} [آل عمران : 104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.

Andai kita tidak melaksanakan tugas mencegah kemungkaran dan konsert ini, bermakna kita telah menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga kita.
Allah Taala mengingatkan “{وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ [هود : 113]
'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Dicatat oleh almunabbih on Thursday, May 20, 2010

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics