TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT ?

KISAH DI ZAMAN NABI SAW :
1. Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.“Wahai Makcik, apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

2. Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.
Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.

MENGAPA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT ?
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam kategori hukum qati'e dan usul.
Sabda nabi SAW :
إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
(20)
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
(59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

c) Tanda Dress code, atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi : ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

f) cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.
Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.
- Mana nak pilih : Beg Tangan Carlo Rino yang di ampai-ampai di dalam raga pameran @ yg di display dalam almari Kaca ?
- Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz.


g) Aurat Itu Tinggi Nilainya
Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.
Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

h) Mulianya darjat Wanita kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana kesungguhan menjaga auratnya.
Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya,… Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

[ Insya Allah, bakal bersambung lagi..... ]

Dicatat oleh almunabbih on Wednesday, October 27, 2010

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics