Assalamualaikum...

Maaf,lama menyepi. baru je balik kampung ni. Tak sempat nak update.

So, saya nak mulakan dahulu dengan menjawab persoalan dari BY, yang bertanyakan " apakah hukum menjual duit dengn bayaran yang tak sama nilai? Mudah-mudahan ada manfaat.

contoh mcm nie..saya ada rm10 lama.sesiapa yang nak beli duit nie,saya jual rm100.adakah ini dikira riba.sebab dari apa yang saya baca,barang ribawi perlu ditukat dengan kuantiti or nilai yang sama..mintak tolong rakan2 menjawab.sebab dalam cg semakin ramai yang buat macam nie
nie hadith yg mengatakannya..“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.” (HR. Muslim no. 1584)maksudnya jika transaction antara emas dengan emas.. kenelah sama jumlah dan dilakukan secara terus, xboleh ada penangguhan.. mesti bayar on the spot. jika tidak hukumnya haram..
Cuma persoalannya,adakah duit tergolong dalam kategori barang ribawi ?
JAWAPAN :
Duit kertas bukan ilat (unsur) riba..rujuk kitab muktabar di sana lebih jelas. HUJAH :buka kitab matlain badrain bab riba ms 96 baris 8 :
“ dan tiada riba pada matabenda seperti duit(duit selain emas dan perak iaitu wang kertas atau wang tembaga)maka harus dijual setengah dengan setengahnya berlebih kurang'
maksudnya blh jual harga lebih tinggi... kerana ianya kertas..tiada unsur ribawi..unsur ribawi ialah emas dan perak dan makanan.emas dan perak semata-mata tidak blh dikiaskan dengan duit kertas..kerana duit kertas hanya kertas yang dicetak..so bolehla dijual dengan sebarang harga,.. takde masalah jual duit kertas dengan duit kertas..:"
Ada yang mengatakan jika duit tu duit lama dan tidak mempunyai lagi nilai masa sekarang, ia boleh dijual melebihi nilai pada notenye kerana ia tidak lagi dikira barang ribawi.
Asalkn duit lama itu tidak dibuat untuk belanja @ masih laku di kedai @ di pasar.
Duit itu adalah material yg dijadikn barang hiasan, hobi mengumpul barangan lama @ antik, dan bukannya untuk dibuat perbelanjaan..
DUIT YANG DISIFATKAN “LAMA @ANTIK” DI MALAYSIA :
PANDANGAN 1: Setakat ni, duit kertas lama yang tidak sah diperakui dgn nilai adalah note $500, $1000, $20 & RM50 (sempena 50 tahun merdeka).... Yang lain2 masih sah digunakan...termasuk $10 tahun 1967.PANDANGAN 2 : Semua matawang Malaysia berbentuk kertas masih boleh digunakan di pasaran kecuali RM1000 dan RM500... jangan salah paham, RM1000 dan RM500 masih boleh ditukar di beberapa tempat pada harga yg serupa.. jika ada sesiapa yg memiliki matawang yg disebutkan diatas, mungkin bole membuat tukaran sama nilai atau diberi sedikit "saguhati tambahan " diatas "upah simpan" atau "nilai antik" wang tersebut.
[ Sumber Penggurup Wang]
PANDANGAN SISI SAYA :
a- Duit Zaman Jepun dulu yang ada gambar pokok pisang lengkap dengan jantungnya
[rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 3, Terbitan 2004 DBP, halaman 33 ]
b- Duit Zaman Penjajahan British & Portugis dulu
- Duit-duit ni confirm memang dah laku lagi jika dibawa berbelanja di Giant @ yang sama waktu dengannya hehehe…
KESIMPULAN :
1. Duit kertas tidak termasuk di dalam item Ribawi
2. Tiada masalah jual duit kertas dengan duit kertas.
3. Boleh dijual duit lama dengan sebarang harga, samada harga yang rendah @ tinggi
WALLAHU A’LAM
Kg Penghulu Hassan,
Kupang, Baling, Kedah

Dicatat oleh almunabbih on Thursday, December 3, 2009
categories: edit post

5 ulasan

  1. shafizu Says:
  2. Salam ustaz.

    Boleh tolong jelaskan frasa ini.

    "Ada yang mengatakan jika duit tu duit lama dan tidak mempunyai lagi nilai masa sekarang, ia boleh dijual melebihi nilai pada notenye kerana ia tidak lagi dikira barang ribawi.
    Asalkn duit lama itu tidak dibuat untuk belanja @ masih laku di kedai @ di pasar."

    Saya tiba-tiba berminat berurusniaga duit-duit lama. Beli dan jual balik. saya faham kalau duit tu duit lama, dan tidak sah diurusniagakan lagi di pasaran, sama ada wang kertas atau tembaga, ia tidak mengapa dibeli dan dijual tak sama nilai.

    Tapi kalau ikut frasa di atas, duit yang masih boleh diurusniaga perlu dijualbeli dengan harga yang sama. So, macam mana hukum sebenar duit 50 sen, 20 sen, 10 sen dari tahun 1967 hingga kini yang masih diurusniaga di kedai, dijual balik dengan harga lebih tinggi. 50 sen 1967 dijual dengan harga RM20 contohnya. Bolehkah. Sebab isunya duit ni masih digunakan untuk berjual beli. Di pelbagai blog yg saya baca pun turut disebut dibolehkan kecuali duit tu masih digunakan di pasaran. Apa hukum sebenar.

    Saya tunggu hukum dulu sebelum boleh berjual beli duit-duit lama ni.

    harap penjelasan ustaz.
    terima kasih.
    shafizums.blogspot.com

     
  3. Kantha Rao Says:
  4. Bagaimana pula dengan duit kertas baru dan duit syiling yang masih boleh digunakan untuk nilai yang tertera pada duit syling atau duit kertas tersebut. Mislanya duit syiling 50sen 1967 ataupun duit kertas RM1 dengan no siri cantik ACE111111111 (contoh je)? Boleh ke duit2 ni dijual dengan harga lebih mahal daripada nilai muka hanya sebab duit tu duit kertas?

     
  5. Unknown Says:
  6. Saya ade wang kertas siri pertama E_35 248479 bahagian nak koyak sbb lipat dua,tapi still gagah..Dan wang rm1 NA3238888 jika minat call saya-0179394388

     
  7. Khairul Says:
  8. Sya ad duit pokok pisang to untk dijual.. apa2 wassap no 0195925108

     
  9. Eswat Says:
  10. Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukum jual duit? Adakah keuntungan hasil jualan duit itu di kira riba? Contohnya: Saya ada duit RM10, dan duit ini ada keunikannya tersendiri (dari segi nombor siri / ada kelainanan pada cetak duit tersebut / duit lama dan sebagainya). Kemudian saya mahu menjualnya dengan harga RM50. Adakah RM40 itu jatuh riba?



    JAWAPAN

    Ya, RM 40 itu akan jatuh riba kerana ia berdasarkan kepada apa yang dipernilaikan. Justeru, melebihi apa yang dipernilaikan itu tidak dibolehkan.

     

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics