Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (yakni yang harus dikahwini) membatalkan wudhuk berdalilkan firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…”.
1) Menurut mazhab Syafi’ie, semata-mata berlakunya sentuhan dan tanpa berlapik, akan batallah wudhuk sama ada sentuhan dengan syahwat atau tidak.
2) Mengikut mazhab Imam Abu Hanifah, bersentuhan tidak membatalkan wudhuk kecuali yang membabitkan alat kemaluan (yakni zakar dan faraj) iaitulah bersetubuh. Adapun semata-mata bersentuhan tidaklah membatalkan wudhuk.
3) Mengikut mazhab Imam Ahmad dan Malik pula; bersentuhan antara lelaki dan perempuan hanya membatalkan wudhuk jika dengan merasai kelazatan atau dengan maksud merasai kelazatan. Adapun bersentuhan semata-mata tidaklah membatalkan wudhuk.


PERINCIAN PANDANGAN IMAM AHMAD IBNU HANBAL :

  • Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan dalam keadaan bernafsu tanpa alas walaupun yang disentuh itu adalah mayat, orang tua, mahramnya dan kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun keatas tetapi wuduk orang yang disentuh itu tidak batal.
  • Wuduk tidak batal jika bersentuhan tanpa rasa syahwat atau bernafsu dengan kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum berusia 7 tahun.
  • Wuduk juga tidak batal jika menyentuh rambut, kuku dan gigi demikian juga jika menyentuh anggota yang telah terpisah dari badan.

    MENGAPA BERLAKU PERBEZAAN PANDANGAN INI :
    Perbezaan pandangan ulamak di atas berlaku berpunca dari perbezaan mereka dalam mentafsirkan ungkapan “أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء” (atau kamu bersentuhan dengan perempuan) dalam ayat di atas.
    a) Menurut Imam Syafi’ie, ia bermaksud bersentuhan secara mutlaknya.
    b) Imam Abu Hanifah pula mentafsir ayat ini dengan pandangan Ibnu Abbas yang berkata; maksud ayat di atas ialah jimak (persetubuhan).
    c) Imam Malik dan Ahmad pula mentafsir ayat di atas dengan sentuhan yang disertai syahwat. Pandangan mereka disokong oleh hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh. Lihat; Misykat al-Masabih, hadis no. 323). Hadis ini menunjukkan bahawa sentuhan biasa tidaklah membatalkan wudhuk. Jika tidak, sudah tentu Nabi akan mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat selepas mencium isteri-isterinya tadi.

  • KESIMPULAN :
  1. Saya lebih cenderung kepada pendapat Imam Syafie kerana ia juga pendapat terpilih daripada Ibnu Masu'd, Ibnu U'mar, az- Zuhri, Zaid B. Aslam dan mereka yang lain.
  2. . قَالُوا : أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّائِلَ فِي حَدِيثِ الْبَابِ بِالْوُضُوءِ ، وَصَرَّحَ ابْنُ عُمَرَ بِأَنَّ مَنْ قَبَّلَ امْرَأَتَهُ أَوْ جَسَّهَا بِيَدِهِ فَعَلَيْهِ الْوُضُوءُ ، رَوَاهُ عَنْهُ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيِّ ، وَرَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ بِلَفْظِ : { الْقُبْلَةُ مِنْ اللَّمْسِ وَفِيهَا الْوُضُوءُ وَاللَّمْسُ مَا دُونَ الْجِمَاعِ }

yg bermaksud " Nabi menyuruh sahabat yang bertanya tentang soal sentuhan antara lelaki & wanita yang Ajnabi ini, agar segera berwudhu'. hal ini disokong oleh Ibnu Umar . Imam Baihaqi menerusi riwayat Ibnu Masu'd pula menyatakan " ciuman itu termasuk sentuhan. Dengannya seseorang perlu berwudhuk semula. Dan sentuhan itu bukanlah persetubuhan.

3. Para Ulama Mazhab Syafie ,lebih cenderung mengekalkan makna SENTUHAN ini kepada maknanya yang asal, iaitu persentuhan antara tangan dan kulit. bagi mereka kalau ingin mengaitkannya dengan makna Majazi [ dikiaskan dengan persetubuhan], ia mesti didatangi dengan Qarinah/ sandaran yang menyokong makna tersebut.

Wallahu a'lam

Disediakan oleh :

Mohd Zaiem Hilmi Hussin

Dicatat oleh almunabbih on Thursday, October 29, 2009

4 ulasan

  1. Bayati Says:
  2. Salam...
    Bagaimana pula pandangan ustaz...
    Ada pendapat mengatakan bersentuh antara suami isteri bakan bukan mahram sekalipun tidak membatalkan wudhuk....

     
  3. Bayati Says:
  4. Salam...
    Bagaimana pula pandangan ustaz...
    Ada pendapat mengatakan bersentuh antara suami isteri bahkan dengan bukan mahram sekalipun tidak membatalkan wudhuk....

     
  5. almunabbih Says:
  6. Bukankah isteri kita itu seorang WANITA @ PEREMPUAN yang Halal Kita Kahwini. Bermakna dia seorang wanita Ajnabi dan Bukan Mahram kita. Maka hukum tetap mengatakan WUDHU' kita tetap BATAL.
    Wallahua'lam

     
  7. عتيقة Says:
  8. saya pegang pendapat mengatakan tidak batal wudhuk menyentuh wanita atau lelaki ajnabi.:-)

     

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics