Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (yakni yang harus dikahwini) membatalkan wudhuk berdalilkan firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…”. yg bermaksud " Nabi menyuruh sahabat yang bertanya tentang soal sentuhan antara lelaki & wanita yang Ajnabi ini, agar segera berwudhu'. hal ini disokong oleh Ibnu Umar . Imam Baihaqi menerusi riwayat Ibnu Masu'd pula menyatakan " ciuman itu termasuk sentuhan. Dengannya seseorang perlu berwudhuk semula. Dan sentuhan itu bukanlah persetubuhan. 3. Para Ulama Mazhab Syafie ,lebih cenderung mengekalkan makna SENTUHAN ini kepada maknanya yang asal, iaitu persentuhan antara tangan dan kulit. bagi mereka kalau ingin mengaitkannya dengan makna Majazi [ dikiaskan dengan persetubuhan], ia mesti didatangi dengan Qarinah/ sandaran yang menyokong makna tersebut. Wallahu a'lam Disediakan oleh : Mohd Zaiem Hilmi Hussin
1) Menurut mazhab Syafi’ie, semata-mata berlakunya sentuhan dan tanpa berlapik, akan batallah wudhuk sama ada sentuhan dengan syahwat atau tidak.
2) Mengikut mazhab Imam Abu Hanifah, bersentuhan tidak membatalkan wudhuk kecuali yang membabitkan alat kemaluan (yakni zakar dan faraj) iaitulah bersetubuh. Adapun semata-mata bersentuhan tidaklah membatalkan wudhuk.
3) Mengikut mazhab Imam Ahmad dan Malik pula; bersentuhan antara lelaki dan perempuan hanya membatalkan wudhuk jika dengan merasai kelazatan atau dengan maksud merasai kelazatan. Adapun bersentuhan semata-mata tidaklah membatalkan wudhuk.
PERINCIAN PANDANGAN IMAM AHMAD IBNU HANBAL :
MENGAPA BERLAKU PERBEZAAN PANDANGAN INI :
Perbezaan pandangan ulamak di atas berlaku berpunca dari perbezaan mereka dalam mentafsirkan ungkapan “أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء” (atau kamu bersentuhan dengan perempuan) dalam ayat di atas.
a) Menurut Imam Syafi’ie, ia bermaksud bersentuhan secara mutlaknya.
b) Imam Abu Hanifah pula mentafsir ayat ini dengan pandangan Ibnu Abbas yang berkata; maksud ayat di atas ialah jimak (persetubuhan).
c) Imam Malik dan Ahmad pula mentafsir ayat di atas dengan sentuhan yang disertai syahwat. Pandangan mereka disokong oleh hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh. Lihat; Misykat al-Masabih, hadis no. 323). Hadis ini menunjukkan bahawa sentuhan biasa tidaklah membatalkan wudhuk. Jika tidak, sudah tentu Nabi akan mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat selepas mencium isteri-isterinya tadi.
Dicatat oleh
almunabbih
on
Thursday, October 29, 2009
Salam...
Bagaimana pula pandangan ustaz...
Ada pendapat mengatakan bersentuh antara suami isteri bakan bukan mahram sekalipun tidak membatalkan wudhuk....
Salam...
Bagaimana pula pandangan ustaz...
Ada pendapat mengatakan bersentuh antara suami isteri bahkan dengan bukan mahram sekalipun tidak membatalkan wudhuk....
Bukankah isteri kita itu seorang WANITA @ PEREMPUAN yang Halal Kita Kahwini. Bermakna dia seorang wanita Ajnabi dan Bukan Mahram kita. Maka hukum tetap mengatakan WUDHU' kita tetap BATAL.
Wallahua'lam
saya pegang pendapat mengatakan tidak batal wudhuk menyentuh wanita atau lelaki ajnabi.:-)