Assalamualaikum….
Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak pada ANA, kerana agak lama saya tak jawab persoalan beliau. Setelah meneliti beberapa rujukan, saya harap Ana dapat memahami jawapan ringkas saya ini. Saya merujuk kepada Fiqhul Manhaji, Jilid ke 4, pada halaman 637 & beberapa rujukan lain.
Sebagai permulaan, dalam Islam, hanya ada istilah Mahar atau Mas Kahwin sahaja. Tidak ada apa yang dikenali kini dengan HANTARAN. Jauh sekali istilah serba satu, seba dualah, belanja hangus lah dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.
Maka saya akan jelaskan dahulu apa yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran.
Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar @ Mas kahwin.
Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:
Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.
Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.
Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan member MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya.. Silakan buka kembali Fiqih Sunnah, Subulussalam, Bidayatul Mujtahid, masing di BAB: As-Shadaaq )
Dalil kewajipannya :
وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib”.
Dalam hukum-hakam yang berkaitan dengan mas kahwin, panel pengarang Fiqh Manhaji membahaskan pada muka surat ke 641, bahawa Pengantin Lelaki boleh @ harus menyegerakan pemberian mas kahwin ataupun menangguhkannya.
Dalam buku Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam, terbitan Pustka Ilmi,pada muka surat 84, dengan jelas menyatakan “ Mahar @ Mas Kahwin, boleh dijelaskan secara TUNAI dan boleh juga BERHUTANG.
POINT PENTING BERKAITAN HANTARAN
HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.
Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.
Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?
Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa. Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa
KESIMPULAN
1) Pada pandangan saya, memandangkan kedudukan HANTARAN itu sendiri bukanlah mempunyai asas yang kukuh dalam agama, maka tidak menjadi 1 kecacatan pada bakal suami jika terpaksa berhutang di dalam menyediakannya.
2) Bayangkanlah, kalaulah MAHAR @ Mas Kahwin yang bertaraf WAJIB itu pun, boleh disediakan secara berhutang, takkanlah HANTARAN yang menjadi adat warisan itu mesti disediakan secara tunai. Ini satu hal yang tidak adil.
3) Andai terpaksa berhutang pun, jangan sampai hutang itu makin membebankan pasangan di awal usia perkahinan mereka.
4) Berhutang di awal perkahwinan ini, hanyalah tanda permulaan buruk bagi rumahtangga yang baru dibina.
5) Justeru, berbincang secara baik antara pasangan agar dapat kita lestarikan “ Baiti Jannati” diatas dunia yang sementara ini.
Wallahua’lam.
Disediakan oleh
Mohd Zaiem Hilmi B. Hussin
Tmn Wawasan, Tawau
12.14 malam.
Dicatat oleh
almunabbih
on
Thursday, October 29, 2009
ya betul tu..wang hantaran sungguh membebankan pada pihak lelaki..pihak perempuan pun akan terbeban..krn anak perempuan mereka tidak laku2..krn si lelaki ketiadaan wang yg di minta keluarga perempuan itu sendiri..erm erm..mak mertua saya mintak rm2000 hantaran..nmpk mcm sikit..tp saya agak terbeban dgn duit sebanya itu..hampir2 saja saya x jadi nikah..nasib baiklah saya ada melabur dalam ASB..itupun guna duit ibu saya waktu melabur..mak saya suruh ambil keuntungan ASB utk di jadikan hantaran..ramai org menghina saya krn tdk mampu menyediakan wang hantaran rm2000..apalah dosa saya..erm erm..mrk cakap muka saya hensem,ada gaya,muka macam anak org kaya tp x ada duit..bukan semua orang senang..xkan lah nak kena muka selekeh baru org percaya kita susah..walaupun kita susah..tdk la boleh selekeh..kan kebersihan juga sebahagian dari iman..suatu ketika nnti..jika anak saya ingin bernikah..sy x kan mintak wang hantaran..cuma saya mintak pengantin lelaki sediakan kenduri tanda kesyukuran kpd allah dan doa selamat krn selamat di ijab kabulkan..buat kenduri kecil2lan saja..x sampai pun rm500...yg penting anak saya bahagia..amin..hehehehe..hantaran nie cuma adat resam org india saja..bersanding pun sama..membazir..main renjis2 beras dan pulut kuning..elok di sedekah kpd org2 miskin seperti saya..erm erm..hehehe..yg penting sederhana dan ikut kemampuan yg termampu.amin
ya sokong kata ustaz..zaman kini wanita memandang bila kahwin adalah satu langkah awal utk mereka utk jd kaya sementara.. bg ibu bapa pulak menjadi satu - saya gelarkan "menjual anak dengan tanpa niat" dengan meletakan harga pada anak nyer jika ingin menikahi anak mereka.. Jika bakal suami itu mampu tidak menjadi satu kesalahan. tp jika ia menjadi satu beban utk pihak terpaksa mengumpul duit bertahun tahun dan kemudian di habiskan dlm masa sehari.
satu saya ingin bertanya kan kepada Ustaz apakah hukum kepada pihak perepuan yg minta WANG HANTARAN TINGGI KEMUDIAN MENGUNAKAN WANG HANTARAN PEMBERIAN BAKAL SUAMI ITU UTK TUJUAN BELANJA MAJLIS KAWENNYA DAN HANTARAN BAGI PIHAK PEREMPUAN KEPADA LELAKI" ? pada saya ini satu tindakan hipokrit dimana dia meminta sejumlah yg tggi utk menyenangkan diri nya utk mengerluarkan belanja. Bagi saya hantaran dr pihak perempuan perlu la dia sendiri memberi dan wang hantaran tersebut adalah pemberian si suami utk bakall isteri nya.jika digunakan kembali utk tujuan beli hantaran kepada lelaki ia nya serupa si bakal suami tadi membeli barang nya sendiri utk diri nya sendiri. WaAllahualam