salam Idil Fitri buat semua sahabat-sahabat & pengunjung setia blog ini. Pertama, saya mohon berbanyak kemaafan kerana agak lama tidak update bahan dalam blog. Lantaran keterbatasan waktu & kesempatan untuk menjawab persoalan dan menambah bahan ilmiah disini. Apapun, mulai hari ni, saya cuba untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkit dlm ruangan kemusykilan agama disebelah. Saya tertarik untuk memulakan penulisan ini dengan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh RAHMAN terlebih dahulu. Bila beliau bertanyakan HUKUM MENGHISAP ROKOK. Justeru, saya tertarik menjawab persoalan ini,lantaran saya sendiri pernah menyampaikan topik ini dalam satu siri khutbah saya di Masjid al-Kauthar bertarikh 13 Julai 2007 yang lalu [ bermakna dah 2 tahun beb]. Menariknya, selepas saya berkhutbah, ada seorang AJK Masjid di Tawau ni, minta teks tersebut. Bilangnya mau dilampirkan sebagai risalah di Masjidnya. Maka saya berbesar hati memberikan teks Khutbah itu kepadanya. Berikut adalah teks Khutbah yang menjelaskan persoalan merokok kepada Umat Islam. Oleh kerana statistik & datanya saya petik 2 tahun yang lepas, pasti data untuk tahun 2009 ni dah berubah. So, saya minta maaf banyak-banyak, kerana tak dapat nak bagi data yang terkini. Tapi, kalau sahabat-sahabat nak tau statistik terkini berkaitan ROKOK ni, sila ikuti siaran “ 360” bersama Mazidul Akmal dalam minggu ni. Insyaallah ada tu…
Selamat membaca & menghayati Khutbah ini…..

KESAN MEROKOK KEPADA UMMAH [ JUMAAT : 13 JULAI 2007 ] MASJID AL-KAUTHAR

الحمد لله له ما في السماوات وما في الأرض وله الحمد في الآخرة وهو الحكيم الخبير وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الذي جاهد في الله تعالى من غير توان ولا تقصير صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه, أولئك هم المفلحون وعلى التابعين لهم بإحسان إلى يوم يرجعون, وسلم تسليما. أما بعد: أيها الناس اتقوا الله تعالى ، أوصيكم وإياي بتقوى الله حق تقاته ، ولا تموتن إلا وانتم مسلمون

Sidang Khutbah yg dirahmati Allah.
Saya menyeru kpd diri saya & sdg khutbah sekalian,agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kpd Allah AW, dgn melakukn sgla suruhanNya & menjauhi sgla tegahanNya. Jgnlh kt hanya tahu mndgr shj prktaan Tqwa, serta menyebutnya, sdgkn ia tdk menyerap di dlm hati sanubari kita. Hitunglah diri kita,setiap masa & ketika, adkh semakin hampir dgn Allah @ sebaliknya. Maka sebaik-baik bekalan kehidupan ialah taqwa { وتزودوا فإن خير الزاد التقوى } :Allah AW berfirman yg mksudnya ´dan sediakanlah bekalan dgn secukupnya, dan sebaik-baik bekalan itu ialah ketaqwaan". Seorang penyair Arab prnh bermadah :
تزود من التقوى فإنك لا تدرى إذا جن ليل هل تعيش إلى الفجر
Berbuatlah bekalan dgn ketaqwaan,sesungguhnya kiranya mlm berlabuh, adkh esok pagi kau akan menghirup udara lagi
وكم من صغار يرتجى طول عمرهم وقد دخلت اجسادهم ظلمة القبر
Berapa ramai pula anak-anak kecil yg diharapkan umur mrk brpnjgn,
Tiba-tiba jasad mrk dimasukkan ke dlm kegelapan kubur
وكم من فتى يمسى ويصبح لاهيا وقد نسجت اكفانه وهو لا يدري
Berapa ramai pula belia & pemuda yg mghabiskan malam & siangnya dgn kelalaian
Sedangkan mrk x mnyedari,kain kafan tlh siap ditenun untuk mereka
معشر المسلمين رحمكم الله
Hasil dari kenaikan duti eksais ke atas rokok daripada 12 sen sebelum ini kepada 15 sen yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan yang berkuatkuasa pada 4 petang 2 Julai 2007 yg lalu, maka British American Tobacco (Malaysia) Bhd. pun telah mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran mereka.Ini antara perkembangan terbaru yang Khatib yakin akan menaikkan darah segolongan besar masyarakat di luar sana. Dengan kenaikan itu, duti bagi satu paket 20 batang rokok kini meningkat sebanyak 60 sen. Ini bermakna Dunhill 20 akan jadi RM8, Lucky Strike RM8.60,Perillys hmpir RM7, Gudang Garam RM 3. dan lain-lain akan naik harga juga.Kepada perokok tegar, ingatlah, bulan Oktober atau November akan dtg, akan dilangsungkan pula Belanjawan 2008,sudah confirm & pasti, harga rokok akan naik lagi!
معشر المسلمين رحمكم الله
Kini genaplah 12 tahun fatwa tentang merokok dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia. Setelah ia bersidang utk Ke-37 pada 23 Mac 1995 lalu. Tetapi ulang tahun ke12 ini akan terus disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui tentang wujudnya fatwa tersebut. Oleh yang demikian tabiat merokok semakin berleluasa walaupun kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk membasmi tabiat yang hodoh ini di kalangan warga negara ini. Fatwa itu antara lain berbunyi “ bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adlh HARAM dari pndgn Islam kerana padanya terdapat kemudaratan. Pengharaman ini adlh keatas org Islam shj” . [ So, hukum berkaitan Pengharaman Menghisap Rokok ini, bukan saya yang cakap, tetapi dah diputuskan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia, sejak Tahun 1995 lagi !!!!. Persoalannya, kenapa ramai dikalangan kita bagaikan tidak tahu menahu berkaitan fatwa ini ? " Mu Tepuk Araknu, Mu Tangani ImanMu - pepatah Bugis yang bermaksud " Tepuklah Dada, Tanyakan Imanmu"- maaf ye kalau ada kesalahan tatabahasa Bugis]
Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya yg perihatin tentang kedudukan ummah, ingin memastikan Negara tercinta ini akn dipimpin oleh mereka yg sihat fizikalnya, sejahtera akalnya & berminda kelas pertama.
Justeru, mimbar terpanggil utk menyatakan di sini, sekilas pandangan di klgn ulama’ berkaitan dgn fokus utama iaitu: Kesan Merokok Kepada Ummah. Mudah-mudahan, dgn maklumat ini, kt dpt mempraktikkan kehendak Hadis yg berbunyi :
اِتَّقِ الله َحَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخاَلِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
'Bertakwalah kepada Allah dimana saja engkau berada. Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapuskan keburukan dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.' (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.)
معشر المسلمين رحمكم الله
ASPEK PERTAMA : PEMBAZIRAN
Kita selalu diperingatkan tentang jangan membazir makanan ,tenaga, wang ringgit & segala nikmat yg diberikan Allah. Sesungguhnya,pembaziran itu adalah amalan syaitan; tetapi pembaziran akibat tabiat merokok tidak dititikberatkan langsung. Inilah peringatan penting yg ditekankan dari surah Al-Israa': 27 ”Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan sedangkan syaitan itu sangat mengingkari Tuhannya”. Hasil kajian mendapati matlamat iklan rokok hampir semuanya ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis perokok baru. Setiap remaja yang mula merokok berkemungkinan akan merokok purata selama 30 tahun akan datang. Bayangkan berapa banyak jumlah wang yg telah dibelanjakannya pada pembaziran yg berisiko tinggi ini. Bayangkan dalam sehari dia membelanjakan hanya RM5 utk rokok, setahun telah mencapai RM 1825. Dalam 10 tahun bereti RM 18250 hangus begitu sahaja.Andai wang sebanyak itu ,bererti saban tahun kita dpt menunaikan Ibadah Haji, duit CCM rumah & kereta senang2 dpt dibereskan,& jika dilaburkan dlm industri sawit di Kalabakan sana, sudah pasti dia akn brgelar jutawan di Malaysia.



ASPEK KEDUA : IJMAK ULAMA’ SEDUNIA
Ustaz Abdul Wahab Ustaz Abdul Wahab Haji Awang Kechik, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan dari Pusat Islam USM telah memetik pendapat ulama-ulama tentang pengharaman merokok @ narkotin berpandukan kepada nas Al-Quran yang diantaranya ialah surah Al-A'raff: 157 yang membawa maksud 'Dan ia mengharamkan ke atas mereka perkara-perkara yang keji'. ويحرم عليهم الخباءث
Haramnya narkotin ini telah disepakati oleh ahli-ahli fiqih yang pada zamannya dikenal dengan nama alkhabaits (yang jelek-jelek.Ustaz Abdul Wahab turut berhujah menggunakan hadith Nabi Muhammad SAW dari Ummi Salmah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud telah menyatakan bahawa setiap perkara yang mabuk dan mengkhayalkan serta merosakkan kesihatan adalah dilarang.

Beliau juga membincangkan pendapat ulama Fiqh Hanafi, Sheikh Muhammad al-Aini yang menyatakan pengharaman merokok adalah berdasarkan kepada empat perkara. Yang pertama ialah merokok membahayakan kesihatan seperti yang dipersetujui oleh pakar-pakar perubatan. Keduanya, rokok mengandungi bahan dadah yang ditegah seperti yang diberikan oleh hadith Nabi Muhammad SAW dari Ummi Salmah di atas. Ketiganya, bau asap rokok menyakiti serta menganggu orang-orang tidak merokok terutamanya di tempat-tempat awam seperti di tempat-tempat solat di samping menyakiti para malaikat. Dalam hal ini, beliau memetik hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhori/Muslim dengan memberikan contoh larangan orang yang memakan bawang putih atau besar pergi ke mesjid. Oleh kerana bau rokok lebih kuat dari bawang putih atau besar, maka larangan yang sama juga dikenakan ke atas perokok. Pertimbangan keempat ialah merokok menyebabkan pembaziran yang sangat2 dilarang oleh Rasulullah SAW.
Dari segi hukum fiqh, Ustaz Abdul Wahab menjelaskan bahawa sekiranya merokok dilakukan sekali sekala, maka ia dianggap sebagai dosa kecil. Akan tetapi sekiranya tabiat ini dilakukan secara berterusan, ia dikira sebagai dosa besar sama seperti dosa- dosa kecil yang lain diulangi secara berterusan. Dalam hal ini, beliau mengambil persetujuan ulama yang menganggap merokok dikira sebagai dosa besar sekirannya terdapat satu dari lima perkara berikut iaitu masih meneruskan tabiat merokok secara berterusan, meringan-ringankan hukumnya, untuk tujuan berbangga serta mendatangkan perasaan bermegah-megah dan dilakukan oleh orang alim atau menjadi ikutan atau contoh kepada orang lain. Sayugia diingatkan kpd golongan Agamawan, kemudaratan yang disebabkan oleh mereka akibat merokok secara terbuka akan menjadi lebih ketara kerana lbih ramai yg mnjadikannya sebagai contoh tauladan. Ini melipatgandakan dosanya & menambahkan bebannya. Ingatlah pepatah Arab ada menyatakan “ كيف يستقيم الظل والعود اعوج” yg bermaksud “ Bagaimana bayang sesuatu akan lurus andai objeknya itu sudah bengkok “.

معشر المسلمين رحمكم اللهASPEK KETIGA : melumpuhkan produktiviti & kelangsungan tamadun manusia

Dalam Seminar Tembakau, Kesihatan dan Islam yang diadakan pada 3-5 Januari 1997 yg lalu, tlh menyatakan “ Penyebab utama kematian di hampir kesemua negara maju dan kebanyakan negara membangun ialah tembakau. Statistik yang dibentangkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia [WHO],yg terkini menunjukkan bahawa bilangan kematian tahunan akibat merokok sahaja di seluruh dunia kini ialah :
1- 400 juta meninggal spnjg tahun
2- Lebih 8000 nyawa melayang sebulan
3- Dalam seminit 8 nyawa berpindah ke alam Barzakh
4- Setiap 6 saat 1 nyawa terkorban
5- Dianggarkan setiap hari 50 remaja memulakan tabiat buruk ini

معشر المسلمين رحمكم الله
Hasil kajian mendapati matlamat iklan rokok hampir semuanya ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis perokok baru. Setiap remaja yang mula merokok berkemungkinan akan merokok purata selama 30 tahun akan datang. Bayangkan berapa banyak jumlah wang yg telah dibelanjakannya pada pembaziran yg berisiko tinggi ini. Bayangkan pula andai wang sebanyak itu dilaburkan dlm industri sawit di Kalabakan sana, sudah pasti dia akn brgelar jutawan di Malaysia. Seorang remaja ada kalanya boleh ketagih pada rokok walaupun hanya mengambil satu sedutan. Ini disebabkan otak yang masih dalam proses pertumbuhan dan belum matang. Ketagihan ini disebabkan kandungan dadah nikotin dalam rokok. Dalam kata lain, perniagaan rokok diibaratkan satu perniagaan dadah yang membawa keuntungan besar. Ertinya kita terlibat secara tdk langsung dgn musuh no 1 negara yg dilancarkan pembanterasannya secara habis-habisan kini. Hujah ini disokong pula oleh statistik dari Pasukan Petugas Anti Dadah Kebangsaan yang menunjukkan bahawa lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri dari perokok tegar.
Statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang pada 1998. Penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini, yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun. Kalau begnilah keadaannya, siapalah nanti yang akan meneruskan kelangsungan tamadun yg sedang dibina di negara kita.

معشر المسلمين رحمكم الله
ASPEK KEEMPAT : MASALAH SOSIAL & EKONOMI

Dr. Wan Azman Wan Ahmad dari Yayasan Jantung Malaysia memaparkan masalah sosial dan ekonomi yang ditanggung untuk merawat masalah kesihatan yang timbul dari tabiat merokok. Di antara masalah yang timbul ialah 33% dari pekerja yang tidak dapat bekerja akibat penyakit jantung ialah perokok. Di samping kehilangan hari bekerja, masalah lain ialah kebakaran dan kemalangan yang terjadi dari puting rokok yang dibuang, masa yang digunakan oleh pekerja untuk merokok pada masa bekerja serta perbelanjaan yang diperlukan untuk membersihkan puting rokok dan kotak rokok yang dibuang sebagai sampah kotoran.
Untuk kos kesihatan yang berkaitan dengan tujuan merawat penyakit koronari akibat merokok, Dr. Azman telah menyenaraikan bayaran hospital tempatan yang diperlukan pada tahun 1993 shj dalam lingkungan RM4,405 - RM6,105. Bermakna dlm era Mellanium ini, sudh pasti kos rawatan kian meningkat. Memandangkan kebanyakan perokok sekarang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, kemungkinan golongan tersebut tidak berupaya untuk mengubat masalah kesihatan yang timbul dari merokok.

Menurut Dr.Yusof al-Qardhawy : Kesan tabiat merokok itu, dari segi ekonominya pula, kdg2 ia bisa menggoncang & merobohkan rumahtangga. Wang yang dipakai untuk membeli bahan haram tersebut berkemungkinan diambil dari harta simpanan utk keperluan hidup anak-anaknya. Sedangkan wang itulah utk pembiayaan pendidikan mereka d ms depan. Berkemungkinan juga dia akan berbelok ke suatu jalan yang tidak baik justeru untuk mndapatkan jua bekalan rokok tersebut, biarpun dgn harga yg mahal. Seorang pengkaji sosial pernah menyebut ’ apabila harga rokok dinaikkan, bermana kadar jenayah akan kian bertambah ’
Kalau di atas telah kita sebutkan bahawa perbuatan haram itu dapat membawa kepada keburukan dan bahaya, maka bagi kita sudah cukup jelas tentang haramnya bahan yang amat jelek ini.

معشر المسلمين رحمكم الله
Bagi perokok, Khatib mencadangkan agar kita mengambil tindakan dengan memboikot pembelian rokok satu atau dua hari seminggu. Kalau ini dapat dilakukan, Khatib percaya x lama kemudian syarikat rokok akan terasa gatal kepala.

إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
(107) خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا (108)
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, 108. mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن


Dicatat oleh almunabbih on Monday, October 5, 2009

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics