TEKS PERBINCANGAN USRAH MINGGU KE 4

MUQADDIMAH

Ketaatan merupakan suatu perintah yang mutlak daripada Allah swt agar taat kepadaNya dan juga RasulNya. Malah ketaatan tidak hanya terhenti di sana kerana di dalam ruang lingkup Hakarah Islamiyyah juga mengaplikasikan konsep ketaatan. Walaubagaimanapun konsep wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah tertakluk kepada syarat-syarat dan keadaan tertentu sebagaimana huraian di bawah.

PENGERTIAN TAAT

Taat bermaksud mematuhi segala arahan dan melaksanakannya dalam apa keadaan sekalipun samada susah atau senang berseusaian dengan kehendak atau pun tidak. Firman Allah swt yang bermaksud:

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “kami mendengar, dan kami patuh”, Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. Surah AnNur ayat 51

Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syara’ dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa. Sabda Rasulullah saw:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat”

(H.R. Bukhari dan Muslim)

RasuluLLAH telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah. Di dalam Bai’ah itu RasuluLLAH bersabda:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama ALLAH tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah (atau jemaah dalam jemaah) yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam jemaah.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam jemaah, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

PENGERTIAN WALA’

Wala’ bererti : penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan.
Wala’ terkandung di dalamnya tiga unsur :

1) Kasih sayang

2) Tolong menolong

3) Persefahaman

Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan.

Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.

Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah

Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah ALLAH dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada ALLAH dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan ALLAH dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.

Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada ALLAH dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hukum tertinggi bagi Harakah Islamiah, samada dalam konteks kampus (jemaah Islam kampus), atau di luar kampus (Parti Islam).

b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.

Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin

Firman ALLAH, maksudnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (200)

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya.” (ali Imran : 200)

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan diri

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik

3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan

4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan

HUKUM MEMBERI WALA’ DAN KETAATAN

a. Hukum Mewajibkannya

Kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam saf perjuangan Islam amat penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gerakan Islam itu sendiri. Allah memerintahkan manusia supaya mentaati pemimpin dan sekaligus memberikan wala’ dan ketaatan kepadanya. Firman Allah swt yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)

“wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul” (Surah an-Nisa: 59)

Para mufassirin berbeza berkenaan maksud Ulil Amri diantaranya:

1. Para pemimpin.

2. Para ulama, fuqaha' dan agamawan.

3. Para Sahabat Nabi SAW.

4. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar r.anhuma.


Dalam ayat ini ada isyarat kepada empat dalil-dalil fiqh yang disepakati ASWJ iaitu:

Al-Kitab(Quran), Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas.

Firman Allah أطيعوا الله isyarat kepada kitab Allah(al-Quran). Manakala firmanNya أطيعوا الرسول pula, isyarat kepada sunnah. FirmanNya وأولى الأمر isyarat kepada ijmak ulamak dan firmanNya فان تنازعتم الخ adalah isyarat kepada Qiyas.

PERBANDINGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PAS
Jika diteliti perlembagaan PAS pindaan 2009 dalam fasal 7(1) ada disebutkan: "Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Inilah yang membezakan antara PAS dan parti-parti politik yang lain. Lebih-lebih lagi dasar PAS diselia oleh Majlis Syura Ulama yang mempunyai 17 ahli diketuai oleh Mursyidul Am dengan dibantu Timbalannya dan ahli-ahli yang lain.


KISAH ABDULLAH BIN SALAM

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (56)

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." -al-Maidah:ayat 55&56

Ayat ini diturunkan ketika Abdullah b Salam, seorang ulama Yahudi yang masuk Islam mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kaumnya yakni Yahudi memulaunya kerana menganut agama Islam.Maka Rasulullah pun membacakan ayat ini. Lalu beliau berkata: "Aku redho Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dan para Mukmin sebagai wali(pembantu).

Sabda Rasulullah saw :

أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ , وَمَنْ أَطَاعَ أَمِيرِي فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ عَصَى أَمِيرِي فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

sabdanya lagi:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ :عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنْ اسْتُعْمِلَ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ

“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”

al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi kewajipan kepada manusia untuk mentaatinya secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatannya sahaja yang perlu. Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau pimpinan seterusnya memberi wala’[ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam agama].

b. Hukum Mengharamkannya.
Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas ketaatan kepada para pemimpin. Sabda Rasulullah saw:

عَنْ عَلِيٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

عن الحسن قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق ".

“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta (Allah)”

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.

BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN

Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:

1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.

4. Tidak mempunyai pendidikan Islam

2. Tidak memahami konsep berjemaah

5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah

3. Tidak menghayati waqi’ semasa

6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:

1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf

4. Membuat tindakan & perancangan melalui syura

2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.

5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.

3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.

6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.


Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi perjuangan.

KESIMPULAN

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ (7)

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu” (Muhammad : 7)



Dicatat oleh almunabbih on Thursday, February 9, 2012
categories: edit post

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics