RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .
USUL KEDUA
و القران الكريم و السـنة المطهـرة مرجع كل مـسـلم فى تعرف أحكام الإسـلام و يفـهم القـران طـبـقـا لـقـواعد اللـغـة الـعـربـيـة من غـيـر تـكـلـف و لا تـعـسـف و يرجـع فى فـهـم الـسـنة الـمـطـهـرة إلى رجـال الـحـديث الـثـقـات
“ Al-Quran dan sunnah ( hadis ) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam . Al-Quran difahami menurut kaedah - kaedah bahasa arab dengan tidak memberat dan meringankan . Hadis pula di fahami melalui periwayat - periwayat hadis yang dipercayai .”
ULASAN .
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
" Maka jika kamu bertelingkah dalam sesuatu masaalah maka kembalikanya kepada Allah dan rasul ." ( An Nisa' 59 )
Ittifaq ulama' bahawa Quran dan Sunnah dua sumber perundangan Islam , menafikan kedua - duanya atau salah satu daripadanya adalah tindakan yang menjerumus ke lembah murtad
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ (3)
" Ikutlah olehmu apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhan mu dan jangan kamu mengikut pemimpin yang lain daripadanya . Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran ( daripadanya )
( Al A'raf 3 )
A ) Al-Quran
Al-Quran adalah petunjuk dan surat pekeliling buat semua makhluk yang bersedia menerima Al-Quran.
الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)
" Demikian Al kitab yang tiada keraguan padanya petunjuk bagi orang yang bertaqwa " ( Al Baqarah 1-2 )
Ia jua mengandungi unsur berikut :
الـبـيـنات | keterangan atau pemberitahuan |
الـفـرقـان | pembeza antara hak dan batil |
الـمـنهـاج و الـشـريـعـة | perundangan |
الـتـربـية | pendidikan |
الـتـنبـيـه | kewaspadaan |
بـشـيرا و نـذ يـرا | khabar gembira dan ancam |
الـتـوحـيد | keesaan Allah |
i ) Hukum hakam di dalam Al-Quran terbahagi kepada dua :[1]
1 . Hukum yang dimaksudkan sebagai Iqamatuddin ( menegakkan ugama ) Ianya merangkumi hukum Aqidah dan Ibadah .
2 .Hukum yang dimaksudkan sebagai Sistem Kenegaraan dan Jamaah , sistem hubungan antara individu dan ini merangkumi hukum Mua’malat , Tindak balas , Nikah kahwin dan Keluarga , Dustur dan Daulah .
Keistemewaan Al-Quran.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sebagai satu - satunya bahasa yang amat sesuai dengan status Al-Quran justeru bahasa arab mempunyai keistemewaan yang tinggi dari sudut tata bahasa dan pembendaharaan maksud yang kaya dengan nilai balaghah , ma'ani dan al-bayan .
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (3) بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ (4)
" Kitab yang dijelaskan ayat - ayatnya iaitu bacaan dalam bahasa Arab untuk qaum yang mengetahui yang membawa berita gembira dan peringatan , tetapi kebanyakan mereka tidak mahu mendengar ."
( Fushshilat 3-4 )
Berasaskan kenyataan Ilahi ini , kita bertanggungjawab mempelajari kaedah bahasa arab untuk memahami peraturan dan arahan Al-Quran. Namun begitu , dek kerana sukarnya mempelajari bahasa arab , janganlah kita meninggalkan Al-Quran sementara tidak pula terlalu bersahaja ( meringan - ringankan ) usaha mendalami bahasa arab ( sebagai bahasa pengantar wahyu Ilahi ).
Ketidakfahaman bahasa arab dengan baik adalah mengeluarkan seseorang dari senarai mereka yang layak menafsirkan Al-Quran. Percubaan berani untuk menafsirkan Al-Quran tanpa memiliki asas penguasaan bahasa arab yang kukuh dan selok belok penafsiran hanyalah menyeret penafsirnya ke dasar neraka .
Sabda Rasulullah saw .
من فـسـر الـقران بـرأيـه فـليـتـبواء مـقـعـده فى الـنار
" Barangsiapa menafsirkan Al-Quran dengan pandangannya semata mata maka hendaklah ia sediakan tempat duduknya dalam api neraka "
Kriteria Mufassirin [ Penafsir Al-Quran] .[2]
Mereka yang mahu manafsirkan Al-Quran sekurang - kurangnya memiliki ilmu - ilmu berikut :
1 ) Bahasa arab dan sumber ambilannya yang tepat .
( kedapatan sebahagian mereka yang terseleweng dengan menta'wil ayat - ayat Al-Quran, jauh daripada pengertian bahasa yang sebenar . ) Benarlah apa yang disebut oleh Syaidina Omar :
عـلـيكم ديـوانكم لا تـضـلـوا
" Kamu mestilah berasaskan pembendaharaan bahasa kamu jangan kamu menyeleweng "
Jua apa yang disebut oleh Mujahid :
لايحل لأحد يؤمـن بـالله و الـيوم الأخر أن يتكلم فى كتاب الله إذا لم يكن عـالما بـلغـات العرب
" Tidak harus bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bahawa ia berbicara mengenai kitab Allah sedang ia tidak mengerti tentang bahasa arab ."
2 ) Nahu dan soraf
3 ) Sastera arab dan ilmu Balaghah
4 ) Ulum Al-Quran
5 ) Ilmu Usuluddin dan Tauhid
6 ) Usul Fiqh
7 ) Al Hadis An Nabawi , Fekah dan Sirah
8 ) Lain - lain ilmu seperti sosial , sejarah , geografi dan lain - lain .
B ) As-sunnah .
As-sunnah sebagai sumber syariat Islam kedua terbahagi kepada tiga fungsi .
i ) menguatkan hukum yang terdapat dalam Al-Quran
ii ) menafsir dan memperincikan hukum yang terdapat dalam Al-Quran
iii ) menetapkan hukum yang tidak terdapat dalam Quran
Menolak As sunnah sebagai sumber syariat sebagaimana yang diputuskan dalam sebuah persidangan antarabangsa di San Francisco pada 29 - 31 Ogos 1996 adalah nyata bertentangan dengan Islam dan membawa kepada murtad .[3]
Firman Allah swt .
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا (23)
" Barangsiapa yang memaksiatkan ( menginkari ) Allah dan Rasul maka bagi neraka Jahannam , mereka kekal di dalamnya buat selama - lama . " ( Al Jin 23 )
Antara lain yang di putuskan dalam persidangan tersebut :
i ) Hadis punca perpecahan ummat Islam .
ii ) Menggandingkan Muhammad pada syahadah dan tahiyyat adalah menyekutukan Allah .
Mereka yang menganggap Al-Quran sahaja yang wajib diterima sementara Muhammad hanyalah manusia biasa , boleh diterima dan ditolak perkataannya adalah tidak berasas . Jika mereka benar beriman kepada Al-Quran, bukankah Allah telah berfirman :
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)
" Dan tidaklah ia berkata menurut nafsu melainkan ia adalah wahyu yang diutuskan" ( An Najm 3 - 4 )
مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ
" Dan barang siapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah" ( An Nisa' 80 )
Suatu kepincangan yang amat ketara dan ia memberi impak negatif kepada pembangunan insan apabila masyarakat kita terutamanya yang berbangsa melayu tidak mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah . Guru - guru yang mengajar sebahagiannya tidak berupaya mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran dan Sunnah . Masyarakat dibiarkan menerima ilmu Islam secara rambang melalui pembacaan dan pertanyaan di tepi - tepi jalan .
Perlu ditegaskan disini , demi mewujudkan keintiman ummat dengan sumber Islam yang asli , kelas - kelas pengajian yang berlansung disemua peringkat sewajarnya menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber utama atau sandaran dalil dalam setiap masalah yang dirungkai .
Sungguhpun ilmu Feqah atau lainnya yang diajar ( dengan tidak dinafikan sememangnya ia diambil dari Al-Qurandan Al-Hadis ) namun perlu dinyatakan serentak itu juga dengan jelas, bahawa sumbernya diambil dari nas yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al hadis .Hal ini amat penting untuk kita mewujudkan rasa keterikatan masyarakat dengan Al-Quran dan Al hadis sehingga mereka tidak sewenang - wenangnya mempertikaikan kedudukan Al-Hadis begitu juga Al-Quran.
Sebelum Al-Hadis dipraktiskan ianya perlu dikenal pasti kategorinya . Samaada ia sahih , dhoif atau maudhu' . Usaha pengecaman hadis - hadis ini telah digariskan oleh ulama' - ulama' muktabar melalui ilmu mustholah hadis , antaranya Mustholah Hadis Ibnu Solah .
[1] Al Fahmul Islam oleh Jumua’h Amin
[2] Rujuk Al Fahm Al Islam karangan Jumua'h Amin
[3] Artikel Drs. Yusuf Hasbullah . ( Majallah Mustaqim bil 7 Ogos 95
hai.. salam kenal
follower ke : 68
done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/