MASJID HABIB ABD RAHMAN JALAN MENUJU JANNAH 16 APRIL 2010
الحمد لله جامعِ الشتات، ومحيي الأموات، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادةً تكتبُ الحسناتِ ،وتمحو السيئاتِ، وتنجي من المُهلكات، وأشهد أن محمدا عبده ورسُوله المبعوثُ بجوامع الكلمات، الآمرُ بالخيراتِ الناهي عن المنكراتِ صلى الله تعالى عليه وعلى آله وصحبه صلاة دائمةً بدوام الأرض والسماوات
أَمَّا بَعْدُ، فِيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan, keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana keimanan dan kesyukuran adalah lambang orang yang mempunyai darjat takwa yang tinggi pada sisi Allah. Orang yang bersyukur di atas segala nikmat, dijanjikan Allah keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan pada hari akhirat.
معشر المسلمين والمسلمات
Marilah pada hari yang mulia ini, kita merenungi pula nas-nas daripada al-Quran dan Hadis yang menyatakan amalan-amalan yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga. Hakikatnya, jalan ke syurga sebenarnya jauh lebih luas daripada lorong-lorong ke neraka. Apa yang disenaraikan ini hanyalah sebahagian kecil dari lautan luas rahmat Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah bersabda :
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
yang bermaksud : Semua umatku akan memasuki syurga kecuali sesiapa yang enggan. Para sahabat bertanya, “Siapakah yang enggan?” Rasulullah SAW menjawab, “Sesiapa yang mentaatiku memasuki syurga, sesiapa yang tidak mentaatiku, maka dialah yang enggan. (Hadis riwayat Bukhari, al-Nasa’I dan Ahmad)
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa luasnya rahmat daripada Allah SWT untuk hambaNya mendapatkan syurga sehingga disifatkan oleh Nabi bahawa semua umatnya akan memasuki syurga. Ini kerana mentaati baginda SAW sepatutnya merupakan satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ada juga di kalangan umatnya yang enggan lantas memilih untuk terjun ke neraka. Apakah antara lorong-lorong menuju ke syurga. Ia terlampau banyak, dan di antaranya :
معشر المسلمين والمسلمات
1. Tidak mensyirikkan Allah SWT.
Golongan ini pastinya akan menghuni syurga samada melalui azab neraka terlebih dahulu atau tidak. Inilah dia kepentingan aqidah di dalam hati seseorang muslim. Tanpa aqidah yang sahih, biarlah betapa besarpun amalan yang dikerjakan, seseorang itu akan gagal untuk meraih syurga. Ini berdasarkan kepada hadis nabi SAW :
من لقي الله لا يشرك به شيئاً دخل الجنة
Yang bermaksud : Sesiapa yang bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu akan memasuki syurga (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam isu berkaitan larangan mensyirikkan Allah ini, Alhamdulillah, kita mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana akhirnya Menteri Pertahanan & YB Menteri JPM (Bahagian Hal Ehwal Islam) telah memutuskan ketetapan untuk menghentikan amalan mengalung bunga ke Tugu Kebangsaan sempena sambutan Hari Pahlawan yang kebiasaannya diadakan di Tugu Negara . Setiap kali Sambutan Hari Pahlawan, para Pemimpin Negara akan tunduk bertafakur dan meletakkan kalungan bunga dihadapan Tugu Negara tersebut. Sama jugalah di Tawau. Upacara ini dibuat dihadapan Tugu Peringatan Peperangan yang terletak berhampiran Sabah Port itu. Tindakan ini tidak ubah bagaikan kita menyembah & mendewa-dewakan patung gangsa tersebut. Sedangkan dalam Syariat Islam, kita hanya diminta menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan doa sahaja. Tidak lebih dari itu.
معشر المسلمين والمسلمات
Akhirnya pada 31 MAC 2010 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan bahawa berkuatkuasa tahun ini, amalan mengalung bunga dan semua acara sambutan Hari Pahlawan yang kebiasaannya diadakan di Tugu Negara akan dimansuhkan dan acara itu ditukar ke tapak baru di Putrajaya (tanpa sebarang tugu atau patung).
Ini bersesuaian dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah diwartakan pada tahun 1987 yang lalu. Keputusan ini sebenarnya telah menyelamatkan puluhan, mungkin ratusan ribu anggota keselamatan terutamanya tentera dan polis daripada terlibat dengan amalan syirik. Bagaimana kita mahu mendapatkan anggota tentera yang berkualiti dan diredhoi serta dibantu ALLAH jika mereka dipaksa melakukan 'amalan syirik’ , sejak puluhan tahun yang lalu.
معشر المسلمين والمسلمات
2. Selain tidak mensyirikkan Allah SWT, sekiranya ia mengerjakan solat dan berpuasa, lebih memastikannya untuk ke syurga berdasarkan kepada hadis nabi SAW :
من آمن بالله وبرسوله ، وأقام الصلاة ، وصام رمضان ، كان حقاً على الله أن يدخله الجنة
Yang bermaksud : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasulNya, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menjadi hak ke atas Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga (Riwayat Bukhari di dalam Bab Darjat Mujahidin Yang Berjuang Jalan Allah)
معشر المسلمين والمسلمات
3. Aspek ke 3 yang terpenting ialah menghayati makna TAQWA dengan sebenar-benarnya, serta melaksanakan tuntutannya. Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :
أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ
“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
[3]
[3] Lihat hadis ini dalam Tafsir al-Qurthubi : ayat 102, surah Ali Imran dan kitab Raudhatul Muttaqin , Syarah kitab Riyadhus Salihin , jilid. 1, bab at-Takwa. Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.
Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”
[4] Tafsir al-Qurthubi : ayat 2 , surah al-Baqarah . Menurut Hasan al-Basri : “Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka”. [6] Tafsir Ibnu Kathir (ayat 2, surah al-Baqarah).
معشر المسلمين والمسلمات
Antara perkara yang diharamkan Allah itu ialah meminum arak @ minuman keras. Biarpun memiliki jumlah rakyat hanya sekitar 26 juta orang sahaja, namun Malaysia adalah termasuk 10 negara tertinggi didunia dalam mengeluarkan minuman keras. Pendedahan ini telah menggemparkan Persidangan Dewan Rakyat yang telah bersidang awal April lepas. Statistic menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta setahun, iaitu lebih kurang RM1.75 million untuk pembelian minuman keras. Purata umur mereka yang ketagihan arak ini pula adalah sekitar 23 tahun. Inilah sebahagian data yang di ungkapkan Ahli Parlimen Kota Raja sewaktu membahas Titah Yang di-Pertuan Agung.Menurutnya lagi, ketagihan arak di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat yaitu kira-kira 45 peratus. Antara faktor peningkatan itu, antaranya minuman keras jenis bir sangat mudah diperoleh di kedai-kedai runcit. Hal ini dapat kita lihat sendiri betapa mudah & terbukanya penjualan arak di kedai-kedai runcit sekitar Tawau ini. Justeru, marilah kita menanam keazaman untuk diri kita dan anak-anak kita agar tidak terjerumus kelembah ketagihan arak ini.
معشر المسلمين والمسلمات
Marilah jua, dalam kesempatan saat mustajab & doa dimakbulkan pada hari ini, kita memohon kepada Allah, agar mengekalkan Hidayah dan Anugerah Taqwa yang telah bertapak dihati ati, agar ia terus subur dan memimpin kita untuk menuju ke Syurga Allah kelak. Baginda Nabi SAW, seringkali berdoa “
ربنا لا تزغ قلوبنا ، بعد إذ هديتنا ، وهب لنا من لدنك رحمة ، إنك انت الوهاب
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Dicatat oleh almunabbih on Thursday, April 29, 2010
categories: , edit post

0 ulasan

Post a Comment

Total Pageviews

JADUAL KULIAH MAGHRIB & AKTIVITI DAKWAH SAYA

1- ISNIN : A] MSJD QUBA',[ TMN WAWASAN] QANUN JENAYAH SYARIYYAH

2- SELASA: MSJD BAITUR RAHMAN [MUHIBBAH BAL] TAFSIR & FIQH

3- RABU : MSJD AL-AMAN [ TANJUNG BATU ] APA YANG DISUKAI OLEH NABI SAW & APA YANG BAGINDA BENCI ?

4- KHAMIS MSJD AL-KAUTHAR [ BANDAR]

TAFSIR JUZ A'MMA

5- JUMAAT
1- TAWAU FM [KEMUSYKILAN AGAMA ]

2- MSJD BABUS SAA'DAH : [MUHIBBAH RAYA]
400 KESALAHAN DALAM SOLAT


6- AHAD : MASJID BANDAR
- HIDAYATUS SIBYAN
- FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM



Labels

Pautan

PENDAMPING SETIA

Demi Masa

Web Analytics