PERANGI KHURAFAT DALAM HIDUP BERAGAMA [ JUMAAT : 20 JAN 2011 ] MASJID SRI RANGGU
الحمد لله جامعِ الشتات، ومحيي الأموات، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادةً تكتبُ الحسناتِ ،وتمحو السيئاتِ، وتنجي من المُهلكات، وأشهد أن محمدا عبده ورسُوله المبعوثُ بجوامع الكلمات، الآمرُ بالخيراتِ الناهي عن المنكراتِ صلى الله تعالى عليه وعلى آله وصحبه صلاة دائمةً بدوام الأرض والسماوات
أَمَّا بَعْدُ، فِيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala tegahanNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
معشر المسلمين رحمكم الله
Sidang Jumaat yg dimuliakan Allah,
Setiap kali munculnya Hari Wesak di Tawau ini, sejak 3 tahun kebelakangan ini, maka boleh dikatakan setiap rumah taman di Tawau, serta kereta yang parking di Bandar, akan menerima 1 risalah iklan. Iklan yang memaparkan Wat Siam, gambar Tok Sami @ Tok Cha mereka, gambar testimony orang yang pernah berurusan dengan mereka, serta paparan nombor telefon disediakan ,bagi orang yang ingin meminta bantuan daripada Tok Sami. Maka Siam ini bisa memberikan tangkal-tangkal tertentu, dengan pelbagai warna & bentuk, bagi tujuan melariskan perniagaan, memikat perawan, menundukkan lawan atau ingin kebal, serta membomohkan sesuatu yang buruk seumpama santau terhadap sesiapa sahaja. Ramai juga yang meminta Tok Cha tersebut merumuskan 4 nombor ekor untuk dipertaruhkan di Sport Tato, Magnum 4D dan agensi judi yang lain. Selain itu, Tok Cha juga bisa meramal nasib seseorang yang bertemu dengannya. Lantaran itu pelbagai ramalan dan telahan akan dikeluarkan oleh mereka berkaitan dengan aspek perkahwinan, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kehidupan individu tadi, ahli keluarganya dan lain-lain lagi.
Budaya ramalan sebegini sebenarnya bukanlah ekslusif milik kaum Budha sahaja, malah ianya juga wujud dalam pelbagai masyarakat yang lain. Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah juga amat terpengaruh dengan tilikan tukang ramal sebegini. Malah penduduk di negara-negara barat & kini msyarakat Islam di Malaysia, khasnya dikalangan anak muda dan belianya, turut terdorong untuk mempercayai ramalan horoskop. Mereka membahagikan individu- individu mengikut bintang-bintang, melalui tarikh lahir mereka seperti Aries, Pisces, Sagitarius, Leo, Capricon dan lain-lain. Menerusi bintang-bintang ini mereka meramalkan apa yang bakal berlaku kepada individu tersebut sepanjang tahun, bulan bahkan setiap hari. Ramalan-ramalan horoskop sebegini turut diberikan ruangan khusus dalam beberapa akhbar-akhbar harian di Malaysia. Hingga ada yg menjadikan ia sebagai panduan utk memilih jodoh & psgn yg sesuai. Ini semua membuktikan bahawa hal-hal sebegini memiliki pengaruh yang besar dalam masyarakat kita.
Jika diteliti asal-usul kebanyakan ilmu-ilmu ramalan ini maka sebahagian besar darinya adalah berpandukan kepada pergerakan bintang-bintang di langit atau ilmu astrologi. Itulah sebabnya bagi masyarakat Melayu, tukang ramal ini juga dikenali sebagai Ahlil Nujum. Perkataan nujum itupun sebenarnya berasal dari bahasa arab berbunyi “najmun” yang bermaksud bintang. Dan pakar ramal lagi temberang yg termasyhur dlm sejarah perfileman tanahair ialah “ Nujum Pak Belalang “. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah r.h ,Tanjim adalah meramal kejadian-kejadian di bumi berdasarkan petunjuk keadaan bintang.
معشر المسلمين رحمكم الله
Sekiranya kita menyemak firman-firman Allah S.W.T. di dalam al-Qur’an maka kita dapati terciptanya bintang-bintang di langit dan pergerakan-pergerakannya bukanlah berperanan untuk menentukan kebaikan atau keburukan perjalanan hidup makhluk Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Tetapi ia tugas lain ,seperti yang diperjelaskan Allah menerusi firmanNya :
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. – al-Mulk (67) : 5
Seorang Tabi’in yang terkemuka Imam Qatadah r.h pula telah berpendapat bahawa :Penciptaan bintang-bintang ini (oleh Allah S.W.T.) hanya untuk tiga hal; penghias langit, pelempar syaitan dan tanda bagi orang untuk mengenali arah. Maka barangsiapa menafsirkan selain dari itu, dia telah salah & mengsia-siakan bahagiannya dan memaksakan diri dalam sesuatu yang dia tidak mengetahuinya. – Riwayat Imm al-Bukhari secara mu’allaq
معشر المسلمين رحمكم الله
Ilmu ramalan sebegini atau dikenali sebagai astrologi mencemari kemurniaan Tauhid dan boleh membawa kepada amalan syirik. Seseorang yang bertemu Dukun, Bomoh , Pawang atau Sandro tertentu, pasti akan beramal atau mempercayai kata-kata dan cadangan Sandro tadi, lalu akhirnya mereka telah menyandarkan sesuatu kejadian kepada sesuatu selain daripada kekuasaan Allah AW , dengan menyakini perkara tersebut boleh membawa mudarat atau manfaat kepada kita. Sedangkan Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak Allah S.W.T semata-mata. Firman-Nya dalam hal ini:
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". – al-Taubah (9) : 51
Dalam masyarakat kita disini, ada beberapa amalan yang terkait dengan kepercayaan membuta tuli terhadap sandro ini, antaranya ialah :
1] Menyandarkan sesuatu musibah itu berlaku bersangkutan dengan gerakan atau kedudukan bintang,
2] menetapkan hanya pada 1 tarikh tertentu sahaja pasangan pengantin itu boleh mengadakan majlis perkahwinan mereka. Kalau dibuat pada tarikh lain, pasti rumahtangga yang dibina akan “ panas” dan tidak kekal lama. Laki bini bisa bergaduh & tidak aman.
3] Andai kata ingin membina rumah & mendirikan tiang serinya, mesti pada tarikh yang bagus & ong yang dibilang oleh sandronya, baru sejuk isi rumahnya, bahagia & tenteram.
4] Kalau ingin naik rumah @ kedai baru, mesti juga ngam tarikhnya, baru akan beroleh keuntungan, kemakmuran & kebaikan…
Sidang Khutbah sekalian, semuanya ini adalah kepercayaan karut, Khurafat dan perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu, samada baik @ buruknya, ditetapkan oleh Allah AW. Tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya. Inilah bentuk virus aqidah yang merosakkan aqidah umat Islam.Firman Allah S.W.T :
أَلَا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. – al-A’raaf (7) : 131
معشر المسلمين رحمكم الله
Rasulullah s.a.w. sendiri telah mencela dengan keras ilmu ramalan ini dan memberi amaran bahawa ia termasuk dalam ilmu sihir yang diharamkan. Di antara perkara yang amat dikhuatiri oleh baginda sekiranya menimpa umatnya adalah menularnya budaya mempercayai ramalan ahli nujum & dukun peramal. Sabdanya:
Aku mengkhuatiri tiga hal pada umatku; kezaliman para Imam, percaya kepada nujum, dan dusta terhadap takdir. – Hadis riwayat Ibnu Asakir daripada Abu Mihjan dan Imam al-Suyuthi menyatakan hadis ini Hassan.
Rasulullah s.a.w. juga menyatakan bahawa bagi sesiapa yang menemui tukang ramal, hanya bertemu sahaja, dan tidak mempercayai kata-katanya pun, maka solatnya solatnya tidak diterima selama empat puluh hari. Sabdanya:
عَنْ صَفِيَّةَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ ]ص[ ,عَنْ النَّبِيِّ ]ص[ قَالَ مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Sesiapa yang mendatangi tukang ramal dan bertanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak diterima Allah selama empat puluh hari.
Maka bayangkan pula , bagaimana pula mereka yang termasuk dalam kumpulan yang menggunakan ilmu astrologi ini dan mempercayai ramalannya maka solatnya juga tidak diterima selama empat puluh hari.
Menurut baginda mempercayai tukang ramal dan ahli nujum adalah salah satu dari perkara yang berbentuk kekafiran. Sabdanya:
عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من أتى عرافا أو كاهنا فصدقه فيما يقول ، فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم »
Barangsiapa mendatangi dukun atau ‘arraaf (tukang ramal), lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. - Hadis riwayat Imam Hakim di dalam al-Mustadraknya.
Sewajarnya seluruh umat Islam menghindarkan diri dari bertemu tukang ramal, Dukun, Bomoh , Pawang atau Sandro ini. Hindarkan diri, daripada membaca ataupun mempercayai ramalan-ramalan menurut ilmu ramalan sebegini. Kita wajib meyakini segala ilmu tentang perkara yang ghaib seperti perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan itu hanyalah milik Allah S.W.T, dan makhluk Allah seperti bintang tidak memilki ilmu-ilmu ghaib tersebut. Sekiranya kita meletakkan sesuatu makhluk lain seperti peredaran bintang-bintang, tarikh-tarikh hasil rumusan dan sebagainya, sebagai punca terjadinya sesuatu perkara pada masa hadapan, maka ia termasuk dalam kategori perbuatan syirik. Ternyata syirik merupakan satu perbuatan yang zalim dan Allah S.W.T. tidak akan mengampunkan golongan yang mengsyirikan-Nya melainkan bagi mereka yang bertaubat. Firman-Nya dlm Surah al-Nisa' ayat : 116:
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." –.
Inilah beberapa bentuk kepercayaan karut & budaya Syirik, yang sempat Khatib jelaskan berkenaan punca dan sebab musabab jiwa dan hati umat Islam hari ini langsung tidak sensitive dengan pahala dan dosa serta tiada risau akan sesuatu dosa. Berhati- hatilah, dosa syirik adalah amat besar. Justeru,
BERTAUBATLAH SEGARA DARI DOSA SYIRIK SEBELUM SAMPAINYA AJAL, KERANA APABILA TELAH SAMPAI AJAL, SI PELAKU SYIRIK TIADA HARAPAN LAGI MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT. Nauzubillah min zalik.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
KHUTBAH KEDUA :
الحمد لله، وفق من شاء لطاعته، وشرح صدورهم، فجعلهم من أهل ذكره وشكره وحسن عبادته..
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادة أرجو بها الزلفى لديه في دار كرامته، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، ختم الله به رسالاته، صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم لقائه، وسلم تسليماً كثيراً إلى يوم الدين،
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! أِتَّقُوا اللهَ وَكُوْنُواْ مَعَ الصَّادِقِيْنَ. وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلاَئِكَتِهِ المُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا :
إن الله وملائكته يصلون على النبي ، يا ايها الذين امنوا صلوا عليه وسلموا تسليما...
معشر المسلمين رحمكم الله
Firman-Nya:
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". - Luqman (31) : 13
اَللهُّمَ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سّيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ.
اَللَّهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ عَلَى السَّلاَطِيْنَ الْكِرَامِ وَوُلاَةِ الْمُسْلِمِيْنَ العِظَامِ، الَّذِيْنَ قَضَوْا بِالْحَقِّ وَبِهِ كَانُوا يَعْدِلُونَ
اَللُّهُمَّ اجْعَلْ مَالِيْزِيَا طَيِّبَةً آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً رَخِيَّةًً سخاءً رخاءً دارَ عدلٍ و وَسَائِرَ بِلاَدِِ الْمُسْلِمِيْنَ
اللهم انصر الإسلام و المسلمين ،اللهم لا تدع لنا في مقامنا هذا ذنبا إلا غفرته ، ولا عيبا إلا سترته ، ولا هاما إلا فرجته ، ولا دينا إلا قضيته ، ولا حاجة من حوائج الدنيا والآخرة إلا قضيتها يا ارحم الراحمين
Ya Allah, jangan Engkau tinggalkan kami pada saat dan ketika ini melainkan pada kedudukan dosa yang Engku akan mengampuninya, segala keaiban kami, maka Engkau jua yang menutupnya, segala dukacita hati kami, Engkau jua yang melapangkannya, segala hutang-piutang kami, Engkau jua yang melangsaikannya, segala permintaan dunia & akhirat kami, Engkau jualah yang memperkenankannya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi amat Penyayang.
اللهم ربنا اتنا في الدنيا حسنة ، وفي الآجرة حسنة ، وقنا عذاب النار ، عباد الله
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ.
0 ulasan