HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS & BARANGAN YANG BERSALUT @ BERSADUR DENGAN EMAS
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu HARAM, berdasarkn begitu banyak dalil-dalil hadis, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang lelaki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah: " Emas itu HALAL buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi SAW mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah !!!
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam tangan emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, dan seterusnya adalah haram hukumnya.
BARANGAN YANG DISADUR DENGAN EMAS
HARAM bagi lelaki memakai perhiasan yang disadur dengan emas [ gold plated]. Pandangan ini jelas untuk jam tangan yang memang tertulis 18K atau 24K dan sebagainya.
Ustaz bagaimana hukum memakai telefon atau laptop yang ada saduran emas, adakah ia sama ?
KALAU TGK KAT BLOG AL-AHKAM.NET KATA BOLEH PULAK LELAKI PAKAI CINCIN SADUR EMAS....pening laaa
Maksud disini lelaki yg memakai perhiasan berupa emas adalah haram
kalau barang tu warna Emas? i mean Iphone gold.. bukan emas pn.. confius.. :)
Emas tulin, yang encik tanya tu dibuat dari pewarna,
Bagaimana pula perhiasan seperti jam dinding emas, atau trofi, kasut emas sebagai memorabilia.. pingat emas..